Bab 17

64 4 0
                                    

    Sejak kejadian itu, Diana kurang bercakap dengan mereka bertiga dan tak selalu ada di luar biliknya. Setiap masa di dalam bilik. Rasa malas nak ambil tahu pasal mereka bertiga dah. Cukup lah kena kutuk jangan kena pukul pula.

    "Hey I'm going out with Zack today. I will skip dinner." kata Paula lalu keluar dari dorm. Seok Han dan Maya turut keluar mengikut Paula.

    "Kenapa la aku selalu keseorangan? Memang hidup aku macam ni? Aku ni boleh sakit jantung sebab mereka bertiga ja!  Nak balik!" kata Diana. Dia menangis teresak-esak di meja ulang kajinya. Tangannya membelek telefonnya. Gambar-gambar dia bersama kawan-kawan lama dan kawan-kawan barunya. Sekarang hanya menjadi kenangan.

    Assalamualaikum. Jom keluar?

    Waalaikumsalam. Tak ada mood.

    Tapi ni hal penting. Please meet me at garden like always.

    Tengok la dulu.

    Diana melemparkan telefonnya ke arah katil. Dia menutup mukanya dengan kedua-dua tapak tangannya. Sedih sangat bila ditipu macam ni. Tepat pukul 5, Diana keluar dari dorm dan pergi ke taman macam Danial tulis. Danial sudah sampai awal dan duduk di kerusi batu di taman itu.

    "Apa urusan kau nak jumpa aku?" tanya Diana. Malas nak bual panjang.

    "Aku just nak bincang dengan kau tentang kita."

    "Jap jap. Kau tahu yang kita ni dah bertunang. Then kau buat-buat tak tahu?"

    "Apa maksud kau ni Ana?"

    "Kau keluar dengan Paula kata dating dengan dia. Kau siap berbual rancak then baru sekarang nak ingat kau dah bertunang? Wei! Kau seriously buat aku macam patung!"

    "Ana dengar la dulu apa aku nak..."

    "Aku malas dah la nak dengar! Semua benda tak betul! Kau jangan berani tunjuk muka kau depan aku lagi. Kalau tak kita putus tunang!" Diana beredar dari taman itu selepas berkata begitu. Dah lama dia pendam. Danial terkedu dengan kata-kata Diana dan terus terduduk di kerusi batu.

    "Dia perasan? Ya Allah! Aku berdosa sangat!" kata Danial menyesal. Dia nak cuba mengejar Diana tetapi takut dia terputus tunang dengan Diana.

    "Oh! The rude girl know way back! I thought that she didn't find the way back." perli Paula.

    "I thought that she already die at the garden because smell the flower." kata Maya pula.

    "Don't you know that she sick? She sick at mentality." kata Seok Han. Mereka bertiga gelak sepuas hati. Diana tak tahan untuk mendengar apa yang mereka hendak kutuk dan dia masuk dalam biliknya. Air mata mengalir apabila pintu bilik itu tertutup rapat. Diana terduduk di depan pintu itu.

    "Abang Ash, abang Muz, Iqbal, Iqmal, ayah, ibu. Ana perlukan korang." kata Diana seorang diri. Dia menangis teresak-esak di dalam bilik itu seharian. Apabila sudah puas menangis, Diana cuba untuk bangun tetapi Diana terjatuh di atas lantai. Mata rasa berat untuk buka.

    "Paula... Maya... Seok Han..." panggil Diana perlahan. Diana terpengsan di dalam bilik itu.

    "Hey. Don't you think that today is a little quite?" tegur Seok Han. Rasa tak sedap hati semacam.

    "Right? I feel like something wrong." kata Maya. Paula menjelingkan matanya. Meluat nak dengar tentang Diana. Seok Han bangun dari sofa dan tangan hendak memulas tombol pintu bilik Diana. Maya hanya melihat sahaja.

    "Diana! Diana! Ana!" jerit Seok Han. Maya terkejut dengan jeritan Seok Han lalu pergi melihat.

    "Ana... Ana! Ana wake up!" jerit Maya pula. Paula buat tak tahu. Dia ingat Diana saja berbuat begitu kerana inginkan perhatian.

I Hate You But I Love YouWhere stories live. Discover now