Bab 25

32.8K 1K 20
                                    

What if I cakap yang I ada hati dekat you sebenarnya?”

Kata-kata Riana membuatkan Aiman terkedu seketika.  Riana ada hati dekat aku? Ke dia sengaja nak kenakan aku ni? Dia tergelak kecil.

“You ni Riana…you nak bergurau dengan I ke? Boleh tahan you buat lawak kan?” Aiman ketawa kecil. 
Namun, Riana beriak serius.  Dia ingat aku berlawak?

“Aiman…kenapa you gelak? I betul-betul sukakan you sebenarnya Aiman.  I tak tipu.  Dah lama I sukakan you sebenarnya.”

Kali ini ketawa Aiman terhenti bila Riana menegaskan kata-katanya.  Dia tak buat lawak ke? Kenapa kau fikir lawak pulak Aiman?

“You serius ke ni Riana?”

Yes! I serius!” Aiman terkelu seketika.

“Kenapa you sukakan I?” selama ni aku tak pernah nampak langsung hint yang sebenarnya Riana sukakan aku.  Langsung tak nampak!

“Sebab ciri-ciri lelaki yang I nak semuanya ada pada you.  You seorang yang lemah lembut walaupun dalam masa yang sama you tegas orangnya.  You seorang yang caring, pandai ambik hati dan yang paling penting sekali ialah you memahami I.  Setiap masalah yang I hadapi mesti you akan selesaikan dengan senang je sampaikan I tak sedar yang sebenarnya I dah jatuh hati dengan you.”

Sampai macam tu sekali ke? Aku rasa apa yang aku buat ialah natural je.  Tak adalah sampai nak bagi harapan dekat dia tapi ini…

“I tahu you mungkin tak senang dengan pengakuan I but it is okay.  I tak mintak pun untuk you balas balik cinta I.  I takkan memaksa you.”

“Riana …you…”

No…sekarang ni baik you tumpukan pada matlamat utama you.  You nak tunaikan hasrat arwah mak cik kan? So, better you tunaikan je apa yang arwah mak cik nak.  I yakin yang memilih Erni ialah bukan jalan yang salah.  I tahu you dengan dia mesti ada perasaan annoyed kan? Tapi, I rasa you sesuai untuk Erni…” balasnya lalu mengukirkan senyuman kecil.  Ya, aku ikhlas.

“You ok ke Riana?” seram jugak aku
sebenarnya.  Buatnya dia jadi antagonis tiba-tiba? Tak ke naya?

“I oklah Aiman.  You jangan risaulah.  Ini bukannya drama yang I perlu untuk jadi jahat semata-mata untuk dapatkan orang yang I cinta.  Lagipun, kalau nak dibandingkan antara I dengan Erni, I rasa you dengan Erni lebih sesuai…” tokoknya lagi.

Aiman memandang Riana dengan penuh rasa tak percaya.  “I…I tak tahu nak cakap apa Riana tapi I mintak maaf kalau I buat hati you tergores ke?”

No…you tak buat salah apa-apa pun.  I yang salah sebab biarkan hati I terus-terus suka dekat you.  I tak patut rasa macam ni,” tangkas dia memintas kata-kata Aiman.

Aiman dan Riana terpandangkan Erni yang sedang menghantar Hafif hingga ke pintu pagar rumah.  Dah nak balik kot? Selepas kelibat Hafif hilang, Erni melangkah masuk ke dalam rumah.  Pandangannya tertumpu ke arah Riana dan Aiman yang sedang memandang ke arahnya.  Dah kenapa pandang aku macam tu?

“Erni…boleh awak ke sini kejap?” panggil Riana sambil tersenyum.

Hah sudah! Dah kenapa pulak dia panggil aku? Takkan nak serang aku sebab aku tinggal serumah dengan sir? Huhuhu…yang sir pun tengok je.  Tak nampak ke muka aku dah gabra tahap peti ais 3 pintu ni?

Perlahan-lahan dia melangkah ke arah Riana lalu berdiri di sisi sofa.  Tak nak aku duduk tepi dia.  Buatnya dia main acara tarik rambut pulak, mampus aku.  Mahu botak kepala aku.

“Kenapa berdiri di situ? Duduklah di sebelah saya…” Riana menepuk-nepuk sofa di sebelahnya.

Perlu ke aku duduk di situ.  Aku rasa duduk dekat sini lebih selamat.

“Hey?? Kenapa ni? Janganlah takut…meh duduk sebelah saya…” sekali lagi Riana memanggil Erni.

Erni terpaksa akur lalu dia melabuhkan punggungnya di sebelah Riana.  Itupun jauh lima kaki.  Bohonglah lima kaki.  5 jengkal adalah kot?

Suasana krik-krik kejap.  Ok, ada apa sekarang ni? Bila aku dah duduk, jadi hutan belantara pulak.  Ke dia panggil aku sebab nak join kelab krik-krik? Kalau nak suruh join, maaflah.  Aku tak minat.

Agak lama mereka berdiam diri, Riana mula bersuara.  “Erni…sebenarnya abang tiri awak ada benda nak bincang dengan awak dan saya harap awak dengarlah apa yang dia nak kata?”

Sir nak bincang dengan aku? Apa benda yang dia nak bincang? Penting sangatkah benda yang dia nak bincangkan ni?

“Apa dia?” suaranya perlahan.

“Dia nak bincang pasal permintaan arwah mama Erni dulu…” ujarnya mewakili pihak Aiman.  Aku tengok
Aiman pun diam je.  Seolah-olah tak ada semangat nak bercakap.

“Permintaan arwah mama? Apa eh?” time macam nilah kau nak jadi amnesia lima minit. 

“Kan arwah mama Erni mintak Erni berkahwin dengan Aiman?”

Kali ini kening Erni hampir bercantum.  Dahinya berkerut tak tahu berapa lapis.  Kahwin dengan mamat sedingin salju tahap peti ais ni? Oh! Memang taklah. 

Errr…perlu ke permintaan tu ditunaikan?” serius kuasa lima aku tak nak kahwin dengan sir.

“Saya rasa benda ni awak kena bincang sendiri dengan Aiman.  So, Aiman I gerak dulu? You berbincanglah baik-baik dengan Erni.  Jangan sampai gaduh sudah…” Riana mengambil beg tangannya lalu beredar keluar dari rumah.

Krik-krik balik…Erni memandang Aiman begitu juga dengan Aiman.  Saling pandang memandang.  Tak tahu nak cakap apa-apa.

Sir…perlu ke kita tunaikan permintaan arwah mama?” soalan diajukan kepada Aiman.

Aiman? Mengeluh jelah dia…dia pun buntu sebenarnya.  “Aku tak tahu…”

Sir…ini melibatkan masa depan tau.  Tak semestinya permintaan tu harus ditunaikan…” ujar Erni lagi.

“Ini permintaan terakhir arwah mama kan? Why not kita penuhi je? Lagipun, arwah mama nak sangat aku kahwin dengan kau.”

“Tapi saya tak nak…” aku dahlah tengah demam ni.  Tambah pulak beban, kang aku pengsan jugak.

“Aku tak memaksa kau Erni.  Ambik masa berapa lama yang kau nak dan kau fikirkanlah.  Dalam hal ni, aku tak ada masalah.  Aku tak nak kau yang terbeban dengan semua ni…lagipun bila difikirkan, tak elok jugak kita berdua-duaan dalam rumah ni. 
Tambah-tambah lagi ayah akan ke overseas nanti nak handle bisnes.  Takkan kita nak berdua-duaan je dalam rumah ni? Apa pulak kata jiran?” ujarnya panjang lebar.  Boleh buat karangan.

“Nantilah saya fikirkan sir.  Lagipun, tahun ni tahu penentuan saya.  Saya perlukan masa untuk berfikir dan membuat keputusan.  Boleh?”

“Ambiklah berapa banyak masa yang kau nak.  Aku tak kisah.  Kalau kau dah jumpa jawapan, kau cakap dekat aku.”

Erni cuma mampu memberi anggukan sebelum bangun dan menuju ke biliknya.  Perkara ni bukannya perkara yang main-main.  Ia melibatkan masa hadapan aku.  Hah…macam mana ni?

Encik Suami SweetWhere stories live. Discover now