“Erni! Erni! Tunggulah! Weyh!” panggilan dari Hafif langsung dia buat bodoh. Tak nak layan! Aku kan perempuan tak ada maruah. Senangnya mulut dia cakap! Hah! Sekarang ni yang tak ada maruah jugak nilah yang kau kejarkan.
“Erni!” Hafif menerpa di hadapannya sekaligus menyekat laluan Erni. Erni mengeluh panjang.
“Kau ni dah kenapa Hafif? Pergi main jauh-jauh boleh tak?” semak! Erni memandang ke arah lain. Malas nak tengok muka seposen Hafif.
“Pasal semalam aku betul-betul mintak maaf. Aku tak ada niat nak tuduh kau macam tu…” matilah aku kalau Erni tak maafkan aku.
“Tapi kau dah terpasang niat kan? Sebab tulah kau boleh lepas ikut suka
hati kau je kelmarin!”“Tak! Bukan…semalam tu aku terlepas cakap…Erni, maaflah aku…” merayu…ingat aku layan?
“Dahlah! Woi! Sebelum aku bagi lempang kuasa lima dekat sini, baik kau blah. Aku meluat tengok muka kawan yang langsung tak mempercayai kawan dia sendiri.
Kawan jenis apa kau ni? Kita kawan dari kecik dan kita kenal satu sama lain. Kau tahu perangai aku macam mana. Sekarang? Kau fikir aku ni perempuan tak ada maruah pulak? Macam tu? Sia-sia jelah selama ni aku anggap kau ni kawan aku! Kawan tapi tak ada makna!” Erni hendak melangkah pergi namun Hafif tetap menghalang laluannya.“Erni, aku betul-betul mintak maaf. Sumpah aku tak ada niat langsung nak kata macam tu dekat kau semalam. Aku terlepas cakap. Maafkan aku eh? Dahlah semalam kau langsung tak balas mesej aku, kau buat bodoh je dengan mesej aku tu.”
Memang layak pun! Gerutu hati Erni.
“Tengoklah macam mana. Sekarang ni, tolong ke tepi! Aku nak kena masuk kelas!” terus Erni melangkah pergi meninggalkan Hafif di situ. Sekali aku dah meluat, tahulah nasib kau.Pintu dewan ditarik lalu dia melangkah masuk menuju ke tempatnya. Urina memandangnya dengan pandangan pelik. Pagi-pagi mood dah tak ok, kenapa? Takkan bergaduh dengan sir Aiman lagi kot? Ataupun Hafif datang kacau dia. Ha! Itupun boleh jadi sebab jugak.
“Kau kenapa Erni? Muka masam je?” sengaja dia tanya. Setakat teka, sapa pun boleh teka.
“Tak ada apa-apalah. Aku tengah panas sekarang ni.”
“Dengan?”
“Hafif!” aku dah agak dah! Hmmm…si bongok tu pun satu. Suka sangat nak kacau Erni dah kenapa? Bodoh punya orang.
Ting! Satu chat dari what’s app masuk dalam telefon Erni. Erni mengeluarkan telefonnya lalu melihat notification yang terpapar di skrin. Hafif. Dia membuka laman what’s app.
Hafif: Erni, maafkan aku? Sekarang ni aku rasa bersalah sangat dekat kau. Selagi kau tak maafkan aku, selagi tu aku akan kejar kau untuk dapat kemaafan dari kau.
“Gila! Cuba kau baca!” telefonnya diserahkan kepada Urina.
Urina membaca setiap butiran yang ditulis oleh Hafif. Hah! Ini memang gila. Betul cakap Erni. Dia memang gila.
“Nerhhh…psiko betul! Gilalah…habis
tu kau nak buat apa?” soal Urina apabila melihat Erni seakan-akan buntu.“Aku pun tak tahu…kalau aku maafkan dia, dia mungkin boleh kata macam tu lagi dekat aku. Kalau aku tak maafkan dia, dia buat ayat pasrah macam ni pulak! Hesy!” saraf otak dah kejang.
“Ibarat kau ni ditelan mati emak, diluah mati bapak. Dahsyat!” boleh mereng kepala dibuatnya.
Satu lagi chat masuk dari Hafif. Mata Erni memandang ke arah skrin.
Hafif: Aku tahu kau baca Erni tapi kenapa kau tak balas? Tolonglah balas at least one word. It’s worth for me.
Mata Urina sama naik membaca chat yang dihantar oleh Hafif. “It’s worth for me. Gila! Worth apanya kalau nanti dia akan cakap bukan-bukan lagi pasal kau.”
Erni melarikan jarinya di atas keyboard. Menaip sesuatu.
Erni: Aku akan maafkan kau kalau kau turut syarat-syarat aku yang ni.
Laju sahaja naik perkataan typing dari Hafif.
Hafif: Apa dia? Cakap je.
Ok…nampak macam dia bersetuju. Bagus.
Erni: Syarat yang pertama, kau mesti janji yang kau takkan cakap macam tu lagi dekat aku. Syarat yang kedua, tolong jangan kejar aku macam tadi lagi. Yang ketiga, please leave me alone. Aku tahu kita kawan tapi tak bermakna semua benda yang kau cakap dan yang kau buat, aku boleh terima. I am sorry…
“Bagus Erni!” ujar Urina yang dari tadinya membaca setiap butiran yang di type oleh Erni.
Hafif: Yang syarat ketiga tu kenapa berat sangat? Aku tak bolehlah Erni. Takkan sebab macam ni je, kita putus kawan? No Erni…
“Lerrr…tadi kata setuju je. Ini dah terbalik pulak?” omel Urina tak puas hati dengan chat yang dibalas oleh Hafif.
Erni: Bukan kita putus kawan. Kita masih kawan cuma aku tak nak kau berjumpa dengan aku lagi. Anything…boleh cakap dekat chat. Kalau nak ajak aku keluar, aku kena bawak peneman dan bukannya berdua macam dululah. It’s a deal?
“Yang ni aku setuju sangat,” Urina menyampuk lagi.
“Entahlah Urina. Aku kadang-kadang konfius dengan dia. Ada hari dia ok, ada hari dia tak ok. Aku pun tak tahu yang mana satu perangai dia yang sebenarnya.”
“Perangai dia tu macam sumpah-sumpah. Boleh bertukar warna…”
Hafif: Kau dah tak percayakan aku lagi ke?
Erni: Bukan aku tak percaya tapi sekarang ni aku harus berwaspada. Lagipun, aku ni bakal isteri orang. Tak manis kalau aku keluar dengan kau tanpa bawak peneman.
Sekali lagi Urina menyampuk, “aku setuju sangat. Syaitan ada di mana-mana…” banyaklah kau!
Hafif: Habis tu? Kalau kita nak pekena roti canai macam dulu, kau nak bawak Sir Aiman sekali ke? That’s nonsense!
Erni: Kalau aku terpaksa? Kalau bukan sir Aiman, maybe aku akan bawak Urina.
Hafif: Ok, aku terima syarat-syarat kau tu. Faham kau dah pun nak jadi isteri orang kan? [heart-broken]
“Eiii…heart-broken pulak? Sah dia ni memang gilakan kaulah Erni. Bukan setakat suka je tapi gilakan kau.”
Erni: Kau sebagai kawan aku, kau takkan ada niat untuk menyakiti aku kan? Aku harap kau boleh terima yang aku akan berkahwin dengan Sir Aiman nanti.
Hafif: [smile] mana adalah aku nak tikam kawan aku sendiri. Tak apa, aku bukannya jahat sangat pun nak makan kawan sendiri. Lagipun, dah tertulis jodoh kau memang dengan Sir Aiman, apa yang aku boleh buat? Takkanlah aku nak menyalahi takdir Allah yang dah tentukan sejak dulu lagi? One more, jangan lupa jemput aku masa hari pernikahan kau. Aku nak tengok jugak muka berseri kawan aku ni.
Erni tersenyum senang dengan balasan yang diterima. Urina turut berasa lega walaupun hatinya sedikit ragu-ragu. Ah! Jangan fikir yang bukan-bukan sangat.
Erni: Kawan-kawan aku mestilah aku jemput. Takkanlah aku tak jemput pulak? Kalau kau jumpa dengan kawan-kawan lama ke kan, kau invite lah sekali.
Hafif: Ok…no problem madam to be…
Cepat-cepat Erni menutup telefon bila sir Aiman mula melangkah masuk. Fuh! Nasib baik tak kantoi main henset dalam dewan kuliah. Kalau tak, mahu kena jerkah sekali lagi.
YOU ARE READING
Encik Suami Sweet
RomanceMama nak kahwin lain?! Oh no! No! No! No! Tak boleh! Tapi, keputusan dah dibuat dan aku terpaksa bersetuju. Dan... Bakal abang tiri aku tu ialah orang yang paling aku tak sangka langsung! Seriously dia ke?! Tidak!!! Setahun kemudian, mama aku pergi...