"Wei! Nak cari gaduh pun biar bertempat. Kau tu siapa nak gaduh dengan aku?"
"Wei! Kau ingat muka kau tu hensem sangat ka? Muka macam perigi buruk!"
"Yang kau tu? Muka macam katak!"
Dah lima tahun aku sekolah sini tak ada pula mamat datang cari pasal dengan aku. Baru saja pindah dah tunjuk tanduk. Tau la anak orang kaya tapi hormat la orang sikit. Muhammad Danial Heykal Bin Mikail. Aku cop dia sebagai mamat poyo dan mamat muka perigi buruk.
"Wei korang berdua ni tak gaduh tak boleh ka? Dah la cikgu nak datang tu." kata Shafikah, kawan sekelas Ana.
"Aku akan confirmkan yang aku takkan jumpa kau lepas habis SPM ni!" kata Danial pada Diana.
"Aku pun tak hingin la nak tengok muka kau yang buruk ni!"
Dah la satu kelas. Menyemak hidup orang ja. Aku benci lelaki nama Danial Heikal. Budak poyo. Muka hensem tapi perangai busuk. Ramai gosip tentang dia. Macam la elok sangat perangai tu. Sekali diorang tau perangai dia baru sedar langit ni rendah ka tinggi!
"Wei Ana! Lagi dua minggu nak SPM. Kau dah ready?" tanya Shafikah.
"Aku dari dulu ready. Selamat nak dekat SPM tak ada gangguan." kata Diana sambil mengemas buku di atas meja.
"Nial tu? Bukan gangguan ke? Aku tengok makin gaduh makin rapat ja. Belajar sekali, makan satu meja and gaduh pun dekat dekat." sindir Shafikah.
"Kau biasa makan buku tak? Sehari tak sebut nama mamat muka perigi tu tak boleh?" kata Diana sambil menunjukkan buku ke arah Shafikah.
Tak sempat Shafikah nak membalas, Danial masuk ke dalam kelas untuk mengambil begnya.
"Dah la jom balik. Aku rasa menyemak dalam kelas ni bila nampak muka mamat perigi tu."
"Macam la muka kau tu cantik. Wei Ana! Kau tu yang muka tak sedar diri!"
Diana buat tak layan. Dia terus keluar dari kelas bersama Shafikah. Tangan dah geram nak tumbuk orang ni. Selamat aku ni perempuan.
"Meluat betul aku dengan mamat tu! Aku nak fokus belajar pun tak boleh! Ejekan dia tu macam jadi sumpahan tau tak! Aku benci lelaki macam tu!" kata Diana kepada Shafikah selepas habis mata pelajaran Biologi.
"Kau ni Ana! Jangan ingat sangat la. Biasa la tu Nial kan suka kacau orang sana sini. Biasa la budak hot. Kau pun dulu bukan ada acah-acah minat Nial kan? So apa salah dia kacau kau? Kau mesti bangga." perli Shafikah kepada Diana. Diana menjelingkan matanya ke arah Shafikah.
"Tapi Fikah! Memang aku ada acah-acah minat lelaki tu tapi dia tu melebih la! Macam mana orang nak suka dia lama lagi?!"
"Now aku nak tanya kau satu soalan. Kau masih sukakan Nial tak? Jawab dengan jujur. Jangan membohong."
"Entah la. Perasaan aku sekarang bercelaru. Tapi tak apa la. Kita dah nak SPM and then cuti. Boleh aku rehatkan minda dan boleh aku lupakan Nial!"
-Di Rumah-
Diana turun ke bawah untuk makan tengah malam. Puan Irdina, encik Kamal, Iqbal dan Iqmal sedang menunggu dia di bawah. Dia ada dua orang abang dan adik lelaki kembar. Tiada kakak. Dia seorang sahaja perempuan dalam keluarga itu. Ashraf ialah abang sulungnya. Sekarang bekerja sebagai arkitek. Muzaffar ialah abang keduanya. Sedang menyambung pelajaran sebagai pelukis di Australia. Iqbal dan Iqmal ialah adik kembar bongsunya. Masih belajar tingkatan 2.
"Ibu dengan abah kenapa tak makan lagi?" tanya Diana. Mengambil tempat duduk di sebelah ibunya.
"Ibu tengah tunggu kak la. Lambat sangat! Bal lapar tau!" marah Iqbal sambil memegang perutnya.
"Macam la nak mati. Gedik!" marah Diana. Dia memijak kaki Mikail. Dah la pendek.
"Ibu! Tengok kak ni!" ngadu Mikail sambil memegang kakinya. Sakitnya!
"Ana.. Jangan kacau adik. Kail jangan duk mengada-ngada. Dah jom makan." tegur Puan Irdina.
"Ye ibu!" kata Mikail dan Diana serentak. Mereka menjamu selera dengan tenang.
YOU ARE READING
I Hate You But I Love You
Storie d'amoreSuka bergaduh hinggakan berputik rasa cinta. Tetapi disebabkan satu kesilapan yang Nial buat, hati Ana hancur. Dah mula nak lupakan dia time tu juga dia kembali. Kehadiran Fatin dan Alif membuatkan mereka lebih rapat. "Ada empat perkataan Ana nak c...