-9 bulan selepas itu-
Kebelakangan ini, Diana asyik muntah-muntah. Macam orang mengandung. Bila pergi buat check, doktor kata negatif. Kecewa tu kecewa la juga. Ingatkan mengandung rupa-rupa gastrik. Haihhh lah Diana ni beri fakehope!
"Abang pergi dulu ya. Ana dengan Fatin jaga diri." kata Danial lalu mencium dahi Diana dan perut Fatin.
"Assalamualaikum abang. Jaga diri." kata Diana. Danial mengangguk. Fatin berasa pening lalu duduk sebentar di atas sofa.
"Akak nak apa-apa ke? Ana pergi ambil susu ye." kata Diana. Fatin hanya mengangguk. Badannya menjadi lemah. Diana datang membawa sedulang susu.
"Ni akak. Minum susu then pergi rehat." kata Diana. Fatin minum sedikit lalu menggelengkan kepalanya.
"Akak tak nak dah. Akak pening. Akak nak pergi rehat." kata Fatin. Diana mengangguk. Dia meletak dulang susu atas meja lalu memimpin Fatin untuk naik tangga. Tak sempat untuk naik tangga, Fatin jatuh terpengsan.
"Akak? Akak! Ya Allah kenapa ni?" Diana menjadi panik. Dia mencapai telefonnya lalu menelefon sesiapa sahaja yang dia tekan.
"Alif? Tolong aku Alif. Kak Fatin... Dia... Dia pengsan." kata Diana lalu mematikan panggilan. Alif datang ke rumah Diana dengan segera. Dia mengangkat Fatin dan masuk ke dalam kereta.
"Nurse nurse!" panggil Diana. Nurse segera mengikut Diana pergi mengambil Fatin. Mereka menolak Fatin ke wad bersalin.
"Dah tiba masanya untuk bersalin ni." kata doktor kepada nurse itu. Nurse itu mengangguk lalu menutup pintu wad. Diana mundar-mandir di hadapan wad bersalin itu. Kekadang terdengar juga suara Fatin menjerit. Dia memerlukan seseorang untuk memberi sokongan.
"Aku rasa kau patut call Danial. Fatin menderita di dalam tu. Dia perlukan suaminya." nasihat Alif. Diana mengangguk lalu menelefon Danial. Danial bergegas ke hospital.
"Mana Fatin?" tanya Danial kepada Diana. Diana menunjukkan ke arah wad bersalin itu kepada Danial. Danial meminta izin dari nurse untuk masuk ke dalam. Nurse memberi Danial masuk ke dalam.
"Ana kau duduklah dulu. Insyaallah, Fatin dengan bayi tu selamat. Kau duduklah." pujuk Alif. Diana duduk di sebelah Alif. Dia mengalihkan perhatiannya ke Alif untuk bercakap tetapi dihalang oleh Alif.
"Tak payah cakap merapu. Mulut kau kekadang celupar sikit. Shhh diam sahaja." kata Alif. Diana tersenyum lalu mengalihkan pandangannya ke hadapan kembali. Dalam beberapa jam, doktor keluar dari wad itu.
"Macam mana doktor?" Diana terus bangun dari duduknya apabila nampak doktor keluar. Alif turut bangun. Doktor membuka masknya dan tersenyum lebar.
"Alhamdulillah. Berjalan lancar. Ibunya selamat dan bayinya turut selamat dilahirkan. Allah dah hadirkan lagi seorang cahaya mata di dunia ini." kata doktor itu beria. Diana dan Alif bersyukur kepada Allah. Mereka berterima kasih kepada doktor. Danial keluar dari wad itu.
"Abang! Tahniah sebab dah jadi ayah! Alhamdulillah. Akhirnya impian abang nak jadi ayah dah jadi kenyataan." kata Diana. Danial masih lagi terkedu. Diana terus memeluk Danial. Danial hanya membalas pelukan Diana. Ya Allah, aku mengharapkan anak pertamaku dari Diana tetapi akhirnya anak pertamaku dari Fatin. Aku terpaksa redha. Terima kasih Ya Allah.
"Ana... Pergilah masuk tengok. Nanti abang ikut." kata Danial. Diana mengangguk lalu masuk ke dalam wad. Alif bersalam dengan Danial dan masuk ke dalam wad juga. Danial pergi berjalan ke surau hospital. Dia membuat solat hajat.
"Ya Allah. Kau berikanlah Diana zuriat. Aku tahu aku patut bersyukur kerana kurniaanMu ini. Tetapi aku mahukan zuriat dari Diana. Isteri yang paling aku sayang."
YOU ARE READING
I Hate You But I Love You
RomansaSuka bergaduh hinggakan berputik rasa cinta. Tetapi disebabkan satu kesilapan yang Nial buat, hati Ana hancur. Dah mula nak lupakan dia time tu juga dia kembali. Kehadiran Fatin dan Alif membuatkan mereka lebih rapat. "Ada empat perkataan Ana nak c...