27; Birthday Party

400 45 3
                                    

Taehyung masuk ke dalam wad Naura. Naura seperti biasa dia akan membaca buku atau surat khabar tapi hari ini dia membaca surat khabar.

"Assalammualaikum"

"Waalaikumussalam" balas Naura lalu menyalam tangan suaminya.

Taehyung turut menyibuk duduk di atas katil dengan Naura lalu sengaja dia baring menghadap wajah Naura.

Dia mengusap lembut pipi Naura. "Sayang ingat tak hari ni hari apa?" tanya Taehyung.

"Err... Khamis?"

"Lagi?"

"Malam jumaat"

Taehyung tertawa halus. Tertawa dengan jawapan Naura.

"Kenapa?" tanya Naura kehairanan.

"Takde apalah sayang" balas Taehyung lalu bangun dari katil.

"Amirul cakap nanti dia dengan Maisara datang sini." kata Taehyung lagi.

Naura mengangguk tanda faham.

Pintu diketuk kelihatan 2 figura yang Naura cukup kenali. Maisara terus memeluk Naura. Macam biasa berbual tak ingat dunia.

"Eh Fik! Happy Birthday yang ke-30." kata Amirul tiba-tiba.

Taehyung tersenyum tawar. "Thanks" ucap Taehyung ringkas.

Kalau boleh dia mahu Naura orang pertama yang mengucapkan kata-kata itu tetapi nampaknya Naura betul-betul tak ingat.

Naura pula tersentak. Dia pula betul-betul tak ingat.

"Naura, Abang pergi bawah tau dengan Mirul nanti Abang datang balik"

"Okey"

Selepas pastu kelibat Taehyung dan Amirul hilang.

"Sara, kau kena tolong aku!"

++++

Taehyung masuk semula ke dalam wad Naura selepas memastikan Amirul dan Maisara pulang dari melawat.

Taehyung terkejut. Naura hilang!

"Naura, awak kat mana?"

"It's not funny, Naura"

Jantung Taehyung bergetar hebat. Dia betul-betul takut Naura hilang. Ada sekeping nota di atas katil.

Dear husband tak handsome,
I'm waiting you at the roof top.

-Your beautiful wife💕

Taehyung terus naik ke roof top menggunakan tangga. Setiap tingkat dipenuhi dengan gambar mereka berdua dan setiap tingkat ditampal banner yang sedang saiznya.

Tingkat 1

"I love you, Taehyung Fikri"

"I love you too, Naura Afifah"

Tingkat 2

"Stay handsome, Abang!"

Tingkat 3

"Mesti penat naik tangga tapi penat lagi saya berlari-lari dalam hati Abang!"

Taehyung tertawa halus. "Chia Chia" gumannya sendiri

Tingkat 4

"Kalau awak bulan saya bintang sebab nak ceriakan hati Abang!"

"Kalau awak bulan saya bintang sebab nak ceriakan hati Abang!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[√] Naura AfifahWhere stories live. Discover now