Yerin's POV
Oh my gash....Aku tak sangka aku akan jumpa kedai macam ni. Aku tak tahu nak buat apa. Mata aku mula berkaca dan hati aku remuk. Ini ke yang mereka buat kat...manusia?
Depan aku ialah sebuah kedai yang dibuat oleh para pelajar kat college ni dan ianya dipenuhi dengan vampires yang beratur untuk masuk kedai ni. Terdapat beberapa manusia yang diikat dan digantung depan kedai. Tanganlah bukan kepala yang kena gantung😂 Mereka kelihatan nyawa-nyawa ikan dengan badan yang berdarah-darah. Mereka sepertinya didera.
A-Aku tak sanggup pandang semua ni. Aku dah jadi vampire sekarang dan aku takut aku akan jadi macam yang lain kalau aku pandang lama. Banner kedai yang tertera 'Humalicious Yum!!' Nak muntah aku dengan nama kedai tu. Kalau boleh aku nak bomb je biar vampires yang dera manusia ni mampos kebabom.
Aku mendekati kedai tersebut dan penjual tu iaitu juga salah satu dari pelajar sini. Dia ni...Junior kat college ni kan? Kalau tak silap nama dia Shownu. Budak kelas tarian kalau tak silap.
Shownu: Yerin sunbaenim!!
Dia panggil aku!! Dangg aku nak buat apa?!! Kay chill Yerin! Tak siapa pun tahu kau pernah jadi manusia kat sini. Act cool sebab kau ni senior so hwaiting!! You can do this Yerin!!
"Eo? Annyeong Shownu! Wae?" Tanyaku sambil mendekati counter kedai tu. Dia cashiernya dan jurucakap. Memanglah laku dahlah kiut biut, kacak pula tu. Kalau ni kedai ayam, aku confirm datang setiap 15 minit.
Shownu: Nak beli manusia? Fresh dipotong hidup-hidup. Kalau sunbaenim nak beli biar aku bagi diskaun.
Bwo?! Fresh dipotong hidup-hidup?! Kalau lah aku dapat tahu tempat ni masa aku jadi vampire hunter dulu, takkan ku biarkan mereka semua hidup!! Sekali tikam confirm terburai segala usus!
Shownu pun bagitaulah aku harga manusia-manusia yang nyawa-nyawa ikan. Sempat aku bereyecontact dengan salah satu manusia yang diikat dan dipamer depan kedai tu. Dia lalu dipotong hidup-hidup dengan ganasnya sambil badan dia hancur depan mata aku. Teringat pula aku dengan Yugyeom dan yang lain....
Harga mereka taklah mahal sangat mungkin bolehlah aku beli dua tiga. Bukan untuk dimakan yer rakan-rakan. Untuk dilepaskan secara rahsia. Jom beraksi.
End of POV
"Hey Shownu. Kalau aku nak yang belum diapa-apakan lagi ada tak? Yang masih okay?" Tanya Yerin dengan senyuman awkward.
Shownu: ?? Ouh I know your game!! Nak dera mereka sendiri betul tak?! *smirk*
Yerin hanya tergelak kecil dan ianya sangat palsu😂😂 Dia membuat aksi tangan 'Betul tuu!!' ( bayangkanlah) Shownu mengangguk tanda faham dan bawa Yerin ke kedai belakang. Ada sebuah lagi bilik di belakang kedai.
Mereka berdua masuk ke dalam. Yerin agak terkejut sama ramai juga manusia diikat di dalam ni. Mereka semua merangkak ke arah Shownu dengan tangan terikat. Mereka merayu supaya dilepaskan tapi Shownu pula hanya smirk sambil pijak mereka.
Shownu: Mian sunbaenim. Sunbae boleh pilih yang tak dipijak lagi. Pilih lah yer aku bagi diskaun. Nak berapa?
Yerin: Tiga?
Shownu: Arrasso harganya xxxx.
Yerin pun memberinya wang. Shownu tergelak gembira sambil keluar dari bilik tu. Tinggallah Yerin yang tengah memandamg manusia kena ikat tu dengan sedih. Ada yang bersembunyi sebab tak nak kena pilih tapi ada juga yang merayu untuk dilepaskan.
Yerin terpaksa pilih tiga orang je memandangkan Shownu kat luar bilik tu je. Yerin tak nak disyaki sebab nanti akan bahayakan lagi nyawa manusia tu. Yerin pun memilih tiga manusia. Mereka memberontak bila Yerin tarik mereka keluar tapi Yerin tak nak Shownu syak Yerin ni tak kejam kat manusia dan curiga. Maka Yerin pun berlakon😂
Yerin: Korang tigaa ikut akuuu atau aku makan korang kat sini juga!!!
Tiga manusia tu nampak takut bila Yerin menayangkan gigi taringnya. Mata Yerin juga menjadi merah menyala. Manusia tu pun akur je. 2 perempuan satu lelaki. Shownu tergelak sambil smirk memandang manusia yang dibawa pergi oleh Yerin.
- Stor sukan -
Yerin masuk dalam stor sukan yang berdebu tu bersama manusia bertiga. Yerin menyuruh mereka duduk di kerusi kosong dan dengar apa dia nak cakap so mereka pun akur je sebab takut dimakan oleh Yerin.
Yerin: Listen up. Aku takkan makan korang. Aku akan lepaskan korang ke dunia manusia so please stay dalam stor ni sampailah aku datang semula. Trust me. Duduk diam-diam okay?
Yerin terus keluar dari stor tu dan menuju ke dewan. Dia perlu buat persembahan dan juga pertolongan Baro untuk teleport. Dia bercadang nak hantar manusia bertiga ni ke tempat Kai. Kawan lamanya yang berada kat dunia manusia.
- Dewan -
Seperti yang dijangka, dewan sangat meriah dengan pekikan pelajar dengan persembahan-persembahan yang dipersembahkan. Yerin macam nak kemik dah bila di cuba nak masuk ke belakang pentas. Terlalu banyak vampires sampai ada yang memanjat rakan sendiri. Fuh😂
Sesampai je Yerin kat belakang pentas, memang penuh dengan vampires yang berbakat. Mereka semua ialah performers dan juga pelajar dari college ni juga. Junior dan juga senior semuanya ada. BTS pun ada😂
Yerin endahkan aje mereka semua sekarang yang penting ialah manusia bertiga tu. Yerin segera mendapatkan Baro yang tengah duduk berehat di sofa tak jauh dari tempat dia berdiri. Kesesakan dalam bilik tu tak menghalang Yerin dari berjumpa dengan Baro😂 Baro nampak terkejut bila nampak je Yerin dengan muka exhausted nya dan juga muka bersungguhnya berjalan dengan laju ke arah Baro.
"Kau tak sabar sangat ke nak perform sampai muka macam tu?" Sindir Baro bila Yerin dah duduk sebelahnya.
Yerin lalu berbisik kepada Baro. "Aku nak kau tolong aku teleport pergi dunia manusia lepas je festival ni tamat."
Baro memandang Yerin dengan kehairanan. Geng bts yang tengah berehat sambil bercerita pasal performance diorang tadi tu pun perasan akan Baro dan Yerin yang nampak serious dengan perbualan mereka. Mereka nak tahu tapi ianya nampak serious sangat so mereka tak nak ganggu Baro dan Yerin.
Yerin: Jebal...Ikut aku ke stor sukan lepas habis je okay? Jangan bagitau sesiapa. Kita dua je yang tahu benda ni! *bisik*
Baro pun setuju jelah tanpa tanya apa-apa lagi soalan sebab nanti Yerin naik gila nak jelaskan semuanya. Dahlah dia ada performance lepas ni. Make up apa benda semua pun dia belum buat. Apa lagi dressing dia. Dia hanya berbaju sukan.
Performers lain yang nampak Yerin masih tak bermake up dan dress up pun mendekati Yerin. Mereka akhirnya bercadang nak tolong dress up kan Yerin yang sebenarnya tak kisah pun nyanyi atas pentas takde make up dan baju cantik.
Kini performance Yerin pun tiba. Yerin berubah dari mak cik jual ikan ke princess yang tak berapa nak gaya princess😂😂 Pakaian dan luarannya saja ala-ala princess, gayanya jangan nak cakap gadis hmm macam pak cik jual tong gas.Yerin pun ucap terima kasih kat performers aka juniornya yang tolongnya untuk buat touch up sikit😂😂 Tengah otw Yerin nak keluar ke atas pentas, Jungkook memegang tangannya.
Yerin: Aik? Sejak bila kau ada kat sini? Mana yang lain?
Jungkook: Akhirnya kau bercakap dengan casual juga dengan aku.😌😌 Diorang pergi bergambar kat kedai fanclub tu. Aku tunggu kau dari tadi.
Yerin: E-Er...Lah yeke? Okay lah bye. *tarik tangannya dari genggaman Jungkook*
"Aku cuma nak cakap goodluck and do well. And...You look pretty." Kata Jungkook. Yerin terhenti sambil pandang ke arah Jungkook. Jungkook hanya tersenyum sambil memandangnya. Lebih kepada senyuman namchin yang bangga akan yeochinnya.
Yerin pun mengendahkannya lepas tu sebab tak nak ganggu concentrationnya. Dia naik atas pentas dengan micnya. Bersama dengan bunyi pekikan para penonton, music pun bermula.
xxxxxxxxxxxxxxx
![](https://img.wattpad.com/cover/94476618-288-k880740.jpg)
YOU ARE READING
[C] vampire Kiss S.2 (BTS)
VampirosThis is the second season for vampire kiss. Kalau readers nak tahu jalan ceritanya dari awal, baca lah vampire kiss season 1.