Bab 21

32.1K 1K 4
                                    

Erni memandang kubur yang masih merah dan segar ditaburi dengan bunga-bunga yang berwarna-warni. Rasa smacam sekejap sahaja dia bermanja-manja dengan mamanya. Sekarang, mama dah tiada lagi. Dah pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya. Semoga hati aku lebih tabah lepas ni. Tabah untuk mengharungi hidup aku yang seterusnya.

Aiman cuma memerhati Erni yang duduk diam di sisi kubur Puan Radiatul. Langsung tak berginjak-ginjak pergi. Tapi, tenang sahaja wajah Erni. Tak ada setitis air mata pun yang megalir di pipinya. Rasa kasihan makin menebal di dalam hatinya. Adakah selepas ini Erni akan terus tersenyum dan ceria seperti dulu?

"Erni..." panggilnya perlahan. Dia memandang wajah Erni yang masih lagi sugul. Erni tidak membalas panggilannya.

"Erni...jom balik? Tak elok lama-lama dengan hati yang tak tenang. Jom balik?" pujuknya lagi.

"Tak nak..." perlahan dia membalas ajakan Aiman.

"Jangan macam ni? Kau sayang mama kan? Jadi, kau kena lepaskan dia. Kita balik lepas tu solat. Kau sedekahkan doa untuk dia. Kalau kau doakan mama selalu, insya-Allah mama bahagia di sana," dia cuba memujuk lagi.

Erni termakan dengan pujukan Aiman. Perlahan-lahan dia bangun dari tempat duduknya. Aiman segera melipat tikar yang dihampar untuk menjadi alas duduk. Aiman menarik
Erni keluar dari kawasan tanah perkuburan. Erni seperti dirasuk hanya mengikut sahaja langkah
Aiman keluar dari kawasan tanah perkuburan.






JAUH matanya memandang ke arah balkoni sambil berbaring. Entah apa yang aku perlu rasakan sekarang. Sedih, rindu...semuanya bergabung menjadi satu. Aku dah tak larat nak menangis lagi. Kalau aku menangis sekalipun, mama tak akan kembali di sisi aku. Semua Allah dah tetapkan dan aku perlu redha.

Guruh mula berdentum kuat di langit. Kilat mula sambar menyambar. Terpancar cahaya kilat melalui balkoni biliknya. Hujan yang tadinya turun renyai-renyai mula turun dengan lebat. Selebat hatinya sedang menangis sekarang ni. Kenapa mama tak cakap yang dia ada penyakit kanser sebelum ni? Kenapa perlu berahsia?

Mama...Erni rindukan mama tapi Erni tahu Erni tak boleh meratap kepergian mama. Erni yakin Allah dah aturkan semuanya untuk Erni. Erni perlu tabah dan kuat menghadapi semua ni.

Mama...kalau ayah dah tak nak jaga Erni macam mana? Kalau abang Aiman halau Erni macam mana? Dengan siapa Erni nak bergantung? Dengan siapa Erni nak mengadu?

Tok! Tok! Tok! Pintu biliknya diketuk. Erni cuma mampu memandang. Rasa berat mulut ni nak cakap. Pintu biliknya dikuak perlahan. Urina melangkah masuk ke dalam bilik Erni. Rasa kasihannya makin bertambah kepada Erni. Baru sahaja sebelum ini dia tengok Erni gembira tapi dalam sekelip mata sahaja kebahagiaan dia ditarik.

Urina melabuhkan punggungnya di sebelah Erni. "Erni...jom keluar? Tetamu semua dah datang. Majlis dah nak mula..." ujarnya perlahan sambil mengusap perlahan tangan Erni.

"Aku tak larat Urina...letih sangat..." adunya.

"Erni...janganlah macam ni. Kesianlah dekat mama kau kalau kau langsung tak sedekahkan dia yasin. Jom?"

Erni bangun dari pembaringannya lalu menghadap Urina yang sedang memandangnya dengan pandangan mengharap.

"Ok..." akhirnya dia bersetuju. Urina menarik senyuman.

"Jom..." Urina memegang tangan Erni. Memimpinnya keluar dari bilik menuju ke tingkat bawah.

Apabila Erni sudahpun berada di ruang tamu, majlis dimulakan. Semuanya memegang Yasin masing-masing. Ketika dia membaca Yasin,
Erni sedikit rasa sebak tapi cuba ditahan air mata keluar dari tubir matanya. Urina di sebelahnya hanya memeluk menyalurkan sedikit semangat kepada Erni.

Encik Suami SweetWhere stories live. Discover now