Haishhh! Mata lebam la pula! Semalam sebelum tidur menangis yang nak amat. Sampai tak ingat dunia. Harini memang padan la mata lebam. Padan muka sendiri. Dari tadi asyik masak je, tak nampak pula muka Danial. Tidur sampai tak ingat isteri ke apa ni?
"Assalamualaikum. Sayang... Harini jom kita pergi honeymoon. Abang dah pack semua barang sayang dengan abang dah. So sayang just kena bersiap je." kata Danial. Dari malam hingga ke tengah hari packing barang ja. Yang paling susah nak packing ialah barang Diana. Nanti salah pack marah orang pula.
"Honeymoon? Harini? Abang pack barang Ana betul ke? Nanti salah, abang faham-faham la." kata Diana. Marahnya masih tak turun. Danial hanya senyum.
"Takkan salah punya. Dah berapa bulan kita kahwin? Abang dah tahu la apa nak pack apa yang tak nak pack. Dah masak cepat then kita breakfast and kita bersiap." kata Danial. Buat honeymoon ni pun sebab tak nak Diana ingat tentang semalam.
"Ok..." kata Diana perlahan. Mukanya masih tak berubah. Setelah selesai makan, Diana naik ke bilik untuk bersiap. Danial bawa masuk beg ke dalam kereta.
"Dah siap? Jom." kata Danial apabila semua barang dah siap dimasukkan ke dalam kereta.
"Kita nak pergi mana ni? Kenapa macam bukan jalan ke airport je?" tanya Diana. Tahu jalan ke tak Danial ni? Ke salah jalan?
"Siapa kata honeymoon kena naik kapal terbang saja? Tak semua honeymoon naik kapal terbang. Honeymoon boleh buat di mana-mana sahaja." kata Danial sambil tersenyum manis. Muka Diana mula rasa hangat. Tak pernah seumur hidup dia nampak lelaki senyum semanis dia.
"Kenapa tengok muka abang? Abang tahu la abang hensem." kata Danial lagi sambil tersenyum manis. Nampak sedikit lesung pipit di pipi dia membuatkan muka Diana lebih hangat.
"Tolong jangan perasan and please stop senyum macam tu. Nampak macam beruk. Hodoh tahu." kata Diana lalu mengalihkan perhatiannya ke arah luar.
"Abang tahu la abang hensem. Sayang pernah cakap masa kecil dulu and masa sekolah menengah dulu dekat Shafikah kan?" kata Danial. Diana terkejut dan terus mengalihkan perhatiannya ke arah Danial semula. Macam mana lelaki ni tahu? Takkan Shafikah bagitahu?
"Macam mana abang tahu? Abang curi dengar ke? Memang dasar lelaki tak tahu malu kan asyik dengar perempuan cakap."
"Mana ada curi dengar. Shafikah sendiri bagitahu and sayang sendiri tulis dalam chat yang abang hensem bila senyum." kata Danial. Baru Diana teringat bahawa sebelum Danial tahu yang Diana sukakan dia, dia pernah chat dengan Danial dan pernah terlepas tulis yang Danial hensem.
"Allah! Macam mana pula boleh terlepas tulis time tu? Malu gila." kata Diana perlahan tetapi boleh didengari oleh Danial. Danial tergelak mendengar kata-kata Diana itu.
"Normal la. Abang dah dengar banyak perempuan cakap abang hensem. Relax je."
"To you. Memang la normal. Dah la popular, mamat poyo, muka perigi and berbagai lagi lah." kata Diana sambil gelak terbahak-bahak. Mencabar kesabaran Danial sungguh la perempuan ni.
"Then sayang tu... Muka katak. Dasar tak sedar diri." kata Danial. Diana terus terdiam apabila terdengar perkataan 'katak'.
"Ikut suka abang la nak cakap apa. Muka katak ni juga yang abang kahwin kan?" kata Diana sambil mengangkat kening sebelah.
"Dah sampai. Suprise tak?" tanya Danial lalu parking keretanya di depan rumah besar. Diana terkejut dan terus melihat Danial.
"Seriously? Honeymoon di rumah nenek? Ya Allah! Thank you abang! Ana sangat-sangat hargai." kata Diana sambil memeluk badan Danial. Danial yang tak sangka Diana akan peluk badannya terus cuba menolak.
YOU ARE READING
I Hate You But I Love You
RomantizmSuka bergaduh hinggakan berputik rasa cinta. Tetapi disebabkan satu kesilapan yang Nial buat, hati Ana hancur. Dah mula nak lupakan dia time tu juga dia kembali. Kehadiran Fatin dan Alif membuatkan mereka lebih rapat. "Ada empat perkataan Ana nak c...