15; Berdua

419 63 4
                                        

Taehyung as Taehyung Fikri
Jimin as Jimin Aiman
Yoongi as Amirul Amin
Hoseok as Adam Mikail
+

+++

"Macam mana ni semua tempat dah penuh la Naura" keluh Maisarah selepas puas mencari tempat duduk kosong di perpustakaan.

Naura juga memanjangkan lehernya mencari tempat duduk kosong. Ting! Naura menunjukkan tempat duduk kosong yang berada hampir dengan tingkap. "Tu! Kat situ kosong! Jom!" Naura cepat-cepat menarik tangan Maisarah takut-takut tempat itu dikebas orang.

Akhirnya, tempat itu menjadi milik mereka. Naura dan Maisara duduk menghadap sesama sendiri. "Eh ada beg la. Beg sapa ni?" tanya Maisarah. Naura hanya mengangkat bahu tanda tak tahu.

Taehyung yang baru selesai mencari buku rujukan mengatur langkah menuju ke tempatnya. Langkahnya terhenti dan dia menyorok di sebalik rak-rak buku. "macam mana dia boleh duduk dekat meja geng aku tu"

"Tekun gila dia study" keluar satu ungkapan dari mulut Taehyung. Bahu Taehyung ditepuk perlahan. "Oh mak kau terpocot" melatah Taehyung. Dia menoleh ke belakang dan ada tiga orang kawan sekampusnya tersengih lebar.

"Kau pahal tak duduk lagi. Intai sapa?" tanya Adam. "Gila ah, crush Taehyung ada kat situ sia" kata Aiman pula. "Diam la, sakai!" marah Taehyung lalu mengetuk kepala Jimin Aiman.

"Eleh, duduk jela bukannya kita nak buat maksiat pun kat situ" kata Amirul pulak. Mereka bertiga senyap. Amirul memang begitu suka buat orang rasa deep inside. "Kau la pergi dulu Mirul, aku malu lah" kata Taehyung perlahan. Cukupla adegan dia terpegang tangan Naura. Bertambah malu apabila Naura duduk di sebelah tempatnya.

"Aku jalan, korang gerak tau" kata Amirul selaku acah ketua. Semua mengangguk tanda setuju.

"Ehem, Assalammualaikum" kata Amirul dengan sopan kepada Maisarah dan Naura. "Waalaikumussalam" balas Naura dan Maisarah serentak. "Saudari berdua ni, duduk tempat kami." kata Amirul tanpa segan silu.

"Tempat 'kami'? Saya nampak awak sorang je mana yang lain?" balas Naura. Amirul lekas memandang kiri kanan belakang. Terkejut dia sorang di situ. "Hampeh punya kawan" marah Amirul dalam hati. Dia menjengilkan matanya memandang Taehyung,Aiman dan Adam yang masih menyorok di belakang rak.

Mereka bertiga mengatur langkah perlahan berjalan ke arah Amirul. "Maafla ganggu tempat korang tapi tempat semua dah penuh." kata Maisarah. "Lagipun kat sebelah ni ada je lagi tempat kosong. Muat je korang nak duduk" balas Naura pula.

Mereka berempat saling berpandangan. Sebernanya mereka ni tak selesa untuk duduk dengan perempuan. Kalau boleh elak mereka elak bersungguh-sungguh. "Eh Taehyung! Kenapa berdiri lagi dudukla. Ni beg awak kan?" kata Naura. Yelah semua sudah duduk di tempat masing-masing kecuali Taehyung.

Taehyung duduk di sebelah Naura. Dia cepat-cepat mengulang kaji. Kalau diikutkan dalam hatinya sekarang sudah berdebar-debar. Jantungnya seolah berdegup kencang macam kena kejar anjing!

Buzz! Taehyung menekan emoticon whatsApp.

Geng Abang Paling Handsome🐸

mirul : oi! mata tu jagala sikit!

dam : mata siapa? aku dah lama jaga mata aku yang cantik ni. Auw

mirul : aku bukan kata kau la! oi alif aku tahu la kau blushing takpayah la pandang Naura camtu.

man : cewah~~~ bunga dekat sebelah manalah tak pandang.

tae : MANADA AKU PANDANG!

man : aku nampak kau pandang dia💕💕💕🌚

"Ehem, boleh tak awak semua silent phone. Saya tak boleh fokus la" kata Naura. Mereka berempat mematikan telefon masing-masing. "Padan muka!" kata Taehyung dengan nada berbisik kepada mereka bertiga.

"Naura, aku nak cari buku kejap" kata Maisarah. Naura mengangguk tinggala dia seorang di situ dengan Taehyung, Aiman, Adam dan Amirul.

"Weyh, aku nak gi tandas ah" kata Aiman lalu berlalu pergi.

"Aku nak pergi cari buku jap. Buku ni aku tak paham doh" kata Adam pula.

selang beberapa saat

"Aku nak keluar jap, nak pegi beli roti. Lapar. Hehehe" kata Amirul pula.

Taehyung terpinga-pinga di situ. Hanya tinggal dia dan Naura BERDUA! Taehyung menelan air liur. "Mak aii, nanti aku belasah juga sekor sekor budak ni!" marah Taehyung. Dia mengetuk pennya di meja. Dahinya sudah berpeluh bukan kerana panas tetapi kerana gelisah.

Dia tak pernah duduk dengan Naura serapat ni. "Awak okey?" tanya Naura selepas mendapati Taehyung asyik berpeluh. "Eh okey apa yang tak okeynya, Hahaha" Taehyung gelak palsu. "Tak tak aku tak okey! Aku malu tau, Naura!"

"Eurm, Naura" kata Taehyung tiba-tiba. Naura menoleh.

"Apa?"

"Awak cantik" gumam Taehyung perlahan tetapi cukup jelas didengari mereka berdua.

Naura nampak Taehyung tersenyum di sebalik tundukannya. Seperti biasa dia sentiasa menunduk tidak memandang Naura.

"Terima kasih" ucap Naura.

[√] Naura AfifahTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang