"Diana! Lambat harini kau datang kerja. Dating dengan lelaki mana pula ni?" usik Damia. Diana jalan terus ke wad Fatin tanpa hiraukan Damia. Apabila Diana tiba sahaja di wad Fatin, Diana berasa pelik kerana kosong. Dia keluar ke kaunter depan.
"Nurse, mana pesakit bilik nombor 17?"
"Pesakit bilik nombor 17 baru sahaja keluar tadi." kata nurse yang bertugas itu. Diana hanya mengangguk. Tangannya cepat menaip nombor telefon Fatin.
"Hello?"
"Assalamualaikum. Ni kak Fatin ke? Ni Diana."
"Waalaikumsalam. Ya. Kenapa Diana call? Tak pergi tengok akak dengan Danial kahwin ke?" tanya Fatin. Diana terdiam seketika. Kahwin? Kenapa tak ada orang beritahu pun?
"Diana? Hello?" Diana terjaga dari khayalannya.
"Ya. Diana nak pergi la sekarang. Tengah bersiap ni. Diana call pun sebab nak tahu akak dah siap ke belum."
"Akak dah siap dah ni. Sekarang ni nak pergi masjid saja. Diana datang lah." kata Fatin. Diana terus mematikan dail.
"Diana! Kau ni kalut-kalut nak pergi mana?" tanya Damia apabila nampak Diana sedang kemas barangnya.
"Aku ambil cuti hari ini. Aku ada urusan keluarga. Kau pujuklah Encik Savish ye. Assalamualaikum." kata Diana lalu tinggalkan Damia yang masih kebingungan. Dia terus menuju ke masjid untuk melihat majlis perkahwinan Danial.
"Assalamualaikum." kata Diana perlahan lalu duduk di belakang orang ramai sebelum majlis akad nikah bermula.
"Boleh kita mulakan?" tanya tok kadi. Danial teragak-agak untuk menganggukkan kepalanya.
Diana mula berasa tidak selesa dan mengambil keputusan untuk berada di luar masjid. Sebelum Diana bangun, Danial mengalihkan kepalanya ke belakang. Mulutnya hendak mengatakan sesuatu sebelum Diana merapatkan jari telunjuknya ke bibirnya menandakan untuk diam. Danial tidak jadi untuk berkata lalu memusingkan kepalanya ke hadapan kembali. Diana terus bangun dan keluar dari masjid.
'Betul ke keputusan aku untuk benarkan Danial kahwin lagi satu? Ya Allah. Kau permudahkanlah perjalanan hidup aku, suamiku dan bakal maduku.' kata hati Diana. Setelah beberapa minit kemudian, orang ramai keluar dari masjid itu. Diana menyorok di belakang tiang masjid itu.
"Alhamdulilah. Akhirnya Fatin dapat juga capai impian dia nak kahwin dengan Danial, cinta pertamanya." kata salah seorang mak cik kepada kawan-kawannya.
"Tapi aku dengar cerita yang Danial tu ada isteri dah. Maknanya, Fatin bermadu and bertumpang kasih dengan isteri pertama Danial lah." kata mak cik yang kedua.
"Baiknya hati isteri pertama dia tu. Bagi suami kahwin lagi satu. Kalau kita lah, dah lama kejar suami dengan penyapu. Tapi isteri pertama dia ada datang tengok suami dia kahwin ke? Entah-entah kahwin tanpa pengetahuan dia." kata mak cik yang pertama tadi. Diana hanya seronok memasang telinga untuk mendengar gosip mak cik-mak cik itu.
"Kan... Lelaki zaman sekarang bukan reti nak jaga hati isteri. Main kahwin saja. Lepastu baru beritahu isteri yang dia dah kahwin lain. Kesian isteri pertama dia kena tipu. Mohon tabah sahaja." kata mak cik yang ketiga. Hati Diana mula berasa panas. Sampai hati kau kata suami aku tak reti jaga hati orang?!
"Isteri dia pun entah-entah tak reti jaga suami. Tak pun, asyik sibuk dengan kerja sampai tak kisah langsung tentang suami. Salah isteri dia juga sebab tak peduli langsung tentang suami." tiba-tiba hati Diana berasa sayu. Mungkin apa yang dikatakan oleh mak cik-mak cik itu betul kerana tak mampu nak kisah tentang suami, biar suami kahwin lain.
YOU ARE READING
I Hate You But I Love You
RomanceSuka bergaduh hinggakan berputik rasa cinta. Tetapi disebabkan satu kesilapan yang Nial buat, hati Ana hancur. Dah mula nak lupakan dia time tu juga dia kembali. Kehadiran Fatin dan Alif membuatkan mereka lebih rapat. "Ada empat perkataan Ana nak c...