Bab 31

34.2K 1K 42
                                        

Erni kembali ke universiti seperti biasa. Memandangkan dirinya sudah pun pulih sepenuhnya, lebih baik aku masuk uni balik macam biasa. Tak adalah bosan sangat. Duduk rumah lagi bosan. Tak tahu nak buat apa. Larat aku nak layan movie je? Boleh reput aku dibuatnya.

Urina memandang Erni yang sedang menghampirinya lalu duduk di sebelahnya. Wuhuuu! My friend is back! Serius aku rindu gila nak bergosip dengan Erni. Gosiplah sangat. Bukannya ada apa-apa pun.

"Woi! Kau datang uni ni, sir Aiman tak marah ke?" tanya Urina lebih kepada menyibuk alam sebenarnya.

"Mana ada dia nak marah. Lagipun, bosanlah duduk dekat rumah. Boleh reput segala gigi aku ni tau kalau asyik terperap dalam rumah je. Serius-serius bosan!" beg sandangnya diletakkan di tepi. Duduklah kau atas lantai.

"Kau dengan sir Aiman macam mana? Ok?" ini kes nak korek rahsialah ni.

"Aku ok je dengan dia. Kenapa? Nampak ada apa-apa yang pelik ke pasal aku dengan sir Aiman?" bukunya dibawa keluar dari beg sandangnya.

"Takkanlah sir Aiman tak kata something?"

Erni memandang Urina pelik.
Something? Apa yang something nya? "Kau ni banyak sangat tengok cerita drama ni. Kau nak cerita aku macam drama pukul tujuh tu ke?"

"Bukanlah! Maksud aku, takkanlah dia tak melamar kau ke? Oh ya, aku lupa. Macam mana? Kau dah buat keputusan?" soal Urina beriya-iya.
Sibuk je nak masuk dalam kain orang. Eh? Bukan, sibuk nak jaga tepi kain orang.

"Pasal keputusan tu? Aku dah buat dah pun dan keputusan aku ialah aku terima dia. Yelah, lagipun bak kata kak Riana, aku dengan dia tak elok berdua-duaan dalam rumah.
Tapikan, yang sebenarnya kak Riana pun sukakan sir lah..."

"Serius? Riana the one teacher dari bidang fesyen tu?" Erni menganggak tanda betul.

"Habis tu? Nak jadi babak antagonis lah ni?"

"Banyaklah kau punya antagonis! Kau tahu tak? Kak Riana tu seorang perempuan yang baik dan bijak aku pernah jumpa. Bukannya macam perempuan gila dekat luar sana yang nak rebut kononnya hak dia tu. Walaupun dia cintakan sir tapi dia tetap lepaskan sir untuk aku..." ujarnya bersungguh-sungguh. Ya, manalah ada perempuan macam tu sekarang ni.

"Hmmm...baik jugak dia tu. Tapi, betul ke kau dah buat keputusan untuk hidup dengan sir?"

"Kalau itu yang terbaik? Lagipun, aku ni orang luar weyh. Bukannya sedarah dengan sir. Entahlah...yang aku tahu sekarang ni ialah aku cuma mampu bertawakal dan berserah kepada Allah. Aku yakin dengan apa yang Allah dah tentukan untuk aku."

Urina menggenggam tangan Erni kemas. Dia tahu Erni turut tersepit di tengah-tengah. Nak kena fikirkan apa yang jiran-jiran pandang pulak. Lepas tu, request terakhir daripada arwah mama dia. Aku pun nak tengok jugak Erni hidup bahagia dunia akhirat.

Sebaik sahaja Aiman melangkah masuk ke dalam dewan kuliah, suasana dewan kembali sepi. Semua pelajar fokus kepada tajuk yang akan diajar oleh Aiman. Erni dan Urina memberi fokus yang padat kepada Aiman serta cuba memahami apa yang Aiman cuba sampaikan. Tangan mereka ligat menyalin benda-benda yang penting yang dibentangkan di slide.

"Ok class, from now on saya akan bahagikan kamu semua dalam kumpulan yang saya dah aturkan. Dalam setiap kumpulan ada 6 orang. Jadi, saya akan berikan tugasan kepada setiap kumpulan dan tugasan ini harus dihantar pada deadline yang dah ditetapkan. No excuses tambah-tambah lagi Erni Ardiana!"

Sentap! Dah kenapa nama aku sorang je yang dia sebut?! Saja ni cari gaduh! Tak pa, tak pa, nak cari gaduh eh? Rumah ada. Jangan risau! Dekat rumah, aku bagi cukup-cukup!

Encik Suami SweetTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang