Setelah kejadian semalam, Danial menjadi dirinya semula. Cuba membahagikan dua masa untuk Diana dan Fatin. Pagi jaga Fatin, malam Diana or pagi Diana, malam Fatin. Begitulah rutinnya sekarang. Nak pergi kerja pun susah kerana seorang dalam pantang and seorang lagi dalam mengandung. Kekadang Diana menyuruh Danial pergi kerja dan siapkan apa yang patut.
"Abang... Ana fikir nak berhenti kerjalah. Biar Ana jaga akak. Ana kan doktor so Ana tahulah kalau akak sakit ke." kata Diana. Danial yang sedang makan terus terhenti.
"Tak payah lah. Ana kan dah suka kerja tu. Kesian pula Ana kena jadi doktor kepada Fatin. Lagipun pantang Ana tak habis lagi." kata Danial. Diana memegang tangan Danial.
"Tak apa. Akak kan makin lama makin tak larat. Kesian pula akak kena bersihkan satu rumah ni. Kalau abang beli rumah kecil tak apa but ni besar. Biarlah Ana berhenti ye." kata Diana. Danial mahu tak mahu terima sajalah. Dia mengangguk perlahan. Diana tersenyum lalu mencium tangan Danial.
"Thanks abang." kata Diana pendek. Danial mengangguk lagi lalu menyambung makan.
"Sir? May I come in?" tanya Diana. Encik Savish yang tadi serius membuat kerja terus ceria apabila melihat Diana sudah pulang untuk berkerja.
"Diana! Welcome back! Are you okay? You seem so pale. Come have a seat." kat Encik Savish ceria campur risau. Diana mengambil tempat duduknya di hadapan Encik Savish.
"Sir... I want to tell you something." kata Diana. Encik Savish tertunggu-tunggu apa yang hendak dikata oleh Diana.
"I want to quit. I want to quit being a doctor." kata Diana. Riak wajah Encik Savish berubah. Diana menundukkan kepalanya.
"Kenapa? Diana kan doktor yang terbaik dalam hospital ni." kata Encik Savish. Diana hanya senyum.
"Saya nak jaga madu saya yang sedang mengandung. Kesian pula kalau saya tinggalkan dia seorang. Please sir. I beg you." kata Diana. Encik Savish menggaru lehernya. Rasa serba salah hendak melepas doktor terbaik.
"Okay. Awak boleh berhenti. Kalau ada apa-apa, saya akan sentiasa ada untuk tolong awak. Kalau awak tak ada apa-apa lagi, boleh beredar." kata Encik Savish lalu membuat kerjanya kembali. Diana berasa sedih untuk meninggalkan hospital yang sudah bertahun-tahun dia kerja. Dia beredar dari hospital itu dan terus pulang ke rumah. Setibanya dia di rumah, telefon bimbitnya berbunyi.
"Fikah kenapa ni? Kenapa kau menangis?" tanya Diana apabila terdengar Shafikah menangis di dalam panggilan.
"Ana! Alif... Alif... Alif accident. Dia parah. Sekarang ni ada di wad kecemasan!" kata Shafikah. Diana terkejut lalu terus masuk dalam kereta kembali. Dia terus ke hospital.
"Mana Alif? Dia accident macam mana?" tanya Diana. Shafikah memeluk Diana. Dia menangis teresak-esak.
"Leher dia patah! Masa dia di hantar ke hospital berlumuran darah di baju dia. Tangan kanan dia pun patah. Dia kekurangan darah." kata Shafikah sambil menangis teresak-esak. Diana mula panik. Dia melihat ke tingkap wad itu. Alif dah dalam keadaan stabil.
"Siapa penderma darah?" tanya Diana. Shafikah mengangkat bahu.
"Doktor cakap masih tak jumpa. Walaupun nampak dia dah stabil tapi dia masih kekurangan darah. Kita perlu derma darah pada dia dalam masa sejam ni!" kata Shafikah. Diana pergi mencari doktor berkenaan.
"Doktor! Boleh saya dermakan darah saya pada pesakit yang bernama Alif?" tanya Diana. Doktor mengerutkan dahinya.
"Puan jenis darah apa? Pesakit darah AB." kata doktor. Diana memikir kembali jenis darahnya.
YOU ARE READING
I Hate You But I Love You
RomanceSuka bergaduh hinggakan berputik rasa cinta. Tetapi disebabkan satu kesilapan yang Nial buat, hati Ana hancur. Dah mula nak lupakan dia time tu juga dia kembali. Kehadiran Fatin dan Alif membuatkan mereka lebih rapat. "Ada empat perkataan Ana nak c...