"Wei tak nampak ka?! Aku jalan depan mata kau kot! Oh aku lupa.. Kau kan katak so mata kau bukan di depan but di tepi." kata Danial sambil tersenyum lebar. Seronok duduk dekat sini. Boleh buli muka katak ni!
"Kau nak kutuk pun pada pada la! Kau ingat kau tu elok sangat ka? Muka perigi! Mamat poyo!" balas Diana. Budak ni makin lama makin banyak cerewet dia!
"Apa ni gaduh gaduh abang?! Kak Ana kenapa ni? Habis basah lantai. Biar Reen tolong." kata Nazreen, adik kepada Danial.
"Reen biar saja mak cik ni buat kerja! Dia ni memang sesuai dengan kerja kerja macam ni! Dekat sekolah kau boleh la panggil kawan rapat kau untuk bantu kau tapi sekarang ni kawan rapat kau tak ada. Siapa nak tolong kau?!" kata Danial. Dia mengambil cawan yang berisi air kosong dan melempar ke arah Diana.
"Woi! Kau ni! Kau ingat aku ni bibik kau nak buat semua ni?! Kau tu tetamu saja di rumah ni!" marah Diana. Tangannya cepat cepat naik dan mahu menampar Danial. Danial tayang muka selamba.
"Diana Zalikha! Apa ni?! Nak tampar anak orang ni? Dah la biar Nazreen lap air ni! Masuk bilik sekarang!" marah Ashraf.
"Abang Ash bukan salah Ana." kata Diana. Terpaksa bela diri sendiri.
"Betul abang Ash. Ni bukan salah kak Ana." bela Nazreen. Danial buat tak tau saja.
"Nial tak buat apa. An... Ana yang langgar Nial dulu then marah Nial." kata Danial. Geli aku nak sebut nama katak ni!
"Tapi abang tu.."
"Naik bilik sekarang!" marah Ashraf.
Diana terus naik ke biliknya. Masih terkejut. Semua ni salah faham! Abang Ash pun bukan nak tanya dulu! Main salah orang saja! Mamat tu pun asyik duk tuduh orang saja! Keji sangat ka aku? Benci sangat ka dia dekat aku sampai buat aku macam ni? Diana menangis teresak-esak di dalam biliknya. Memang orang tak dengar sebab tingkat 3 yang paling atas. Dari pagi hingga malam Diana hanya berkurung dalam bilik sambil menangis.
"Ash mana Ana? Tak ajak turun makan malam ka?" tanya Muzaffar. Pelik bila tengok tak ada Diana. Selalunya dia yang beria-ia nak makan.
"Entah."
"Boleh Muz tanya? Apa jadi pagi tadi? Kenapa masa aku balik lantai dapur basah?" tanya Muz lagi. Aku tanya banyak yang jawabnya sepatah ja.
"Urm.. Tadi pagi.. Kak Ana terlanggar abang masa bawa air yang nak hidang dekat Reen, Bal dan Mal. Then abang Nial marah kak Ana." cerita Nazreen.
"Reen diam." marah Danial kepada adiknya.
"Then? Apa jadi Reen?" tanya Muzaffar. Tak mau cerita dia berhenti di situ saja.
"Then Reen tengok air tumpah di lantai. Abang Ash masuk dapur then marah marah kak Ana. Abang Ash suruh kak Ana pergi bilik sampai sekarang tak turun." jelas Nazreen.
"Kenapa kau marah dia Ash? Kau ni bukan nak tanya dulu. Dari dulu hingga sekarang kau asyik redah saja! Tak reti nak siasat!" marah Muzaffar.
Ashraf terkedu lepas mendengar cerita Nazreen. Muzaffar bangun dari tempat duduk dan pergi ke biliknya. Nazreen, Iqbal dan Iqmal mengikut Muzaffar. Danial dan Ashraf hanya terdiam di tempat duduk mereka tanpa bergerak.
"Ana! Buka pintu ni Ana!" jerit Muzaffar dari luar pintu.
"A.. Aba.. Abang!" panggil Diana. Disebabkan terlalu lama menangis dia jadi penat. Dah la ubat tak makan petang tadi. Macam mana tak penat!
"Ana! Ana ok tak?! Bal pergi panggil Ash." jerit Muzaffar. Iqbal hanya menurut. Dia terus menolak pintu itu. Haish! Yang budak Diana ni pergi kunci pintu ni kenapa?
"Abang Ash! Kak Ana!" kata Iqbal. Ashraf yang tadi mengelamun terus tersedar dan berlari ke tingkat atas. Danial juga turut mengikut.
"Kenapa ni Muz?!" tanya Ashraf.
"Kau tanya kenapa lagi. Kau punya pasal la! Tolong la aku!" marah Muzaffar. Dia menendang pintu itu. Walaupun lama tapi masih keras lagi pintu itu. Ashraf turut menendang pintu itu. Setelah lama mencuba akhirnya dapat juga membuka pintu itu.
"Ana! Ana!" jerit Muzaffar apabila nampak Diana terbaring di atas lantai. Muka pucat.
"Ya Allah! Apa aku dah buat? Mal pergi call ambulans!" arah Ashraf.
"Tak payah. Kita bawa terus dia pergi hospital. Rasanya kalau panggil ambulan nanti tak sempat." kata Muzaffar. Dia terus mengangkat Diana dan membawa masuk ke dalam kereta. Mereka hanya mengikut.
"Reen, Nial, Bal dan Mal duduk dekat rumah!" kata Ashraf. Dia tak mahu Nazreen, Danial, Iqbal dan Iqmal tahu tentang Diana.
Setelah tiba di hospital, Muzaffar terus memanggil nurse yang berada di hospital untuk menolong. Doktor memeriksa Diana. Ashraf dan Muzaffar tak senang duduk.
"Doktor macam mana adik kami?" tanya Muzaffar selepas nampak doktor keluar dari wad emergency.
"Selamat kamu datang cepat. Kalau lambat lagi sikit, mungkin dia tak dapat bertahan. Saya nak tanya, dari pagi hingga malam ada dia makan ubat?" tanya doktor.
"Tak. Sebab dari pagi hingga malam dia asyik berkurung dalam bilik." jawab Ashraf.
"Kamu tau kan yang jantung dia makin lemah. Then dia tak makan ubat. And now she may been in critical. Her heartbeat become slow. Saya takut dia tak boleh bertahan buat beberapa hari. But don't worry. Mungkin dia boleh balik dalam beberapa hari ini." kata doktor. Doktor terus beredar dari situ selepas berkata kepada mereka.
"Ya Allah. Kau la ni Ash. Kalau kau tak marah dia tadi. Confirm benda ni tak jadi!" marah Muzaffar.
"Aku tau aku silap. Aku minta maaf." kata Ashraf. Memang rasa menyesal di marah Diana.
"Aku tak nak kau minta maaf dekat aku. Aku nak kau minta maaf dekat Ana." kata Muzaffar. Mereka masuk ke dalam wad itu. Mereka nampak Diana yang sedang tidur nyenyak baring di atas katil.
"Ana.. Abang Ash dengan abang datang ni. Bangun la." kejut Muzaffar perlahan. Diana membuka matanya. Dia tersenyum melihat mereka.
"Abang Ash minta maaf sebab marah Ana." kata Ashraf. Dia memegang tangan Diana dan terus mencium dahi Diana.
"Abang tak salah. Kalau Ana tak cari pasal dengan Nial confirm abang tak marah Ana." kata Diana. Dia tak nak Ashraf salahkan dirinya. Ashraf dan Muzaffar menjaga Diana untuk beberapa hari. Danial, Nazreen, Iqbal dan Iqmal terpaksa duduk di rumah.
YOU ARE READING
I Hate You But I Love You
RomanceSuka bergaduh hinggakan berputik rasa cinta. Tetapi disebabkan satu kesilapan yang Nial buat, hati Ana hancur. Dah mula nak lupakan dia time tu juga dia kembali. Kehadiran Fatin dan Alif membuatkan mereka lebih rapat. "Ada empat perkataan Ana nak c...