"Siap tak lagi? Dah nak dekat pukul 2 petang. Janji pukul 1:30 petang." kata Danial hilang sabar apabila Diana mengambil masa yang terlalu lama untuk bersiap.
"Siap dah. Jangan la marah. Kata nak enjoy saja harini." kata Diana turun ke ruang tamu.
"Nak pergi mana ni? Siap cantik-cantik bagai ni. Macam pergi tempat romantik ja. Nak kata honeymoon macam tak sebab tak bawa beg pun." tanya Puan Irdina sambil membawa secawan kopi untuk Encik Kamal.
"Kami just nak spend time as husband and wife. Sebelum ni tak pernah spend time sekali. So harini kami spend time la sekali." kata Danial tersenyum manis melihat isterinya tak habis-habis membaca buku.
"Kalau nak spend time sampai bila-bila pun spend la. Ayah dengan ibu tak ada hak nak halang dah. Lain la sebelum kahwin." kata Encik Kamal lalu mengambil cawan di tangan isterinya.
"Ya la. Kami perlu dulu. Assalamualaikum." kata Diana. Dia menutup bukunya dan bersalaman dengan Puan Irdina dan Encik Kamal. Danial turut bersalaman dengan Puan Irdina dan Encik Kamal.
"Kita nak pergi mana sebenarnya ni? Dari semalam tanya asyik jawab 'tengok la nanti'." kata Diana apabila masuk ke dalam kereta. Danial hanya terdiam dan focus memandu kereta.
"Kalau nak tidur, tidur la dulu. Abang nak bawa sayang pergi tempat yang sangat special bagi kita." kata Danial sambil tersenyum manis. Diana buat tak layan. Dia menyambung bacaannya.
"Kalau dah sampai kejut Ana. Tetiba rasa mengantuk baca buku ni lama-lama." kata Diana lalu memejamkan matanya.
"Sayang, kita dah sampai. Bangun la." kata Danial perlahan. Diana masih tak bangun. Danial merapatkan mukanya ke telinga Diana.
"Sayang bangun. Kalau tak bangun juga, abang dukung sayang keluar." kata Danial tersenyum nakal. Diana terkejut dan terus segar. Baru ingat nak dengar ayat manis!
"Ngantuknya. Ingat lama lagi. Dah sampai? Jom la keluar." kata Diana buat tidak peduli. Danial ketawa melihat gelagat Diana yang tetiba jadi gelabah.
"Ok. Come out my princess." kata Danial sambil membuka pintu kereta dan menghulurkan tangannya.
"Don't you call me like that." kata Diana lalu memegang tangan Danial. Danial cuma mengangguk lalu menarik Diana.
"Where are you taking me? Kenapa jauh sangat?" tanya Diana. Dah la gelap semacam ja ni.
"Ikut saja."
"Dah sampai. Sayang ingat tak lagi tempat ni?" tanya Danial lalu melepaskan tangannya.
"Nak ingat macam mana? Satu apa pun tak nampak." kata Diana sambil mengecilkan matanya. Tiba-tiba ada cahaya yang boleh buat Diana nampak seluruh tempat itu. Pantai tetapi macam dah ditinggal lama. Pokok dihias oleh lampu-lampu. Walaupun macam lama ditinggal tetapi masih nampak cantik.
"Nampak tak? Abang tanya lagi sekali, ingat tak lagi tempat ni?" tanya Danial lagi selepas membuka lampu.
"Ni bukan..."
"Tempat pertama kali kita jumpa dan rapat." celah Danial lalu duduk di atas pasir. Mata tepat pandang ke arah air pantai.
"Maaf la. Ana still dalam process untuk sembuh. So Ana still samar-samar nak ingat kisah lama. Boleh tak Nial bagitau macam mana kita jumpa dulu?" tanya Diana lalu duduk di sebelah Danial. Danial melihat muka Diana dan mengangguk.
"Time tu family abang and family sayang datang berkelah sekali. Kita tak kenal lagi masa tu. Then ibu dan ayah abang cuba nak rapatkan kita. So diorang suruh kita main sekali..."
![](https://img.wattpad.com/cover/99293513-288-k429655.jpg)
YOU ARE READING
I Hate You But I Love You
Roman d'amourSuka bergaduh hinggakan berputik rasa cinta. Tetapi disebabkan satu kesilapan yang Nial buat, hati Ana hancur. Dah mula nak lupakan dia time tu juga dia kembali. Kehadiran Fatin dan Alif membuatkan mereka lebih rapat. "Ada empat perkataan Ana nak c...