"So harini what the plan? Duduk dalam rumah saja ataupun ada tempat romantik nak pergi?" tanya Diana sambil mencium kepala Danial.
"Harini abang ada suprise dekat sayang. Jom pergi sekarang." kata Danial sambil menarik tangan Diana.
"Tak payah tukar baju ke? Jauh tak?" tanya Diana. Danial hanya mengeleng dan terus manarik tangannya. Diana hanya mengikut.
"Dah sampai. Cantik tak?" tanya Danial. 'Yeah tepi pantai lagi.' kata hati Diana. Dia melihat sekeliling. Kosong. Sunyi. Yang dengar hanyalah bunyi burung berkicauan.
"Kenapa tempat ni sunyi and tak ada orang langsung? Macam menakutkan saja." kata Diana lalu merapatkan dirinya ke Danial.
"Jangan risau. Tempat ni ialah tempat rahsia yang ramai orang tak tahu. Actually malam-malam or pagi-pagi, tempat ni lah tempat yang paling cantik sekali. Sebab kita boleh nampak keindahan suasana pantai yang sangat tenang. Susah nak cari tempat yang macam ni." terang Danial. Lalu dia duduk berlapik kasutnya sendiri. Diana masih berdiri tegak. Dia tak berani nak duduk kerana takut apa yang dicerita oleh Danial salah.
"Duduk sajalah. Tempat ni tak ada papan warning ke apa la. Tempat ni terbuka untuk semua orang. Cuma dulu ramai saja yang datang. Biasa la orang zaman sekarang nak tenangkan hati main telefon luah dalam lama sosial. Bukan macam zaman kita dulu, nak tenang lari ke pantai. Tak pun masuk bilik nangis seorang." kata Danial lagi. Diana perlahan-lahan duduk di sebelah Danial. Danial memegang pingang Diana lalu menarik Diana untuk duduk rapat dengannya.
"Abang mesti suka warna biru kan?"
"Kenapa tanya macam tu?"
"Sebab abang kan suka pantai. So pantai ada air, air warna biru."
"Tak lah. Abang suka warna merah. Abang suka pantai pun sebab pantai is everything for me. Pantai la tempat pertama abang jumpa cinta sejati, melancong." kata Danial sambil melihat ke arah air laut.
"Cinta sejati? Maksud abang, jumpa kak Fatin?" tanya Diana sambil melihat wajah Danial. Danial terus mengalih perhatian ke arah Diana.
"Taklah. Sayang tak ingat ke? I like you too, Nur Diana Zalikha." kata Danial sambil tersenyum manis. Diana dah mula malu tak terkira.
"Tipu. Abang bukan jumpa cinta sejati abang dengan kak Fatin ke? Kenapa tetiba Ana pula? Dasar penipu lah." kata Diana lalu melarikan pandangannya ke arah air laut.
"Yang tu just minat. Bukan cinta pun. Janganlah asyik nak fikir orang lain ja. Jangan masukkan orang dalam urusan rumah tangga kita berdua." kata Danial lalu mengetuk kepala Diana perlahan.
"Yalah yalah. Kalau abang kata macam tu, jom balik. Penatlah duduk sini lama-lama." kata Diana. Mereka berdua bangun dari tempat duduk dan pulang ke rumah.
"Honeymoon kita nak habis dah. So kita kena berpisah lagi. Kan senang kalau sayang duduk dengan abang." kata Danial. Suasan menjadi sunyi apabila Danial habis bercakap.
"Abang... Ana nak minta satu permintaan pada abang... Boleh abang tunaikan tak?" tanya Diana lalu memegang erat tangan Danial.
"Sayang nak minta apa? Abang tak janji abang boleh tunaikan ke tidak. Ana cakap dulu baru abang fikir." kata Danial. Diana menarik nafasnya sebelum mula bercakap.
"Ana nak abang kahwin dengan kak Fatin. Bukan sebab Ana tak sayang abang dah. Cuma ada sebab Ana suruh abang buat macam ni. Cuma kena tunggu masa yang tepat untuk beritahu." jelas Diana lalu menundukkan mukanya ke bawah. Danial mengeluh perlahan.
"Ana... Abang tahu Ana ada niat baik disebalik semua yang Ana minta ni. Tapi abang tak sanggup madukan Ana. I love you." kata Danial. Air mata Diana mula bertakung.
YOU ARE READING
I Hate You But I Love You
RomanceSuka bergaduh hinggakan berputik rasa cinta. Tetapi disebabkan satu kesilapan yang Nial buat, hati Ana hancur. Dah mula nak lupakan dia time tu juga dia kembali. Kehadiran Fatin dan Alif membuatkan mereka lebih rapat. "Ada empat perkataan Ana nak c...