Naufal menuruni anak tangga satu persatu dengan perlahan. Matanya semakin lama semakin kabur.
Sungguh berhati-hati Naufal turun dari tangga. Naura hanya memerhati dari ruang tamu.
Kenapa Naufal berjalan lagak seperti orang buta? Apa yang dah berlaku?
"Abang nampak pucat" tegur Naura.
"Eh, Naura ada dekat ruang tamu ke?" tanya Naufal selepas selamat sampai dudut di atas sofa.
"Dah lama dah dekat sini, takkan tak nampak?" tanya Naura semula.
"Hmm..nampak. Saja je" Naufal tersenyum tawar.
Sah ada yang tak kena!
Naura meletakkan telefon pintarnya di atas meja yang berada di hadapan Naufal secara senyap-senyap.
"Abang, tolong ambik jap telefon aku kat sebelah kau?" uji Naura.
Naufal meraba-raba sofa di sekelilingnya mencari telefon Naura.
What the...? Abang tak nanpak ke telefon tu depan abang?
"Abang!"
Naufal terkejut. "Kau pahal jerit-jerit?"
"Weh, kau tak nampak ke weh? Telefon aku atas meja, kenapa raba sofa?"
Naufal tersentak lalu perlahan-lahan bangun cuba meninggalkan Naura.
Lengan Naufal, Naura rentap kasar. "Tell me, what's wrong with you?!"
"Nothing, Naura"
"Kenapa kau tak nampak? Kau tak rabun. Kenapa? Kau sakit ke?" tanya Naura bertubi-tubi.
Naufal diam dan mengeluh panjang. Dia melangkah perlahan duduk kembali di atas sofa diikuti dengan Naura.
Naufal meraup kasar mukanya. Terbit rasa terharu bahawa adiknya amat mengambil berat tentang dirinya.
"Mula-mula aku cuma selalu pitam. Lepastu aku asyik muntah-muntah tanpa sebab, lepastu kuat lupa pulak tu. Now, maybe I'll lose my sight." kata Naufal dengan tersenyum kelat.
"What do you mean? Why you'll lose your sight? Abang sakit ke? Sakit apa?" tanya Naura lagi.
"Brain cancer" kata Naufal.
Naura terkejut. Air mata mula bertakung di tubir. Terkejut dengan penyakit yang dihadapi abangnya.
"Damn, kenapa tak bagitahu awal-awal? Ingat brain cancer ni deman biasa je ke?
Kenapa? Aku ni dah tak penting ke dalam hidup Abang? I'm the only one your siblings!
Kenapa tak bagitahu mama dengan papa? Kenapa..."
"Enough! Aku pun baru tahu minggu lepas. Aku ingatkan aku deman biasa-biasa. Tak sangka pulak aku nak kena brain cancer" balas Naufal.
"لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ ۖ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا ۚ أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".
(2:286)
"Naura, Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.
Janganlah risau, Allah bagi penyakit ni sebagai ujian. Kita sebagai hamba Allah kena terima. Kena redha. Sakit kan penghapus dosa." kata Naufal lagi.
Naura diam. Air matanya mengalir deras. Tak sangka Naufal masih berfikiran positif walaupun telah berada di peringkat ketiga dalam barah otak.
"Naura, kenapa nangis?" tanya Naufal lalu memeluk bahu Naura.
"Ma..cam..mana...kalau..Abang mati?" tanya Naura dengan teresak-esak.
Naufal tersenyum tawar.
"Ajal, jodoh pertemuan dan rezeki itu ketentuan Allah. Semua manusia tetap akan mati sama ada cepat atau lambat."وَلِلَّهِ غَيْبُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَإِلَيْهِ يُرْجَعُ الْأَمْرُ كُلُّهُ فَاعْبُدْهُ وَتَوَكَّلْ عَلَيْهِ ۚ وَمَا رَبُّكَ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ
Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.
(11:123)
YOU ARE READING
[√] Naura Afifah
Romantizm#BOOK 2 ; 𝙸𝚂𝙻𝙰𝙼𝙸𝙲 𝙵𝙰𝙽𝙵𝙸𝙲𝚃𝙸𝙾𝙽 +I don't know how much time I have left+ - [ NOVEL FANFICTION, OLD TITLE : CHANGES ] Mengisahkan tentang seorang gadis liar yang bernama Naura Afifah yang sering keluar masuk kelab malam setiap hari. Hal...