Setelah beberapa minggu, Fatin dna Danish dibenarkan keluar. Diana berasa gembira kerana Fatin dan Danish sudah mahu pulang. Dia mengemas satu rumah. Dari atas hingga bawah. Tersedia satu bilik untuk Danish. Tapi buat masa sekarang Danial menyarankan Fatin untuk membawa Danish tidur sekali dengannya.
"Selamat pulang akak! Dah lama Ana tunggu akak dengan Fakrullah pulang. Mesti abang bawa kereta punyalah lambat kan?" kata Diana ceria. Fatin tergelak kecil manakala Danial berjalan ke arah Diana dan mecubit hidung Diana sekuat hati.
"Perlahan-lahan pun selamat balik rumah. Kalau laju nanti terbabas pula." kata Danial. Diana mengosok hidungnya yang merah itu. Haishh geram tak terhingga!
"Wow bersihnya rumah. Siapa bersihkan ni?" tanya Fatin. Diana mencekak pinggangnya dengan bangga.
"Mestilah Ana. Dari atas hingga bawah semua Ana yang buat. Abang tak ada punya nak tolong. Dia duduk atas sofa and goyang kaki saja." sindir Diana. Danial berasa panas hati lalu mencubit pipi Diana pula. Dia menunjukkan jari telunjuk menandakan last warning.
"Haha... Tak habis-habislah kamu berdua ni. Kerja nak gaduh saja. Terima kasih Ana sebab bersihkan rumah. Buat susah sahaja." kata Fatin. Diana mengangguk lalu mengambil Danish dari Fatin.
"Makin tembam Fakrullah. Mesti abang bagi makan banyak pada Fakrullah kan? Supaya jadi tembam macam dia." sindir Diana lagi. Danial memang dah panas hati sungguh tetapi ditenangkan oleh Fatin.
"Rasanya Danish mengantuk ni. Akak bagi Danish tidur dululah." kata Fatin. Diana mengangguk lalu beri Danish kepada Fatin semula. Fatin naik ke atas untuk menidurkan Danish.
"Kenapa pandang-pandang Ana? Rindu sangat ke?" kata Diana. Danial mengalihkan pandangannya ke arah lain. Dia memeluk tubuhnya. Diana jalan mendekati Danial.
"Kenapa ni? Sorry lah tadi. Ana tak sengaja. Merajuk eh? Alololo tomey tomey ni. Bila masa abang pandai merajuk ni?" kata Diana lalu tergelak. Danial memandang Diana. Dia mengusap perlahan rambut Diana.
"Abang rindu dengar ketawa Diana. Now you have laugh, I already not miss you." kata Danial lalu mengalih pandangannya ke arah lain semula. Diana mengangkat keningnya.
"You not miss me anymore? Okay no gift for you." kata Diana. Danial nembulatkan matanya. Diana menarik bahu Danial untuk membongkokkan badannya sedikit dan berbisik.
"I will not tell you about this gift if you not miss me. Adios." kata Diana lalu beredar dari situ. Danial ditinggalkan seorang sambil tertanya-tanya pada dirinya. Apa maksud Ana?
"Akak dah tidurkan Fakrullah ke?" kata Diana lalu menutup dan mengunci pintu bilik Fatin supaya Danial tidak dapat masuk.
"Danish cepat tidur. Macam Danial." kata Fatin sambil mengusap perlahan kepala Danish. Diana duduk bersebelahan dengan Danish.
"Akak... Lepas ni kalau akak nak abang beri perhatian sepenuhnya pada Danish, akak beritahu Ana ok? Biar abang jaga Danish dan akak sepenuhnya. Ana tak nak Danish kekurangan kasih sayang seorang ayah kerana ayahnya mempunyai 2 isteri. Ana tak nak Danish tahu yang Ana ni isteri abang. Jadi jangan panggil Ana 'mama Ana' boleh tak? Panggillah 'bibik' ke 'Aunty Ana' ke just jangan kaitkan Ana dengan ibu. Ana tak nak nanti Danish marahkan Ana sebab tak dapat sepenuh kasih sayang abang." kata Diana. Fatin memegang bahu Diana.
"Danish tak kisahlah. Dia mesti faham. Abang mesti akan beri perhatian pada Danish. Isteri dikategorikan lain. Anak dikategorikan lain. Jangan samakan ia. Danish takkan pernah salahkan Ana. Ni anak akak. Akak tahu yang dia takkan pernah salahkan Ana walau macam mana pun." kata Fatin. Diana melihat Danish. Mukanya sama dengan Fatin. Seperti mencari sesuatu yang dah lama tak jumpa. Risau, tenang dan sedih. Dia mencium dahi Danish. Riak wajah Danish berubah menjadi tenang sepenuhnya. Diana terkejut.
"Tengok. Bila Ana pegang or cium Danish, Danish jadi tenang. Ana memang pembawa ketenangan dalam hidup orang. Akak nak Ana sentiasa kuat dan jaga Danish. Akak nak juga Danish panggil Ana 'mama Ana'. Ana layak untuk jadi ibu kepada Danish juga." kata Fatin. Diana mengangguk. Pintu diketuk kuat oleh Danial sambil memanggil nama mereka untuk membuka pintu. Diana dan Fatin ketawa. Diana bangun dan membuka pintu bilik itu.
"Kenapa kunci pintu? Tahu tak bahaya? Cuba kalau Fatin dan Ana pengsan? Boleh mati korang di sini." Kata Danial risau. Diana tergelak.
"Macamlah abang ni doktor. Ana doktor pun takkan pernah cakap macam tu. Tu untuk orang yang berkurung and tak makan banyak hari." kata Diana lalu mencubit hidung Danial kuat. Sebagai tanda balasan kemudian dia lari keluar dari bilik itu. Danial terasa sakit di hidung terus mengejar Diana untuk membalas dendam.
"Nak lari mana?! Abang akan kejar Ana sampai lubang cacing!" kata Danial. Diana ketawa lalu lari lagi laju. Setelah beberapa minit berlari, Diana penat lalu berhenti sekejap di ruang tamu. Danial memeluk Diana dari belakang.
"Dah dapat! Ana tak boleh keluar dah!" kata Danial lalu mendukung Diana naik ke atas. Diana ketawa.
"Sakit ke Ana cubit? Setahu Ana, Ana kan sopan and lembut." kata Diana. Danial tersenyum.
"Memang sopan and lembut sangat sampai orang pun Ana tendang kan? Nak termuntah sikit saja." kata Danial. Diana ketawa lalu menumbuk dada Danial. Dia meronta-ronta untuk dilepaskan.
"Abang ni nak kena dukung Ana naik atas ke? Ana ni dah dewasalah. Turunkan Ana. Kalau tak, Ana merajuk 1 tahun." kata Diana. Danial menghiraukan apa yang dikata oleh Diana. Dia membawa Diana masuk ke dalam bilik Diana lalu meletakkannya di atas katil. Dia mendekatkan jarak mukanya dan Diana.
"I am not settle with you yet. So wait for me here my dear." bisik Danial. Diana mengangkat kening sebelahnya. Danial beredar dari bilik itu tanpa menoleh ke belakang. Diana ditinggalkan seorang di dalam bilik menunggu Danial. Setelah beberapa jam menunggu, Diana berasa mual lalu dia masuk ke dalam tandas dan muntah.
"Kenapa aku muntah ni? Gastrik lagi ke?" kata Diana lalu menyambung muntah. Dia keluar dari tandas apabila selesai muntah. Danial sedang bersandar di dinding bersebelah tandas itu. Terkejut Diana dibuatnya.
"Apa abang buat sini? Terkejut Ana." kata Diana. Danial berdiri tegak semula lalu mendekatkan jaraknya dengan Diana.
"Gastrik lagi ke?" tanya Danial. Diana mengangkat kedua-dua bahunya. Danial mencium dahi Diana lalu duduk atas katil. Dia menepuk katil itu seperti memanggil Diana untuk duduk sebelahnya. Diana buat tak faham. Dia mengangkat keningnya.
"Haishh... Duduk sini. Tu pun taj faham ke?" kata Danial. Diana senyum lalu duduk sebelah Danial. Danial meletakkan kepalanya di atas paha Diana. Diana mengusap perlahan rambut Danial sambil melihat muka Danial.
"Abang... Cuba kalau Ana mengandung lagi sekali. Abang nak buat perkara sama macam dulu ke?" tanya Diana. Wajah Danial berubah menjadi pelik.
"Kenapa sayang tanya macam tu? Abang takkan abaikan Ana lagi. Abang nyesal tentang kejadian dulu." kata Danial. Diana senyum manis lalu melihat ke hadapan. Danial melihat muka Diana. Dia bangun dari paha Diana dan menarik badan Diana untuk mengadapnya.
"Ana sayang... Believe me. I won't let you down anymore. I really regret about what I done to you." kata Danial sambil memegang muka Diana dengan kedua-dua tapak tangannya.
"I believe you every time, every minutes, every second. I know you won't let me down. I know you love me so much." kata Diana. Dia menundukkan mukanya ke bawah. Danial memaksa Diana untuk melihat mukanya. Danial melihat tepat ke matanya. Sayu. Mata Diana berair apabila melihat muka Danial lama-lama. Dia cuba mengalihkan mukanya ke arah lain tetapi Danial memaksanya untuk melihat Danial. Diana memejamkan matanya rapat-rapat.
"Please look at me. If you wanna cry, just cry. I know you sad and you need a support." kata Danial. Diana membuka matanya perlahan-lahan. Dia merenung tepat ke mata Danial. Air matanya gugur dalam masa yang singkat.
"Abang... I cannot look at you. Ana rasa bersalah sebab Ana tak dapat nak bahagiakan abang." kata Diana. Danial menggeleng lalu memeluk Diana.
"Ana selalu bahagiakan abang walaupun bukan dengan memberi abang zuriat tetapi menjaga abang dengan baik pun, abang dah bahagia. Thanks for everything sayang." kata Danial. Diana menangis di dalam dakapan Danial. Danial mengosok belakang Diana.
YOU ARE READING
I Hate You But I Love You
RomanceSuka bergaduh hinggakan berputik rasa cinta. Tetapi disebabkan satu kesilapan yang Nial buat, hati Ana hancur. Dah mula nak lupakan dia time tu juga dia kembali. Kehadiran Fatin dan Alif membuatkan mereka lebih rapat. "Ada empat perkataan Ana nak c...