-11 bulan selepas itu-
Dalam beberapa bulan ini Diana asyik muntah dan tak lalu makan. Diana membuat keputusan untuk pergi ke klinik. Dia menunggu gilirannya dipanggil. Dia melihat seorang perempuan dalam usia 30-an dan seorang budak dalam usia 5 tahun. Budak itu berlari-lari keliling ibunya. Perempuan itu hanya selesa memerhati anaknya itu. Kadang-kadang apabila mata Diana dan mata perempuan itu bertembung mereka sesama tersenyum. Budak itu datang dekat dengan Diana.
"Jom main." kata budak itu. Diana hanya tersenyum.
"Ibu... Afiq ada kawan." kata budak yang bernama Afiq. Diana melihat ke arah perempuan itu sambil tersenyum manis. Tiba-tiba nama budak itu dipanggil oleh pekerja klinik itu menandakan giliran budak itu sudah tiba.
"Afiq jom." panggil perempuan itu. Afiq berlari laju ke arah ibunya lalu memegang tangan ibunya. Diana hanya tersenyum.
"Diana Zalikha." panggil pekerja itu lagi sekali. Diana bangun dan masuk ke dalam salah satu bilik di situ.
"Puan Diana. Sila duduk." kata seorang doktor perempuan. Diana duduk di kerusi sebelah doktor itu. Doktor itu memeriksa Diana.
"Tak ada apa pun. Puan kata puan gastrik?" tanya doktor itu. Diana mengangguk.
"Dah berapa bulan saya asyik muntah. Saya rasa saya gastrik sebab saya tak makan seharian." kata Diana. Doktor itu mengangguk lalu cuba memeriksa lagi.
"Saya rasa puan salah faham ni. Puan cuba baring di atas katil itu." arah doktor itu. Diana mengangguk lalu baring atas katil itu. Doktor membuat pemeriksaan lagi. Setelah selesai membuat pemeriksaan, Diana duduk di atas kerusi kembali.
"Puan... Yang puan ingat gastrik tu sebenarnya, puan dah berbadan dua. Dah nak masuk 2 bulan." kata doktor itu. Diana terkejut dan melihat muka doktor itu seperti mahukan kepastian.
"Betul ke ni?" tanya Diana. Doktor itu mengangguk lalu mengucapkan tahniah kepada Diana. Diana keluar dari bilik itu.
"Ya Allah tak sangka kau beri lagi rezeki untuk aku. Kali ni aku akan jaga anak aku ini dengan baik-baik." kata Diana lalu membawa kereta pulang ke rumah. Dia berasa gembira. Dia memberi salam apabila tiba di dalam rumahnya. Sunyi. Dia pergi melihat ke bilik Fatin. Haaa... Ada pun Danial, Fatin dan Danish. Baru nak tolak pintu tetiba terdengar Danial dan Fatin seperti berbincang sesuatu. Dia mengambil keputusan untuk mendengar.
"Tak lama nanti Danish dapat adik baru. Kita letak katil Danish bersebelahan dengan katil dia nak? Mesti Danish seronok nanti." kata Fatin. Danial mengangguk lalu memeluk Fatin berkali-kali.
"Ya Allah. Terima kasih sebab beri rezeki kepada aku banyak kali. Aku bahagia." kata Danial lalu mencium perut Fatin berkali-kali. Diana yang mendengar dan melihat itu berasa sedih. Dia mengusap perlahan perutnya. Rasa pedih menahan air matanya.
"Danish nak dapat adik. Danish seronok tak?" kata Fatin. Danish ketawa menandakan dia suka. Danial mengangkat Danish dan mencium dahi Danish berkali-kali. Diana mengelap air matanya lalu masuk ke dalam bilik itu.
"Kenapa ni? Macam ada berita gembira saja." kata Diana. Danial dan Fatin terkejut lalu Fatin berlari ke arah Diana dan memeluknya.
"Ana macam mana di klinik tadi? Gastrik lagi ke?" tanya Fatin.
"Ya. Ana gastrik lagi. Doktor nasihat supaya makan. Nanti gastrik teruk pula." kata Diana berbohong. Dia melihat muka Danial yang tak henti-henti senyum.
"Kenapa akak dengan abang senyum macam ada berita gembira ni?" tanya Diana. Fatin memeluk Diana lagi sekali.
"Akak mengandung lagi! Dah masuk 2 bulan." kata Fatin. Diana senyum tapi sebenarnya dia menahan air matanya dari mengalir.
YOU ARE READING
I Hate You But I Love You
RomanceSuka bergaduh hinggakan berputik rasa cinta. Tetapi disebabkan satu kesilapan yang Nial buat, hati Ana hancur. Dah mula nak lupakan dia time tu juga dia kembali. Kehadiran Fatin dan Alif membuatkan mereka lebih rapat. "Ada empat perkataan Ana nak c...