Bab 19

71 4 0
                                    

    Dah nak masuk 5 tahun Diana dan keluarganya tidak berjumpa dengan keluarga Danial. Diana baru sahaja tamat belajar untuk menjadi doktor pakar dan sekarang bekerja di salah satu hospital di negeri Kedah sebagai doktor pakar. Ashraf dan Iqbal pula telah menjadi Arkitek dan sekarang sibuk dengan kerjanya sampaikan Ashraf nak cari isteri pun tak sempat. Muzaffar pula seorang pelukis di Negeri Sembilan dan telah dikurniakan seorang anak perempuan, Nurul Sofia. Iqmal hanya bekerja sebagai doktor bedah di Switzerland.

    "Ibu, Ana keluar jumpa kawan Ana kejap." kata Diana sambil bersalaman dengan Puan Irdina yang sedang menyiram pokok di belakang rumah. Setiap kali cuti, mesti Diana pulang ke rumah Puan Irdina kerana jarak antara rumah Diana dengan rumah Puan Irdina tidak jauh sangat.

    "Ok tapi hati-hati bawa kereta tu." 

    Diana hanya mengganguk dan terus beredar dari perkarangan rumah Puan Irdina. Dia telah berjanji dengan Shafikah untuk berjumpa di mall berdekatan. Setelah Diana meletakkan keretanya di tempat meletak kereta, Diana terus menelefon Shafikah.

    "Assalamualaikum Fikah. Kau dekat mana? Aku dah sampai dekat mall ni cuma nak cari kau saja." 

    "Waalaikumsalam. Aku ada dekat Starbuck ni. Nanti aku datang jumpa kau dekat lif. Kau tunggu saja dekat situ." Diana terus mematikan dail dan pergi ke lif yang dikatakan Shafikah tadi.

    "Woi! Lamanya tak jumpa! Kau sihat ?" tanya Shafikah dari belakang. Diana terperanjat sedikit.

    "Selamat aku tak sakit jantung. Kalau aku sakit jantung, kau bayar bil hospital aku!" marah Diana sambil mencubit lengan kanan Shafikah. Shafikah mengadu kesakitan.

    "Sakitlah! Kalau kau sakit jantung pun, aku sanggup bayar demi kau. Dah la jom ikut aku pergi Starbuck. Aku ada benda nak beritahu kau ni masa kita jalan nak pergi Starbuck." kata Shafikah teruja. Diana pelik dengan perangai sahabatnya itu.

    "Apa?! Kau nak kahwin bulan depan? Kau tak beritahu aku pun! Siapa bakal suami kau tu?" tanya Diana apabila Shafikah cakap yang dia bakal berkahwin bulan depan.

    "Betul la aku nak kahwin. Bukan tak nak beritahu tapi aku tak tau nak beritahu macam mana. Bukan kau kenal pun bakal suami aku. Pengapit lelaki kau mesti kenal gila! Jom la!" ajak Shafikah. Diana berasa tidak sedap hati. Mereka terus pergi ke Starbuck. Di satu meja terdapat dua orang lelaki sedang berbual mesra.

    "Awak! Ni la Diana. Diana ni Rashid bakal suami aku." kata Shafikah sambil memperkenalkan Diana kepada Rashid. Diana hanya tersenyum melihat Rashid. Mereka duduk di hadapan lelaki itu. Yang paling terkejut ialah seorang lagi lelaki itu ialah Danial! Diana tidak berani untuk memandang tepat mata Danial kerana dia berasa meluat dan benci akan lelaki itu.  

    "Lama tak jumpa Diana Zalikha. Setelah 5 tahun, akhirnya jumpa balik kita kan? Ni la orang kata jodoh." kata Danial sambil tersenyum gatal. Diana memandang tajam ke arah Danial. 'Jodoh? Kau dah putus tunang dengan aku then kau kata jodoh? Boleh belah la wei!' kata Diana di dalam hatinya. Rasa tidak berpuas hati dekat Danial.

    "Tu la kan. Tak dapat nak sangka yang 'ex tunang' berjumpa kembali." Diana memanjangkan sedikit perkataan 'ex tunang'. Muka Danial yang tersenyum terus berubah sedikit terkejut. 'Dia masih ingat lagi ka kisah lama?' kata hati Danial.

    "Korang ni ada apa-apa talian ka sebelum ni?" tanya Shafikah. Dia mula berasa curiga terhadap Danial dan Diana. 'Ada apa-apa yang Ana sembunyikan dari aku ka?' kata hati Shafikah pula.

    "Tak ada apa-apa la. Saja main-main. Lagipun Danial dah berpunya. Dengan orang putih pula tu. Aku ni mana la mampu macam dia ni. Setakat orang Malaysia pun tak nak dekat aku." sindir Diana sambil memandang ke arah cawan yang berada di depannya itu. Danial yang hanya terdiam mula berasa gelabah. Shafikah dan Rashid hanya terdiam sahaja.  

I Hate You But I Love YouWhere stories live. Discover now