Bab 34

61 10 0
                                    

    Fatin terkedu. Dia terus naik ke atas bilik. Air matanya mengalir dengan pantas. Kenapa Ana bohong selama ni? Dia masuk ke dalam bilik. Danial terkejut melihat Fatin menangis. Dia terus mendekati Fatin.

    "Fatin? Kenapa ni?" tanya Danial. Fatin melihat mata Danial. Dia berasa sedih. Sedih yang teramat. Fatin terus memeluk tubuh Danial.

    "Kenapa ni?" tanya Danial lagi sekali. Diana masuk ke dalam bilik. Dia terdiam.

    "Akak? Kenapa akak menangis ni?" tanya Diana. Fatin melihat muka Diana.

    'Tenangnya Ana. Macam tak ada benda berlaku. Tabahnya hati Ana.' kata hati Fatin. Dia mengingat kembali kata-kata Diana.

    "Semua nak dengar sangatkan penjelasan Ana? Ok Ana jelaskan." kata Diana. Mereka semua sedia mendengar apa yang Diana hendak cakap.

    "Ana dah lama tak pergi check jantung Ana and bulan lepas Ana pergi check. Doktor tu cakap jantung Ana tak kuat. Ana tahu bila-bila masa saja Ana boleh meninggal. Jadi Ana tak nak Nial keseorangan teringatkan Ana. Ana suruh kak Fatin gantikan Ana sebagai peneman Nial nanti. Biarlah Ana sedih demi kebahagiaan Nial." jelas Diana. Fatin terus memeluk Diana. Danial dan Diana berasa pelik.

    "Nial pergi keluar dulu ya. Mungkin Fatin dan Ana perlukan masa untuk berdua." kata Danial lalu keluar dari bilik itu. Dia turun ke bawah untuk bersembang dengan ahli keluarga Diana.

    "Akak... Akak ok ke ni? Kalau akak sakit beritahu saja Ana." kata Diana. Mereka berdua duduk di atas katil. Fatin mengelap air matanya untuk memulakan perbualan.

    "Ana... Kenapa Ana rahsiakan benda ni dari akak dan Nial?" tanya Fatin. Diana mengerutkan keningnya.

    "Rahsia apa? Ana tak pernah rahsiakan apa-apa dari akak dan Nial." kata Diana. Fatin memegang tangan Diana.

    "Ana sakit jantung kan? Kenapa Ana rahsiakan benda ni?" tanya Fatin. Diana terkejut lalu menjauhkan dirinya sedikit dari Fatin.

    "Dari mana... Dari mana akak tahu ni?" tanya Diana. Dia terus menutup mulutnya dengan kedua-dua tangannya.

    "Maaf tadi akak terdengar perbualan Ana dengan keluarga Ana. Akak tanya lagi sekali. Kenapa Ana rahsiakan benda ni dari akak? Lagi-lagi suami Ana sendiri?!" tegas Fatin tanya. Air mata Diana mengalir.

    "Akak... Maafkan Ana. Ana cuma nak Nial bahagia. Ana tahu salah Ana. Tapi tolong maafkan Ana. Just jangan beritahu Nial. Ana tak nak Nial tahu Ana sakit." rayu Diana. Fatin mengelap air mata Diana.

    "Ana... Akak nak Ana beritahu sendiri pada Nial tentang sakit Ana ni. Akak sayangkan Ana. Ana kena ingat, bohong kepada suami berdosa. Jadi Ana fikirlah mana dosa mana pahala. Ana kan dah besar." nasihat Fatin. Diana mengangguk. Dia memeluk tubuh Fatin menandakan terima kasih.

    "Terima kasih akak. Ana sayangkan akak." kata Diana. Fatin hanya senyum.

    "So dah habis sembang?" tanya Danial. Fatin dan Diana mengalihkan muka mereka ke arahnya. Wajah Diana ternampak sedikit terkejut kerana takut Danial terdengar perbualan mereka.

    "Dah habis dah pun. Nial tadi keluar pergi mana?" tanya Fatin. Danial mendekati mereka berdua.

    "Nial pergi sembang dengan abang Ash dan abang Muz. Dah lama tak dengar khabar diorang. Ana tadi abang Ash cari." kata Danial. Diana mengangguk lalu keluar dari bilik itu. Danial duduk bersebelahan dengan Fatin.

    "Kenapa muka risau ni?" tanya Danial. Fatin menggelengkan kepalanya.

    "Tak mahu cerita sudah. Nial tak kisah. Tahulah private." kata Danial. Dia menjelingkan matanya.

I Hate You But I Love YouWhere stories live. Discover now