8; Loyar Buruk

428 57 0
                                    

Laju Naura mengatur langkah ke dewan kuliah. Dia sudah terlewat untuk menghadiri kuliah. Memandangkan tahun ini adalah tahun akhir. Naura mesti bersungguh-sungguh dalam mencapai credit yang terbaik.

Pintu Dewan diketuk lemah. Mungkin dia akan dimarahi pensyarahnya. Pintu terkuak, Naura masuk dengan serba salah.

"I'm sorry. I'm late" kata Naura tertunduk malu. Dia sudah bersedia untuk mendengar kata-kata marahan dari pensyarah yang cukup disegani oleh pelajar universiti di sini.

"It's okay, pergi duduk" Naura mendongak memandang pensyarahnya. Dia seperti tidak percaya pensyarah tidak memarahinya sedangkan pensyarah dia sangat pantang jikalau ada sesiapa yang lewat masuk ke kuliahnya. Mungkin pensyarah dalam mood yang baik.

Naura memberi sepenuh tumpuan terhadap sesi pembelajarannya. Lincah jarinya mencatit nota apa yang dikatakan pensyarahnya.

"Okey sampai sini sajala, jumpa esok" kata Pensyarah lalu berlalu pergi.

Naura menarik nafas lega. Dia mengeliatkan dirinya melakukan senaman ringkas. Kejap ke kiri kejap ke kanan. Rambut Naura yang panjang mengurai dia ikat.

Dia menoleh ke tepi selepas berasa ada seseorang yang memandangnya. "Hurm perasaan aku je kot" ujar Naura di dalam hati.

Jadual kelas Naura semak di buku nota lalu memandang jam sekilas. "Ada lagi 1 jam setengah sebelum kelas akaun start ni" omelnya sendirian. "Laparlah pulak".

Selesai mengemas apa yang patut Naura terus menuju ke kafe. Perutnya perlu diisi sebelum kelas bermula.

Menunya sangat ringkas hanya 2 roti berinti coklat dan 1 tin milo berserta air masak yang dibawanya. Naura menikmati rotinya sambil menyelak beberapa nota tentang akaun.

"Ehem. Assalammualaikum"

Naura menoleh memandang lelaki yang segak berdiri sebelahnya sambil tangannya memegang dulang yang berisi makanan.

"Boleh tak saya duduk sini? Tempat lain dah penuh. Saya betul-betul nak tumpang duduk sini je. Takda niat lain" ujar lelaki itu dengan panjang lebar.

Naura membuat muka toya. "Ha duduklah. Saya tak cakap pun awak ada niat tak baik" balas Naura sambil menikmati rotinya.

Lelaki itu duduk berhadapan dengan Naura. Sikit pun dia tidak pandang Naura hanya tunduk menikmati makanannya. Naura masih pandang lelaki misteri itu.

"Nampak familiar la dia ni" kata Naura dalam hati. Baru Naura teringat dialah lelaki yang memberi buku Yaasin di kubur tempoh hari.

"Awak lelaki yang haritu kan?" kata Naura tiba-tiba. Habis lelaki tu tersedak dek pertanyaan Naura yang secara mengejut.

Dia meneguk air masak dengan pantas. "Lelaki haritu?" dia menyoal semula Naura yang masih menunggu jawapannya.

"Lelaki yang kat kubur tu. Awak kan yang bagi saya buku Yaasin" tanya Naura lagi. Naura pasti dialah lelaki itu.

"Kalau bukan saya?" tanya lelaki itu pula. Naura mula rasa nak hempuk lelaki ini.

"Kalau saya tanya tu tak reti ke nak jawab. Ini asyik soalan di balas soalan je!" marah Naura. Lelaki itu tersenyum lalu mengelap bibirnya menggunakan tisu. Air mineral diteguk rakus. Naura masih memandangnya tak pasti marah atau geram.

"Kenapa awak kata saya lelaki yang awak jumpa kat kubur? Saya tahulah awak suka saya tapi tak payah la cover pernah jumpa?" lelaki itu tersenyum memandang Naura.

"Takde maknanya saya nak suka awak. Nama awak pun saya tak tahu dah la tak kenal. Pastu ni first time kita jumpa okey!" balas Naura.

"Nama saya Taehyung Fikri. So, sekarang dah kenal kan. Ini kali ketiga kita jumpa." kata Taehyung lalu mengenyitkan matanya. Nampaknya dia cuba loyar buruk dengan Naura.

"Ketiga? Saya rasa saya tak pernah jumpa awak." balas Naura.

"Muka lawa tapi nyanyok." kata Taehyung lalu ketawa halus. Saja dia mengusik Naura.

siot je kata aku nyanyok! "Dah la! Malas saya nak layan awak!" marah Naura.

"Tak suruh pun tanya. Siapa yang tanya siapa dulu?" tanya Taehyung lagi.

cis tak guna punya laki. kau mempermainkan aku ye!

"Kbye Lelaki pelik!" ucap Naura.Dia bingkas bangun lalu beredar dari situ.

Selepas pasti kelibat Naura hilang dari pandangan. Terukir senyuman di bibir Taehyung.

[√] Naura AfifahWhere stories live. Discover now