Bab 8

83 4 0
                                    

    Selepas beberapa minit perjalanan, sampai juga di hotel yang ditetapkan. Masuk saja dalam hotel itu, Diana dan Danial diserbu oleh kawan kawan lama mereka.

    "Diana! Ya Allah lamanya tak jumpa! Kau sihat tak? Macam mana kau boleh datang dengan Danial ni? Korang bersama eh?" kata Shafikah sambil memeluk badan kecil Diana.

    "Apakah?! Aku dengan Danial sepupu ja kot. Normal la sepupu datang sekali kan? Yang kau lagi satu. Kau kata lama tak jumpa? Baru berapa bulan tak masuk setahun." kata Diana sambil mengetuk kepala Shafikah.

    "Wei! Bulan depan nak masuk setahun and bulan depan juga la kita nak dapat result! Kau tak rasa takut ka kalau result kau jatuh?" tanya Shafikah sambil menarik Diana ke meja.

    "Apa yang nak takut? Kita kena yakin dengan apa yang kita jawab time SPM tu. Lagipun aku kan dah ada impian nak jadi doktor."

    "Kau tau kan yang semua batch sekolah kita yang dulu datang sini?"

    "Aku tau. Kenapa kau tanya?" kata Diana sambil mengerutkan keningnya.

    "Aku tau la kau masih sukakan Danial. Harini kak angkat dia pun datang. Mesti spend time sekali punya. Entah entah nanti balik sekali. Kau tu dah la datang dengan dia takkan nak balik dengan dia and kak angkat dia tu kot?" kata Shafikah tak puas hati.

    "Biar la. Kalau dia nak balik dengan kak angkat dia sangat, aku balik ja naik teksi. Apa susah?" kata Diana. Dia bangun dari tempat duduknya. Niat nak pergi ke arah Danial dan beritahu yang dia tak jadi nak pulang sekali.

    "Kak, Nial sayangkan kak lebih dari Diana..." terhenti langkah Diana apabila mendengar apa yang Danial cakap. Biar betul?

    "Akak tau Nial sayangkan akak lebih dari Diana tapi kita tak boleh berangkat lagi." kata Fatin, kak angkat kepada Danial.

    "Kenapa kak?! Kak dah tak sayangkan Nial? Ataupun kak dah jumpa yang lebih baik?" tanya Danial. Diana setia mendengar perbualan mereka.

    "Kalau kak cerita pun, Nial takkan faham." kata Fatin perlahan.

    "Kak tolong la bagi Nial satu lagi peluang! Nial sayangkan kak!" kata Danial. Diana hanya duduk diam di sebalik dinding itu. Terdapat air mengalir di pipi Diana.

    "Dah la. Akak tak nak dengar apa-apa dah. Mulai sekarang kita putus berangkat." kata Fatin sambil berlalu pergi ke arah jamuan. Danial menjadi beku apabila mendengar kata-kata Fatin. Diana terus berlari ke arah tandas.

    "I like you too, Nur Diana Zalikha."

    "Dasar penipu!" marah Diana sambil melihat cermin yang berada di dalam tandas. Marah bercampur sedih. Jantung Diana mula rasa sakit tetapi Diana tetap bertahan. Pengsan dalam ni habis la dia.

    Setelah beberapa minit duduk dalam tandas, Diana mengelap air matanya dan memakai bedak untuk menutup muka merahnya disebabkan menangis. Sebelum keluar, Diana melihat jam di tangannya. Pukul 8:30 malam. Lagi 2 jam jamuan ni nak habis. Better aku belah daripada nak tengok Danial tu! Dia keluar dari tandas.

    "Lama kau duduk dalam tandas tu. Kau buat apa dalam tandas tu?" tanya Alif sambil bersandar di dinding. Dia membawa keluar kotak rokok dan mengambil sebatang rokok.

    "Aku sakit perut tadi tu yang masuk tandas. By the way, rokok tak bagus untuk kesihatan. Kau tu nak ambil keputusan SPM, jangan nanti masa orang ambil keputusan kau duduk dalam hospital." kata Diana sambil berlalu di depan Alif.

    Alif ialah kawan sekelasnya dulu dan orang yang kedua yang Diana tak suka. Alif suka buat macam Diana itu ialah girlfriendnya. 24 jam kena dengar cakap dia, ikut kemana saja dia pergi, tak boleh berbual dengan lelaki lain selain dia kalau tidak bergaduh and berbagai lagi.

    "Aku tau la kau sukakan Danial. But memang terang terang Danial suka Fatin. Kenapa la kau nak makan hati and kenapa kau tak suka aku saja?" kata Alif sambil meletakkan kembali rokoknya ke dalam kotaknya kembali.

    "Aku lebih rela makan hati berbanding nak suka lelaki macam kau. Dah belajar 5 tahun yang rokok itu haram, kau still nak hisap rokok." kata Diana. Haish bersabar saja la. Nanti ada orang kena ceramah pula. Alif terdiam selepas mendengar apa yang Diana cakap. Diana terus beredar dari situ.

    "Ana! Kau pergi mana tadi? Semua orang cari kau." kata Shafikah. Dia risau dengan kawan baiknya itu.

    "Aku sakit perut tadi. Aku rasa aku tak sihat la. Aku balik dulu tau."

    "Ok. Kau jaga diri kau. Tapi kejap! Kau nak balik dengan siapa?" tanya Shafikah. Nanti kalau dia buat hal balik dengan teksi kena marah dengan abang abang dia pula.

    "Aku balik dengan Nial. Ala jangan risau la. Kau tolong kirim salam dengan kawan kawan yang lain. Assalamualaikum." kata Diana sambil beredar dari situ.

    Shafikah masuk semula ke jamuan itu. Dia ternampak Danial sedang bersembang dengan kawan kawannya. Shafikah berasa pelik. Bukan Diana cakap dia nak balik dengan Danial ka? Tapi kenapa Danial masih ada di sini? Shafikah terus pergi ke arah Danial.

    "Nial! Bukan kau hantar Ana pulang ke?" tanya Shafikah kepada Danial.

    "Apa? Tak pun. Kenapa ni?"

    Sementara itu, Diana sedang menunggu teksi untuk lalu di kawasan itu. Disebabkan terlalu leka melihat teksi, Alif datang dari belakang dan menarik tubuh Diana masuk ke sebuah kereta. Diana meronta-ronta untuk dilepaskan. Tetapi gagal. Jantung dah Diana mula rasa sakit. Diana berasa sesak nafas. Sekarang dia hanya nampak gelap disekeliling.

    "Seriously? Ana cakap tadi dia tak berapa sihat dan nak balik. And dia cakap dia balik dengan kau." kata Shafikah. Dah mula rasa risau. Aduhhh! Budak ni buat hal lagi.

    "Fikah! Nial! Tadi aku nampak ada orang tarik Diana dekat luar masuk kereta warna kelabu!" kata salah seorang kawan dalam keadaan kelam kabut.

    "Kau biar betul?! Aku pergi dulu!" kata Danial sambil beredar dari situ. Fatin hanya melihat Danial yang bergegas berlari keluar. Perasaan sedih muncul dalam hati.

    "Fatin kau tak nak bagitau dekat Danial tentang kau sakit tu? Kesian tengok Danial." kata salah seorang kawan Fatin.

    "Biar la. Tu yang terbaik untuk dia. Lagipun aku nak bagi peluang Danial dekat Diana. Diana baik dan sesuai untuk Danial. Pasal aku sakit ni, simpan dulu." kata Fatin perlahan. Dia pun suka Danial dari dulu tapi disebabkan dia sakit barah otak. Dia terpaksa lepaskan.

    "Aku pun mungkin tak hidup lama. Jadi aku rela tengok dia dengan Diana. Kalau dia dengan aku, confirm nanti dia menangis bila aku tak ada." kata Fatin lagi tetapi nada suaranya semakin perlahan. Rasa sedih dah membuak.

I Hate You But I Love YouWhere stories live. Discover now