Bab 7

96 4 0
                                    

    Dah nak dekat seminggu Danial dan Nazreen pulang ke rumah mereka. Diana pula asyik duduk saja dalam rumah itu. Asyik keluar pergi tepi pantai dan duduk di rumah saja.

    "Termenung Danial ke?" tegur Muzaffar.

    "Tak la. Tunggu siapa la prince charming Ana ni. Asyik duduk dalam rumah macam cinderella ja. Untung la siapa yang boleh bawa kereta. Boleh keluar jalan-jalan." perli Diana.

    "Oh ya ke? Maaflah. Bukan tak sengaja, tapi lupa nak ajak." kata Muzaffar. Dia duduk di sebelah Diana.

    "Memang la lupa. Asyik layan girlfriend saja. Habiskan duit dengan layan girlfriend. Adik kandung sendiri berkira. Tak adillah macam ni!" kata Diana sambil cubit tangan Muzaffar.

    "Ouch! Memang macam lelaki kan Ana ni. Patut la tak ada prince charming cari. Buat apa habiskan duit dekat Ana? Ana dah boleh cari duit sendiri dah pun. Lebih baik abang habiskan duit dekat bakal isteri."

    "Malas la nak cakap dengan abang Muz. Makin lama makin sakit hati. Keluar jalan tepi pantai lagi best." kata Diana sambil jalan ke arah pintu keluar.

    "Bosan la kalau setiap hari asyik tengok pantai. Dah la abang tak nak bawa aku pergi jalan jalan." marah Diana seorang. Dia hanya duduk di atas kerusi yang boleh dikatakan tempat selalu kunjung. Dalam sedar tak sedar, Diana tertidur di atas kerusi itu.

    "Ana bangun. Dah maghrib." kejut Ashraf. Diana membuka matanya. Berkerut dahinya apabila ternampak dia berada di dalam biliknya.

    "Ana mimpi ke apa ni abang? Macam mana Ana boleh tidur dalam bilik ni?" tanya Diana. Tadi aku tidur dekat atas kerusi then bangun dekat katil. Peliknya.

    "Tadi abang Muz angkat Ana pulang. Dia ternampak Ana tertidur dekat kerusi di tepi pantai." kata Ashraf. Dia terus berlalu pergi ke luar. Diana turut mengikut Ashraf.

    "Abang Muz, thanks sebab angkat Ana tadi. Ana tak sedar pula yang Ana tertidur dekat kerusi tu."

    "Ala tak ada masalah. Patutnya Ana berterima kasih dekat Danial. Dia yang nampak Ana tadi. Tapi dia dah balik lepas minum di sini." kata Muzaffar. Diana mengerut dahinya. Danial datang?

    "Abang cakap Nial nak pergi dengan family dia ke Australia."

    "Tak jadi. Danial kata mungkin mereka pergi hujung bulan ni."

    "Then buat apa dia dekat sini?" masih tak berpuas hati. Macam mana dia tau aku ada dekat situ?

    "Dia cakap dia nak jenguk Ana. Tapi masa dia lalu nak datang rumah dia nampak Ana tidur, dia panggil abang suruh datang situ. Kesian pula bila tinggal Ana dekat situ." jelas Muzaffar. Tak tau nak terang apa dah. Banyak sungguh soalan budak ni.

    "Oh. Ok la abang! Thank for the explanation. Ana nak pergi naik atas mandi." kata Diana sambil meminta diri untuk ke biliknya.

    Diana membelek telefonnya. Dia berjalan ke kiri dan ke kanan. Tanda tidak berpuas hati.

    "Tak ada mesej dari Nial pun yang dia datang ke rumah nak jenguk aku. Takkan abang Muz nak tipu pula! Haish susah la macam ni! Tak boleh jadi ni, aku kena call Nial juga." kata Diana sendiri. Tak sempat nak call Danial, dah ada mesej masuk.

    Diana! Tadi aku datang ke rumah kau then aku nampak kau tidur dekat kerusi tepi pantai and aku lupa nak bagitau abang kau yang hari sabtu ni budak sekolah kita nak buat reunion until semua batch kita and sebelum ni. Kau boleh pergi tak? Kalau boleh aku nak ambil kau.

    Setelah Diana baca mesej dari Danial, dia terus menjerit dalam biliknya. Buat reunion? Batch kami and sebelum ni?! Danial nak ambil aku?! Wow unexpected! Kena balas ni!

    Aku ok ja. Lagi lagi dengar kau nak ambil aku lagi on! Sabtu ni eh? Ok sebelum subuh aku dah bersiap! Thanks Nial. Aku appreciate sangat sangat!

    Diana terus baring di katilnya. Seronok apabila ada reunion and dapat jumpa kawan-kawannya. Lagi lagi dapat jumpa Danial!

Sabtu.

    "Akak turun makan. Kalau akak tak turun Bal makan makanan akak!" kata Iqbal dari luar biliknya.

    "Bal makan la! Nanti akak ada jamuan. Cakap dekat abang Ash dengan abang Muz yang Nial ambil akak!" jerit Diana sambil memilih pakaian untuk jamuan reunion sebentar lagi.

    "Ok! Nanti akak bagitau la abang..." tangan Diana cepat menarik badan Iqbal masuk ke dalam bilik.

    "Apa ni kak! Bal nak makan la! Main tarik tarik pula!" marah Iqbal sambil mencubit tangan Diana.

    "Ouch! Bal tolong akak kejap. Jubah mana lagi padan dengan akak? Yang warna purple ni ka warna biru ni?" tanya Diana meminta pendapat.

    "Bagi Bal la kan. Semua baju tak padan dengan akak. Baju lelaki padan la!" kata Iqbal sambil ketawa kuat.

    "Budak ni kan! Elok-elok la! Takkan akak nak pergi jamuan dengan pakai baju lelaki." marah Diana sambil menampar tangan Iqbal dengan kuat.

    "Ok ok. Jubah warna biru elok lagi sebab kulit akak kan macam nak gelap sikit. Hahaha!" Iqbal ketawa lagi apabila berjaya kacau Diana.

    "Serious la Bal! Tak lama lagi Nial nak datang!" marah Diana. Dia melihat jubah jubahnya itu. Purple hitam and biru putih. Warna kegemaran dua dua ni!

    "Betul la! Biru ni elok lagi. Dah la Bal nak makan. Makin hilang selera bila tengok muka akak ni!" kata Iqbal sambil berlalu pergi keluar.

    "Thanks my lovely brother!" kata Diana selepas Iqbal keluar dari biliknya.

    "Ana cepat sikit! Nial dah tunggu kat bawah tu. Nak bersiap pun lambat." kata Ashraf sambil mengetuk pintu bilik Diana.

    "Ana dah siap la! Ni cantikkan Ana?" kata Diana sambil menunjuk jubahnya ke Ashraf.

    "Adik perempuan Muhammad Ashraf ni sentiasa cantik lagi menawan. Dah Nial dah tunggu kat bawah kesian dia." kata Ashraf sambil menarik tangan Diana.

    "Ye ye! Nanti mungkin Ana balik lambat tau. Abang tak payah tunggu Ana. Tidur terus ja. Bye Assalamualaikum. Kirim salam dekat abang Muz dengan kembar." kata Diana sambil menuju ke arah Danial.

    "Nial! Maaf bagi kau tunggu!" kata Diana sambil menepuk belakang Danial.

    "Ya Allah! Terkejut aku! Kau ni memang nak aku mati awal ke apa?!" kata Danial. Dia memusingkan badannya ke arah Diana. Terpegun melihat Diana.

    "Nial! Dah la jom nanti lambat pula! Apasal telinga kau merah semacam?" tanya Diana apabila ternampak telinga Danial merah.

    "Ah! Jom la! Mana ada merah! Sejuk sangat kat luar ni tunggu kau lama!" kata Danial sambil melarikan mukanya ke arah lain.

    Diana tersenyum melihat reaksi Danial. Tau sangat menipu. Selalunya nak tengok Danial malu mesti telinga dia merah dahulu berbanding muka. Walaupun dulu selalu gaduh tapi ada juga la perasan apabila kak angkat kesayangannya lalu depan kelas dan telinga dia mula merah.

    "Kita start pukul 7:00 malam and habis pukul 10:30 malam. Kau ok ka berjaga sampai pukul 10:30 malam? Bukan selalu kau tidur pukul 9:00 malam ka?" tanya Danial. Dia perasan sepanjang dia tidur di rumah nenek Diana, Diana selalu senyap selepas 9:00 malam. Kata Muzaffar, Diana selalu tidur pukul 9:00 malam.

    "Ya. Tapi 1 jam 30 minit ja pun. Boleh tahan lagi la." kata Diana sambil membelek telefonnya.

    "Hmm... Ok."

I Hate You But I Love YouWhere stories live. Discover now