Cuti mereka sudah tamat. Ia bermaksud Diana dan Danial terpaksa berpecah kerana berjauhan tempat kerja. Danial di Klang and Diana di Kedah. Diana mengangkat barangnya dan membawa masuk ke dalam bonnet kereta.
"Ibu dan ayah jaga diri. Jangan terlalu memaksa buat kerja. Ana pergi dulu. Bye assalamualaikum." kata Diana sambil bersalaman dengan Puan Irdina, Encik Kamal, Ashraf dan Paula.
"Nial pun pergi dulu. Assalamualaikum." kata Danial sambil bersalaman dengan ahli keluarganya.
"Ya. Jaga diri baik-baik Ana Nial. Kami semua akan sentiasa rindukan korang berdua." kata Puan Irdina sambil memeluk erat badan suaminya.
"So, this is... Abang, jaga diri tau. Assalamualaikum." kata Diana sambil bersalaman dengan Danial. Air matanya cuba ditahan.
"You too. Te amo." kata Danial sambil tersenyum sinis. Diana memukul manja badan Danial. Saja ungkit kisah lama.
"Watashi wa, anata o aishiteimasu." panjang Diana kata. Danial tergelak melihat Diana.
"Dah la. Asyik belit lidah nanti terputus lidah." kata Danial lalu masuk ke dalam kereta. Tangan mereka masih tidak terputus dari gengaman. Danial cuba menarik tangannya tetapi tidak dapat. Air mata Diana tidak dapat ditahan dan terus mengalir di pipinya. Danial terus keluar dari kereta dan memeluk tubuh Diana.
"Dah dah. Abang sentiasa akan call Diana. Jangan risau." kata Danial. Diana hanya mengangguk dan mengelap air matanya. Mereka meleraikan pelukan.
"Ana, dah masuk berapa bulan dah kau tak jumpa suami kau tu?" tanya Damia apabila selesai sahaja merawat pesakitnya.
"Bukan tak pernah jumpa langsung. Just time suami aku cuti, dia akan balik ke rumah aku. Jadi selalu juga la jumpa." kata Diana. Dia pergi duduk bersebelahan dengan Damia.
"Patutlah tengok kau ceria saja setiap hari. Kalau masa kau mula-mula balik sini muka kau masam ja. Sir asyik tanya aku kenapa kau jadi macam tu." kata Damia sambil membuat muka meluatnya.
"Aku sedih la. Siapa tak sedih kalau terpaksa tinggalkan suami?" kata Diana. Dia melihat jam di tangannya.
"Kau belek apa pula tu? Jam tu suami kau bagi ke?" tanya Damia sambil melihat jam Diana sekali. Diana mengangkat mukanya dan gelak.
"Jam buruk ni suami aku nak bagi? Suami aku boleh bagi lagi mahal la. Ni jam lama aku. And aku ada pesakit pukul 2 petang ni. Better aku pergi dulu. Nanti kita sambung gosip. Assalamualaikum" kata Diana lalu meninggalkan Damia keseorangan.
"Nurse, panggil patient masuk." kata Diana sambil membelek fail di tangannya. Nurse yang tadi asyik mencari benda di almari terus mengikut kehendak Diana.
"Assalamualaikum, doktor." kata seseorang apabila pintu bilik dibuka. Diana menjawab salam dan menyuruh pesakit itu duduk.
"Urm... Puan Fatin..." kata-kata Diana terhenti apabila nama itu menyerupai nama seseorang yang amat dia kenal. Dia mengangkat mukanya untuk melihat wajah pesakit itu.
"Kak Fatin... Ya Allah, lamanya tak jumpa. Kami Diana." tanya Diana lalu bangun dari tempat duduknya untuk bersalaman dengan Fatin.
"Diana... Berubahnya muka Diana sekarang sampai kak tak perasan ni Diana." kata Fatin turut bersalaman dengan Diana. Diana kembali duduk dan membelek failnya kembali.
"Diana dah kahwin ke? Diana tinggal mana?" tanya Fatin cuba memecahkan kesunyian di dalam bilik itu.
"Diana dah kahwin. Kak Fatin takkan tak tahu dari sesiapa? Diana tinggal dekat-dekat hospital ni saja. Kak dah kahwin ke?" kata Diana. Kemudian matanya mula menjadi besar macam baru nampak hantu.

YOU ARE READING
I Hate You But I Love You
Roman d'amourSuka bergaduh hinggakan berputik rasa cinta. Tetapi disebabkan satu kesilapan yang Nial buat, hati Ana hancur. Dah mula nak lupakan dia time tu juga dia kembali. Kehadiran Fatin dan Alif membuatkan mereka lebih rapat. "Ada empat perkataan Ana nak c...