Bab 15

32.4K 1K 16
                                    

Selepas doa diaminkan, Erni melipatkan telekungnya kembali lalu disangkut pada almari yang disediakan.  Dia duduk lalu membawa keluar telefon mamanya.  Nombor rumah didail.  Panggilan berangkat.

“Assalamualaikum mama…”

“Waalaikumussalam…ada apa Erni?”

“Mama…boleh tak esok mama bawakan pakaian Erni? Lepas tu kan, bawakan sekali dompet dengan telefon Erni ya?”

“Boleh…oh ya macam mana dengan abang Aiman? Dia ok?”

“Alhamdulillah dia ok,” makwe dia tengah suapkan makanan untuk dia.  Tokoknya di dalam hati.

“Erni nak makan apa esok? Bolehlah mama masakkan…”

“Apa-apa jelah mama.  Erni ok je.  Oklah mama…Erni nak balik ke wad ni.  Nak tengokkan abang Aiman.  Nanti kalau ada apa-apa, Erni call mama ye?”

“Baiklah…jaga diri tu elok-elok.  Assalamualaikum…”

“Waalaikumussalam…” jarinya pantas menekan end call.  Dia duduk berteleku seketika.

Erni…kenapa kau nak rasa macam ni pulak? Biarlah makwe dia nak suap ke apa ke.  Apa yang kau kisahkan sangat Erni? Jangan-jangan…aipp!
Bukan! Dah! Merepek sangat dah ni. 
Erni menggeleng kepalanya perlahan lalu bangun dari tempat duduknya. 
Tudung dibetulkan lalu dia melangkah keluar dari surau.

Seliparnya disarungkan dan berjalan kembali ke wad menempatkan Aiman.  Pintu wad ditolak dan kelibat Riana sudahpun tiada.  Aikk??? Takkanlah makwe dah balik kot? Aiman pun dah tidur.  Erni melabuhkan punggungnya di sofa.

Aiman terjaga dari lenanya lalu menoleh perlahan ke arah Erni yang sedang duduk di sofa sambil kepalanya didongakkan ke atas.  Buat senaman kepala ke apa tu?

“Kau buat apa tu?”

Erni memandang Aiman.  “Buat apa?” pelik.  Tanya pun…

“Tak ada apa-apa.”

“Awek sir dah balik ke?” soalnya.

“Kenapa? Kau jeles?”

“Buat apa nak jeles!” ikut suka hati
dia je nak tembak aku.  Tembak lubang hidung kang?

“Manalah tahu kan?”

“Saya tanya sir.  Mana awek sir? Takkanlah dah balik kot? Takkan tak teringin langsung nak jaga awek dia yang sedang terlantar sakit ni?” sekali lagi soalan yang sama ditujukan.

Aiman melepaskan nafas kecilnya. 
“Dia tu bukannya awek akulah…”

“Ada saya kisah awek ke tak? Alah…sir tak payahlah nak berselindung dari saya.  Tahu sangat.  Kalau tak, makan tak bersuaplah tadi kan?”
hah…kenapa kau nak rasa cemburu pulak ni Erni?

Aiman tersenyum sinis.  “Kau jeles? Kan? Kan?”

“Jeles?! Tolonglah sir.  Buat apa saya nak jeles antara sir dengan awek sir? Baik saya jeleskan orang lain.  Bosan nak main jeles dengan sir.”

Aiman mencebik.  Yelah tu.  “Kenapa   susah sangat kau nak mengaku yang kau sebenarnya jeles?”

Sir! Jangan nak merepek sangat eh?”

“Alah…aku tahu kau pun sebenarnya teringin nak suapkan aku kan?” keningnya dijongketkan nakal.

Erni buat bodoh sahaja dengan kata-kata Aiman.  Tak teringin langsung.  Dari dia, baik aku suap beruk lagi bagus! Dia menjeling Aiman yang sedang merenungnya nakal.

“Apa? Entah-entah selama ni sir yang terbayangkan saya yang suap sir makan kan?!” kali ini dia menembak Aiman pula.  Aiman membuat muka jengkel.

“Perasan tahap gunung! Kalau tangan kau suap aku, alamtanya aku mati tercekik! Bukan aku tak tahu niat kau nak balas dendam dekat aku kan?”

Eleh! Tak sedar diri lagi rupanya dia ni.  “Dendam saya dah terlunas pun sir.  Buktinya sir dah terbaring atas katil hospital ni.”

Mata Aiman membulat mendengar jawapan Erni.  “Oh! Kau memang sengaja nak suruh aku mati ke apa?!”

“Eh! Mana ada! Saya tak tahu pun sir ni tak boleh makan pedas! Saya ingatkan sir ni tak makan pedas sebab sir ni bajet kononnya orang putih! Tak sangka yang sebenarnya sir…” tak nak sambung.  Naik sebak pulak hati aku nanti.

“Erni…kau jangan lupa eh? Aku ni pensyarah kau dan semua markah assignment kau aku boleh letak sama ada lulus ataupun tak…”

Hah! Ini aku nak buntangkan biji mata aku.  Oh no! Janganlah perangai hantu tak senonoh dia datang balik! Tak nak!!!

“Alah, alah, alah…sir…” Erni mengambil tempat di kerusi bersebelahan katil Aiman.  “Sir…jangan buat macam ni sir.  Ok, ok…saya mintak maaf dengan keterlanjuran kata saya tadi ye? Sir…janganlah bagi saya gagal sir.  Saya dah last year tahun depan.  Please sir?”

“Kalau aku tak nak?”

Sir….huhuhuhu janganlah macam
ni.  Ok, ok…saya janji yang saya akan turut semua kata-kata sir.  Apa yang sir suruh saya buat, saya buat!
Assignment? Ok saya janji saya akan hantar kepada sir sama dengan tarikh decline yang sir dah tetapkan.  Boleh lah sir?”

Tawaran menarik tu! Aiman berfikir seketika. 

Sir…kasihanilah saya sir.  Jangan aniaya saya sir!” dia merayu lagi. 
Hampir tergelak Aiman dibuatnya. 
Tahu pun kau nak menggelabah.

“Ok…aku takkan potong markah kau dan takkan gagalkan markah kau asalkan kau dengar cakap aku…”

Aku dah agak dah! Dia ni memang dah ada sotong di sebalik rumpai laut.  Dia ni memang sejak azali diciptakan untuk menjadi penipu paling tegar dalam rumah! Pemusnah dalam hati aku.

“Apa dia?”

“Aku nak…kau…”

Isy! Lembab pulak dia ni nak cakap! Cakap jelah! Tak payah nak buat saspens sangat!

“Apa?”

“Aku nak…kau…”

Apa dia ni? Wowowo kejap! Aku
nak…kau? Maknanya dia nak aku? Woi! Ini melebih!

“Apa ni sir?! Sir ingat saya ni GRO
ke?!”

“Huh?” GRO apa kejadah pulak dia ni?

“Yelah! Dah kenapa pulak sir nak saya?!” buat-buat tak faham pulak!

“Bila masa aku nak kau pulak ni?! Eeee…tak teringin aku! Aku cuma nak cakap aku nak kau…kau buat something yang boleh menyenangkan aku!”

“Menyenangkan apa pulak?” banyak songehlah dia ni.  Nak cakap something tu cakap jelah.  Ini nak berkias kalah mak andam.

“Aku nak kau masakkan aku sarapan pagi every day.  No excuse! Lepas tu, setiap pagi aku nak kau datang bilik aku dan kemaskan bilik aku.  Baju-baju aku tak payahlah basuh.  Lepas tu, baju-baju aku nak ke kerja kau kena gosokkan.”

Melampau! Dia ingat aku ni maid dia ke apa?! Sampaikan semua benda aku nak kena buat? Kurang asam punya mamat! Gamaknya dia ni memang nak kena hempuk dengan belanga dapur!

“Apa ni sir…tak masuk akallah! Ingat saya ni bini sir ke nak kena buat semua tu?”

“Eh! Kau nak gagal ke lulus?”

Dia mengugut lagi! Yang ni melampau! Tapi, perlu ke aku buat semua syarat-syarat yang dia bagi tu? Macam tak masuk akal je? Yelah…syarat dia tu macam dah nak kena jadi bini dia ataupun senangnya maid.  Tapi, kalau aku tak ikut syarat dia, aku akan gagal.  Dia kan pensyarah? Dia ada kuasa sama ada nak bagi aku lulus atau gagal.  Tapi, kalau aku ikut syarat dia, itu tak ke namanya menyeksa hidup aku?! Mana satu aku nak pilih ni?

Encik Suami SweetWhere stories live. Discover now