Erni menahan air matanya dari mengalir lagi. Melihat Aiman yang terbaring kaku di atas katil, membuatkan dia lagi cemas. Rasa macam ambulans ni lembab pulak. Dia memandang nurse yang kelihatan rileks. Ah! Diorang ni memang rileks 24 jam.
Sampai sahaja di hospital, pintu ambulans dibuka dan Aiman terus dibawa ke wad kecemasan. Erni mengikut langkah nurse-nurse yang sedang menolak katil Aiman menuju ke wad kecemasan.
“Cik…harap maaf ya? Cik tunggu sahaja di sana…” ujar nurse tersebut.
Pintu wad kecemasan ditutup. Erni cuma mampu memandang dari luar.Ah! Bodohnya kau Erni! Kau bodoh Erni! Air matanya mengalir lagi. Perlahan-lahan tubuhnya dibawa ke kerusi lalu dia duduk di situ. Ya Allah…selamatkanlah sir Ya Allah.
Memanglah aku geram dengan dia tapi tak adalah niat aku sampai nak bunuh dia dengan ramen campur wasabi tu.Mukanya diraup kecil lalu memandang pintu wad kecemasan itu. Bilalah nak habis? Tak boleh ke kalau treatment hanya 5 minit je? Mulalah hati ni rasa takut campur dengan macam-macam perasaan lain lagi. Kali ni memang aku kena basuh cukup-cukup dengan mama.
Erni! Kau ni memang cari pasal betullah! Kenapalah kau tak pernah nak masuk sense sikit bila dah tahu yang Aiman tak suka makan pedas? That’s mean ada benda yang dia tak boleh makanlah tu. Paling tepat dia tak boleh makan pedas. Huh! Bodoh! Bodoh!
Sudahnya dompet dan telefon aku tak bawak. Terlampau cemas dengan keadaan Aiman tadi sampaikan telefon pun tak sempat nak ambik. Walhal ada atas meja makan je tadi. Macam mana aku nak call mama dan ayah? Mesti mama dan ayah risau kalau balik rumah nanti, aku dengan sir tak ada dekat rumah.
Alah! Telefon hospital kan ada? Hmmm…mintalah nak guna kejap. Erni bingkas bangun lalu menuju ke kaunter pertanyaan.
“Assalamalaikum…”
“Waalaikumussalam…ye cik? Ada apa-apa yang saya boleh bantu cik?” ramah sahaja nurse tersebut. Dengan senyumannya.
“Boleh tak saya nak pinjam telefon kejap? Saya nak telefon family saya. Nak khabarkan pasal keadaan abang saya…”
“Oh boleh…silakan…”
“Terima kasih…” Erni mencapai gagang telefon lalu pantas jarinya menekan satu persatu nombor telefon milik mamanya. Tak lama kemudian, panggilan berjawab. Suara mamanya memberi salam kedengaran.
“Waalaikumussalam mama…”
“Ma…Erni sekarang ada dekat hospital…” Erni menyeka air mata yang mengalir di pipinya.
“Tak…abang Aiman…dia…”
“Erni yang salah ma…sekarang dia ada dalam wad kecemasan…”
“Dekat Hospital Gleneagles…”
“Oklah…Erni tunggu. Assalamualaikum…” gagang telefon diletakkan kembali ke tempat asalnya bila panggilan diputuskan.
“Terima kasih ya nurse?”
“Sama-sama…” Erni berlalu kembali ke tempatnya. Setia menunggu di situ. Lampu merah wad kecemasan pun tak terpadam lagi. Berapa jam lah yang aku kena tunggu?
“APA yang Erni dah buat?!” marah Puan Radiatul bila terdengar khabar tentang Aiman. Aiman mengalami sakit perut yang kronik sampaikan pengsan dan dimasukkan ke hospital.
“Erni mintak maaf mama…” tersedu-sedu dia menahan esak tangisnya.
“Mama dah cakap kan?! Kalau sekali pun nak kenakan orang, jangan sampai melibatkan nyawa ataupun kesakitan dia! Apa yang Erni degil sangat ni?!” Erni mendiamkan diri apabila dimarahi oleh mamanya.
“Sudahlah tu…Erni tak tahu pun pasal penyakit Aiman. Janganlah marah dia lagi,” Encik Ahmad Farid cuba menyebelahi Erni. Tapi, marah Puan Radiatul tak ada siapa pun yang boleh surutkan.
“Erni…Erni…mama pun tak tahulah nak buat apa lagi dengan Erni supaya Erni sedar yang di sebalik perbuatan Erni ada padahnya pada orang lain!”
“Sudahlah tu Radiatul…Erni tak salah pun. Jangan marah dia lagi. Abang yakin kalau dia tahu masalah Aiman yang sebenarnya, dia takkan buat pun masakan pedas tu.”
“Tapi bang…”
“Dahlah…” Encik Ahmad Farid cuba meredakan keadaan. Tenang sahaja dia meyurutkan keadaan yang tegang tadi. Dia memandang Erni yang masih lagi dengan tangisannya.
“Erni…dahlah tu. Tak payah menangis lagi. Ayah tahu anak ayah dekat dalam tu kuat…”
“Tapi, Erni yang salah ayah…” aku yakin yang sir akan bencikan aku
nanti. Aduh Erni! Macam mana ni?“Tak ada salah sapa-sapa pun. Erni tak tahu pasal alahan Aiman dan kami pulak tak bagitahu Erni pasal alahan Aiman. Jadi, zero-zero. Dah, jangan nangis lagi,” lembut sahaja dia memujuk Erni. Erni memandang wajah tenang Encik Ahmad Farid.
Tenang sahaja ayah sekarang ni. Seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku ke atas anaknya.Kelibat seorang doktor kelihatan keluar dari wad kecemasan. Doktor itu melangkah ke arah mereka. Pantas mereka menghampiri doktor lelaki tersebut.
“Keluarga Aiman Rayyan?” soal doktor lelaki yang bernama Zaquan.
“Ya…saya ayahnya. Macam mana keadaan dia?”
“Alhamdulillah…keadaan dia mulai stabil. Boleh saya tahu, dia tahu tak tentang alahan dia terhadap makanan pedas?”
Hah! Doktor ala-ala polis dah mula siasat!
“Dia tahu doktor tapi tulah kan? Nak
buat macam mana. Terleka sikit sahaja…lagipun dia tak tahu yang makanan tu pedas sebenarnya…” ujar Encik Ahmad Farid senang.“Baiklah…cuma kalau terlambat sikit sahaja tadi mungkin kesannya akan bertambah buruk. Saya harap perkara begini tak berulang lagi.”
“Insya-Allah doktor…”
“Saya beredar dulu. Kalau ada apa-apa, boleh rujuk dengan nurse ataupun dengan saya sendiri ya?” mereka hanya mengangguk. Doktor Zaquan melangkah pergi meninggalkan mereka.
“Siapa nak masuk tengok? Erni? Radiatul?” soal Encik Ahmad Farid sambil memandang mereka berdua bersilih-ganti.
“Tak apalah ayah…biar Erni lah yang masuk tengok. Biar Erni yang jaga abang Aiman…” ujar Erni senang.
Yalah, bagi nak tebus semua kesalahan aku, biar aku jelah yang jaga Aiman.“Betul ke ni?” Encik Ahmad Farid memandangnya dengan pandangan betul ke ni?
“Ya…ayah dan mama pergilah balik rehat apa dulu. Erni ok je dekat sini…” balas Erni cuba meyakinkan ayah dan mamanya.
“Baiklah kalau Erni cakap macam tu. Kalau ada apa-apa, Erni call mama eh?” telefon miliknya dihulurkan kepada Erni. Erni menyambut huluran mamanya lalu telefon mamanya disimpan dalam poket seluar.
Erni menyalami mama dan ayahnya. Encik Ahmad Farid dan Puan Radiatul melangkah keluar dari hospital. Erni membuka langkahnya menuju ke wad yang diduduki oleh Aiman.
YOU ARE READING
Encik Suami Sweet
RomansaMama nak kahwin lain?! Oh no! No! No! No! Tak boleh! Tapi, keputusan dah dibuat dan aku terpaksa bersetuju. Dan... Bakal abang tiri aku tu ialah orang yang paling aku tak sangka langsung! Seriously dia ke?! Tidak!!! Setahun kemudian, mama aku pergi...