Bab 4

35.3K 1.2K 32
                                    

Kakinya melangkah ke dewan kuliah.  Pintu dewan kuliah ditarik dan dia melangkah masuk.  Rasa malas gila nak hadap muka sir pedas hari ni. 
Tak ada mood since kejadian kelmarin.  Rasa macam nak hentuk kepala dekat batu.  Kenapalah mama perlu bertemu jodoh dengan Pak Cik Farid? Ini tak ke namanya menyusahkan hidup aku?

Perlahan-lahan dia melabuhkan punggung di sebelah Urina.  Tak ada semangat nak belajar rasanya.  Ah! Nak tukar course lah macam ni! Aku tak naklah duduk dalam course ni lagi.  Tapi, kalau aku tukar, sayanglah sebab aku dah belajar separuh jalan dah.  Cuma ada sikit lagi aku perlu habiskan.  Hmmm…macam mana ni?

Matanya memandang ke arah Aiman yang sedang melangkah masuk ke dalam dewan kuliah.  Sabar jelah hati.  Tabahkanlah hati kau tu Erni.  Nak buat macam mana? Dah memang nasib kau nak dapat abang tiri macam dia tu.  Redha jelah.  Kalau kau membangkang lebih pun, mama dan Pak Cik Farid bukannya nak ubah keputusan diorang.

Suasana dewan mulai diam apabila Aiman mula memberi ucapan di hadapan.  Kalau sapa tak fokus je, memang kenalah.  Tapi, aku lah yang selalu kena sebab selalu mengelamun, duduk dalam dunia sendiri.  Jasad ada tapi roh dah sampai di Zimbabwe.

Setiap apa yang dibentangkan oleh Aiman disalin oleh mereka semua.  Kalau tak salin, tunggulah nasib kau nanti.  Kalau angin dia baik sikit, mungkin denda dia pun sikit.  Kalau angin dia dah jadi ribut taufan, habislah dengan kertas-kertas paperwork kau dia koyak! Hah! Jangan engko tak tahu.

Tangannya ralit mencatit satu persatu yang dipaparkan di slide.  Satu kelas dah tahu kalau dia buat slide macam ni, mesti akan ada kuiz untuk jawab soalan yang dia akan ajukan nanti.  Siapa tak boleh jawab, kena buat latihan berulang kali.  Nampak kejam kan? Tapi, sebenarnya dari latihan tulah kami dapat marksHahahaha…kekejaman dia pun ada jugak kebaikan dia.  Puji nampak?

“Erni!” dia tersedar dari lamunannya bila namanya dilaung kuat.  Fuh! Nasib baik speaker telinga tak pecah.  Dia memandang ke sebelah.  Bila masalah dia berdiri di sebelah aku ni? Tak perasan pun!

Itulah kau Erni! Mengelamun je lebih! Kan dia dah jadi tiang bendera tak berbayar di tepi kau ni!

“Erni! Are you still in your day-dream?!” soalnya tegas.  Nasib baik tak berdesing.

Dia memandang Aiman sekilas.  Memang pedas betullah dia ni.  “Mana ada!”

Then? Cerita balik apa yang saya cerita dekat depan tadi!” huhuhu…tegasnya!

“Manalah saya tahu! Saya pun masih baru dalam bidang ni…” walaupun itu cuma alasan.  Bodoh kau Erni! Dah 2 tahun kot kau dekat sini.  Takkan kau tak dapat apa-apa langsung?

Urina memandang Erni dengan sir Aiman bersilih ganti.  Dua manusia ni memang selalu bertengkar.  Tak faham betullah aku.

“Jangan nak tipu Erni! Awak nak saya denda awak ke?!” matanya mencerlung tajam memandang Erni.  Pandangannya tak puas hati.

“Mestilah tak nak…” haih…aku ni bakal adik tiri dia tahu tak? Takkanlah dia nak bertegas lagi dengan aku.  Hah! Memang! Memang kau ni kuat berangan Erni! Kau ingat dia senang lenang nak terima kau dalam family dia?

Then, focus!” Aiman kembali turun ke tempat asalnya kembali.  Erni memanrik nafas lega.  Nasib baik tak kena denda.

Urina menyigung lengan Erni.  “Kau ni…kalau sehari tak cari pasal dengan sir, tak boleh kan?”

Weyh…mana ada aku cari pasal.  Aku manalah sedar aku termengelamun tadi.  Kau pun tak tegur pahal?”

Urina sekadar mencebik.  “Kau ingat aku ni penggera kau? Lagipun, tadi sir dah bagi amaran maut dekat aku supaya jangan ganggu kau.  So, aku just biarkan jelah…” kalau aku kejutkan si Erni ni jugak, konfem aku kena sekali.

“Alah…lain kali sepak jelah kaki aku!” itu pun susah ke?

“Eh, kau tahu tak sir Aiman tu ada sensor tau!”

Sensor pulak? Hari tu ada mata spiderman.   Macam-macamlah! Lepas ni, mata atuk badak pulak kot? Whatever!

“Erni! Focus!” sekali lagi namanya dilaung kuat menggunakan microphone.  Ok…nama aku kena mention lagi.  Huh…



AKHIRNYA! Kelas sir pedas ni habis jugak! Lega nak mampus aku rasa! Kalau tak, menyemput je aku duduk dalam dewan kuliah ni.  Hah…udara segar disedut dan dilepaskan.  Otak aku rasa lapang je.

Namun, satu pengumuman yang dibuat oleh Aiman membuatkan nafasnya kembali tersekat.

“Semua boleh keluar kecuali Erni Ardiana!” satu arahan yang tegas dikeluarkan.

Aduh! Apa pulak ni?! Aku ada buat salah ke? Aku rasa tak pun.  Selepas dia tegur aku tadi, aku fokus je sepanjang pengajaran dia tu.  Yang ini apa pulak? Ni yang buat jantung aku nak meletop ni!

Semuanya beredar keluar dari dewan termasuk Urina.  Urina meninggalkannya apabila sir Aiman meminta untuk Urina menunggu Erni di luar dewan kuliah.  Haih…dia ni nak buat apa dekat aku pulak? Jangan nak buat benda tak senonoh pulak.  Kang ada jugak yang masuk hospital sebab kena penerajang kuda.

Erni melangkah turun lalu berdiri di atas pentas berhadapan dengan Aiman.  Apalah yang dia ni nak dari aku sebenarnya? Kalau berkaitan dengan assignments or resume, kenapa aku sorang sahaja yang dipanggil? Takkan aku punya saja kot yang hodoh?

“Kau tahu kenapa aku panggil kau?” pertanyaan Aiman dijawab dengan gelengan.  Hai…dah bisu ke nak cakap?

Something important that I need to discuss with you now!” nak terangkat bahu Erni dibuatnya.  Cakap tu biarlah perlahan sikit! Ni serupa nak bagi aku pekak setahun.

“Apa dia?”

“Aku nak kau pujuk mama kau supaya batalkan majlis perkahwinan dia dengan ayah aku!”

Eh? Pasal tu je? Sungguh tak munasabah! “Asal saya pulak? Sir pun kenalah usaha! Janganlah harpa saya seorang je!” ni tak puas hati ni.

I had tried and it doesn’t work!”

Habis tu? Kau ingat otak aku ni jalan sangatlah? “Sir…kalau sir nak tahulah kan? Saya ni pun dah mencuba banyak kali memujuk mama saya supaya tak kahwin dengan ayah sir but what can I do bila diorang tetap jugak nak kahwin? Nak suruh saya simbah asid?”

“Ada aku suruh kau simbah asid ke?” sinis sahaja pertanyaan Aiman. 

Eiiii!!!! Geramnya aku! “Memanglah tak tapi takkanlah sir nak mengharap saya sorang je?”

Yes…”

Aku sorang?! Tak fair yang ni.  “Mana aci!”

“Aci dekat India…”

Dia buat loyar buruk pulak! Pang karang! Hah! Ketahuan kau! Lepas tu naik tajuk viral seorang student menampar muka pensyarah sendiri sehingga berbirat.  Fuh! Hangat dan meletop terus nama aku.

“Tak payahlah loyar buruk! Bukannya laku pun!” Erni memeluk tubuhnya.

“Memanglah tak laku.  Nampak ada buyer ke dekat sini?” again loyar buruk buat aku fed up dengan dia ni!

“Ada apa-apa lagi ke sir nak cakap? Saya nak balik!” malas rasanya nak hadap muka jenuh dia ni.  Muka penuh penipuan! Talam seribu muka!

One more, kau jangan berangan kau akan jadi adik aku…”

Erni mencebik penuh meluat.  “Ingat saya ingin nak jadikan sir ni abang tiri saya? Eee…kalau lembu tengok pun, dia pun tak nak dan tak berselera.  Ok, bye!
Assalamualaikum!” terus kakinya mengorak langkah keluar dari dewan.

“Waalaikumussalam!” jawabnya dengan nada tak puas hati.  Dia kata lembu pun tak berselera tengok aku? Kurang garam punya mulut!

Encik Suami SweetWhere stories live. Discover now