Lepas kejadian seminggu yang lalu, Ashraf dan Muzaffar terus memberitahu kepada Puan Irdina dan Encik Kamal. Danial pula terus memberitahu kepada Puan Siti dan Encik Mikail. Mereka berasa gembira kerana dapat meneruskan perkahwinan Diana dan Danial. Diana yang makin lama makin nak dekat tarikh perkahwinannya mula berasa kusut.
"Hai akak ni. Dah nak kahwin pun still tak macam nak kahwin." kata Iqbal apabila nampak Diana baru sahaja turun. Diana terus masam muka apabila terdengar perkataan 'kahwin'.
"Diam la Bal. Akak serabut ni." kata Diana sambil menghentak kepalanya di atas meja.
"Apa ni hentak kepala atas meja ni. Lagi dua hari nak kahwin nanti dah jadi gila. No no no. Jangan hentak kepala atas meja. Tak elok." kata Puan Irdina sambil tangan menahan kepala Diana daripada dia menghentakkan kepalanya di atas meja.
"Biar Ana hentak banyak-banyak. Jadi gila senang tak banyak masalah. Ni tetiba kena tuduh maksiat then nak kahwin lagi dua hari. Siapa tak geram?" kata Diana marah. Perasaan seminggu lepas tak hilang lagi.
"Ana, benda yang dah lepas biarkan lepas. Lagipun memang Ana dah lama sukakan Nial kan? So sekarang Ana dengan dia akan jadi suami isteri yang sah. Impian Ana dah tercapai." kata Puan Irdina sambil mengusap lembut rambut Diana.
"Mana ada Ana cakap Ana dah lama sukakan Nial tu! Ana just suka dia selepas Paula keluar dengan Nial ja."
"But now mesti Ana rasa suka balik dekat Nial kan? Paula dah kahwin dengan abang dah." kata Ashraf setiba sahaja masuk dapur.
"Tu..."
"Dah dah la tu. Asyik gaduh pasal ni dari minggu lepas lagi. Rimas ayah dengar pasal kahwin kahwin ni. Dulu ayah dengan ibu kamu tak complain banyak macam korang semua pun. Ikutkan aje keputusan nenek dan datuk kamu tu." kata Encik Kamal mula berasa rimas dengan sekelilingnya. Makin hari makin cakap tentang kahwin saja. Diana tayang muka tidak puas hati kepada Ashraf.
"Tu kisah dulu. Sekarang ni dah moden. Semua nak perfect abang. Biasa la tu budak tak matang lagi memang perangai macam ni." kata Puan Irdina kepada Encik Kamal. Dia menuang kopi ke dalam cawan yang berada berdekatan dengan Encik Kamal.
"Mana ada ibu ni! Ash dengan Muz ikut saja kehendak ayah dan ibu. Ibu nak perkahwinan tradisional and simple kami ikut saja. Tak banyak complain macam Ana ni." kata Muzaffar. Isterinya turut mengangguk menandakan setuju.
"Ya la. Tapi calon isteri siapa pilih? Ibu dan ayah dulu nenek dan datuk yang pilih. Kamu dua orang ni pilih sendiri kan?" kata Puan Irdina. Asyik mereka saja nak betul. Susah sungguh dapat anak-anak macam ni.
"Tapi Ana tak pilih calon pun. So that mean, Ana ni ikut zaman ayah dan ibu! Abang Ash dan Muz memang tak matang pun sebab tu ambil calon sendiri." sampuk Diana sambil tersenyum macam kera busuk.
"Tu sebab kami nampak Ana berduaan dengan Nial dalam bilik Ana. Kalau tak ada ke calon yang Ana akan bawa balik ke rumah? Berbual dengan sepupu sendiri pun tak nak. Ni nak berbual dengan orang luar? Mengharap sampai ke tua la ibu dan ayah tunggu menantu lelaki." kata Puan Irdina.
"Kalau jodoh tak ke mana." kata Diana perlahan tetapi dapat didengari.
"Memang la jodoh tak ke mana. Kalau macam tu abang Muz pun boleh cakap. Jodoh, ajal semua di tangan Allah." kata Muzaffar tak puas hati. Semua orang boleh cakap macam tu. Kalau kita sendiri pun tak nak, cari macam mana nak jumpa jodoh?
"Dah la tu abang. Makin lama berbual ni makin ke tajuk ajal pula. Tak nak la cerita pasal ajal ni depan Sofia." kata Aina sambil menutup telinga Sofia. Muzaffar baru tersedar bahawa Sofia sudah segar bangun dari dakapan Aina.
YOU ARE READING
I Hate You But I Love You
RomanceSuka bergaduh hinggakan berputik rasa cinta. Tetapi disebabkan satu kesilapan yang Nial buat, hati Ana hancur. Dah mula nak lupakan dia time tu juga dia kembali. Kehadiran Fatin dan Alif membuatkan mereka lebih rapat. "Ada empat perkataan Ana nak c...