"Akak sihat tak ni? Mal risaukan akak!" kata Iqmal sambil memeluk Diana.
"Akak sihat saja Mal. Cuma muka saja pucat sikit. Mungkin sejuk kot." kata Diana. Dia mengusap perlahan kepala Iqmal.
"Urm.. Aku minta maaf pasal semalam. Kau ok tak ni?" tanya Danial. Dia rasa bersalah selepas kejadian semalam.
"Bukan salah kau pun. Dah la tak payah fikir. Benda yang dah lalu biarkan lalu. Kau nampak kan sekarang ni aku dah sihat sejahtera dah. Yang pasti aku boleh makan lagi." kata Diana. Sempat buat lawak time orang risaukan dia. Mereka bersarapan bersama-sama.
"Ana.. Jom keluar bersiar-siar." bisik Danial. Diana cuma mengangguk. Dia mengikut Danial keluar bersiar-siar.
"Kau ni jangan la diam sangat. Kalau pasal semalam kau lupakan saja. Aku tak kisah. Aku just nak semua orang layan aku macam perempuan. Tapi kau saja yang layan aku macam lelaki."
"Aku bukan layan kau macam lelaki. Aku just rasa malu bila dulu kau luahkan perasaan kau dekat aku." kata Danial. Masa dulu Diana pernah menyukai Danial dan pernah luahkan dekat Danial tentang perasaannya.
"Apa pula kau yang malu? Patutnya aku yang malu sebab kena reject."
'Aku yang luahkan dekat dia and patutnya aku yang malu but dia cakap dia malu dengan aku? Dia ni dah gila ka apa?' kata Diana dalam hati.
"Bila masa aku reject kau? Aku tak pernah reject kau." Diana terdiam. Langkahnya turut berhenti. Danial melihat ke arah Diana dan mendekatinya.
"I like you, Nur Diana Zalikha." kata Danial. Diana makin lama makin malu dan mukanya sekarang dah merah. Danial tergelak melihat muka Diana merah.
"Muka kau macam katak bila merah. Serious lawak gila!" kata Danial. Dia terus tergelak dan berlari sebelum kena tendang dengan Diana.
"Danial Heykal! Kau memang nak kena mamat poyo muka perigi!" kata Diana sambil mengejar Danial. Seronok apabila ada orang menyukainya balik. Mulai hari ini mesti buku baru akan bermula.
"Esok Nial dengan Reen nak balik dah kan? Dah pack barang dah ka?" tanya Ashraf kepada Danial dan Nazreen.
"Dah. Kami nak minta maaf kalau sebelum ni kami ada buat salah." kata Danial. Dia tersenyum apabila melihat Diana sedang masak di dapur.
"Kak Ana biar Reen tolong. Reen kesian tengok kak buat semua ni sendiri." kata Nazreen apabila tengok Diana masak sendirian.
"Tak apa la. Nak siap dah ni. Reen duduk saja dekat depan sembang dengan yang lain."
"Tak nak. Semua lelaki. Reen duduk sini saja la." kata Nazreen sambil duduk di atas kerusi yang berada di dapur.
"Kesian ada dua orang perempuan saja dalam rumah ni kan? Seorang budak pendek seorang lagi muka katak." kata Danial sambil membelek cawan yang ada di atas meja.
"Biar la dua perempuan pun. Muka katak ni juga la yang masak untuk kau. Kenapa tak sembang sekali dengan abang-abang di depan?"
"Depan sana abang Ash dan abang Muz asyik cakap tentang kahwin ja. Iqbal dan Iqmal naik atas main game. Tu yang datang tengok kot kot ada jodoh di dapur ni. Tapi rupa rupanya ada katak dalam ni."
"Kurang ajar betul. Dah la pergi balik tu. Meluat tengok muka perigi buruk ni!" kata Diana. Dia membaling kain buruk yang berada di sebelahnya ke arah Danial. Makin lama makin sakit hati saja.
"Ala tak lama lagi ja nak balik. Merajuk nanti rindu pula bila aku dah tak ada dekat sini." kata Danial sambil membalingkan kembali kain buruk itu ke arah Diana.
YOU ARE READING
I Hate You But I Love You
RomanceSuka bergaduh hinggakan berputik rasa cinta. Tetapi disebabkan satu kesilapan yang Nial buat, hati Ana hancur. Dah mula nak lupakan dia time tu juga dia kembali. Kehadiran Fatin dan Alif membuatkan mereka lebih rapat. "Ada empat perkataan Ana nak c...