Riana cuma mampu menggeleng dengan perangai Aiman. Pelik dia dengan sikap Aiman. Yelah, breakfast of course lah disiapkan oleh mak tiri dia. Semuanya sudah disiapkan tapi tetap jugak nak makan dekat luar. Kalau aku, baik makan dekat rumah je.
Tapi, takkanlah sebab dia tak ngam dengan adik tiri dia tu, dia nak makan dekat luar? Takkan tak endah langsung perasaan mak kot yang dah penat-penat masakkan sarapan? Aiman…Aiman…
“Kenapa you tak makan?” soal Aiman bila Riana hanya diam. Makanan di hadapannya pun disentuh sedikit je.
“I tak lalulah. Yelah, I ada mood nak makan pagi ke tak,” bohong je tahu. Dah kantoi usyar orang, macam-macam alasan yang dia bagi.
“Pulak? Habis tu? You nak tapau ke makanan tu?” kalau biarkan, nampak macam membazir je. Banyak lagitu.
“Tak apalah. I tak tahu lagi I nak makan lunch ke tak memandangkan I ada banyak kerja. Tapi, kalau you nak lunch dan you nak I temankan you, I ok je,” senyuman diukirkan di bibirnya. Eleh! Yang tu boleh pulak? Kau ni memang gatalkan Riana?
“I rasa I tak keluar lunch kot memandangkan I dah bawak bekal untuk lunch…” ya…bekal daripada adik tiri yang terrrrrsaaayang…ceh!
“Really? Siapa masak? I jamin mak tiri you kan?” pandai je kau meneka. Cuba dengar dulu orang nak cakap apa?
“Nope but adik tiri I…”
Huh? Adik tiri dia yang masak? “Serius ke ni?”
“Ya…I yang suruh dia masak. Saja nak buli dia sikit memandangkan dia dah buat I jatuh sakit hari tu.”
“Oh…tapikan adik tiri you ni baiklah jugak kan? Sanggup masakkan makanan untuk abang tiri dia yang ngek ni? Kalau I jadi adik tiri you, hmmm mintak maaflah. Tak ada punya I nak masak untuk you…” ujarnya bersahaja. Tapi, I tak nak jadi adik tiri you. I nak jadi wife you. Ungkapan itu hanya disebutkan dalam hati. Gila kau nak sebut terus dekat Aiman? Silap hari bulan muntah hijau dia dekat sini.
“Baik you kata? Hmmm…ada hari hantu baik dia datang, baiklah dia tapi sekali datang yang hantu gila-gila hantu tu, memang hantu betul dia tu.”
“Alah…apa kurangnya sama dengan you? You pun lebih kurang je kalau angin hantu you dah datang. I banyak dengar dari student you yang you ni cepat sangat marah and tersangat tegas. No commitment and just follow the flow. No wonder any of your student gelarkan you sir pedas.”
“Did they call me that?” naik terkejut jugaklah aku. Ini baru aku dengar orang gelarkan aku sir pedas. Selama ni aku dengar dari Erni je tapi aku tak sangka dia memang gelarkan aku betul-betul. Sah! Ini semua dari mulut tempayan dia ni.
“Ya…semua student you gelarkan you sir pedas. The best part is adik tiri you pun naik sama panggil you sir pedas.”
Wah! Ini melebih! Oh…dalam diam-diam kau mengata aku eh Erni? “I dah agak dah dia memang dalang semua ni!”
“But she’s cute. Sir pedas…lagipun gelaran tu memang sesuai dengan you Aiman sebab you memang pedas. Mulut you pedas. Tapi I pelik. You dengan kawan-kawan you tak pernah pun nak jadi mulut pedas tapi bila datang dengan orang lain, you dah berubah lain macam. Mulut you menjadi-jadi…” komen Riana lagi membuatkan hati Aiman tak tenteram. Dah panas ni.
“I tegas dan pedas dengan student sebab I nak diorang confident dengan diri mereka dan I tak nak kerja yang I bagi diorang buat sambil lewa. That’s not type of me untuk bagi-bagi muka. Sekali dua tak apa tapi bila dah sampai naik kepala, I tak boleh nak bertolak ansur…” jelas Aiman. Aku tak suka student yang suka pijak kepala orang.
“Alah you ni Aiman…you tak bolehlah bertegas sangat. I tahu kerja you sebagai seorang pensyarah bukannya senang sangat. Yelah, you nak kena buat itulah ini kan? Tapi, dalam masa yang sama you tak bolehlah jugak nak bertegas tak bertempat dengan student you. Nanti kalau semua orang takut dengan you, apa kerja pun tak jalan tau!” nasihat Riana.
Aku pun pensyarah ok? Tapi bukan dalam bidang media dan komunikasi lah. Aku bahagian fesyen.“You cakap senanglah Riana sebab you bukannya dalam bidang ni. Dalam bidang I ni, I nak semua student I fokus dan memahami apa yang I dah tunjuk ajarkan macam mana ketika dalam tempat kerja. Sewaktu training…I nak diorang lulus semua tu. Kalau tak, rugilah kan selama ni diorang belajar? Tak ke sia-sia namanya?”
Riana menghembuskan nafasnya. Aiman…Aiman…tetap dengan pendirian dia yang satu tu.
“I bukan nak suruh you jadi seorang yang terlampau baik hati. Tapi, I nak you memahami perasaan student you sebenarnya. Who knows ada yang bermasalah ke dalam membuat latihan? Then, takut nak tanya you sebab you garang sangat. That’s why I cakap you kena lebih memahami keadaan student you berbanding dengan apa yang you nak dari student you. Ya, memberi target kepada student you bukannya satu kesalahan tapi bagi diorang? You tahu apa yang bermain dalam kepala diorang? Tak kan?” haih…miss Riana oi! Kau dah terlebih ceramah ni.
“Lagipun, jangan bagi diorang tekanan sangat. Bagi diorang masa dan biarkan diorang rileks. Dalam dewan kuliah, jangan terlalu push sangat. Bila agak student dah start tak fokus, berhenti kejap. Itulah apa yang I buat untuk student I dan
Alhamdulillah, diorang dapat full marks dan berjaya dalam exam final diorang,” nafasnya ditarik panjang lalu dia memandang Aiman yang hanya diam menyepi. Sepi je? Tengah khusyuk ke?“I…I tak suruh pun you berubah
mendadak tapi I just bagitahu you je. Lagipun, dari apa yang I tengok lah kan? Punca student you panggil you sir pedas disebabkan benda remeh ni jelah. Tambah-tambah lagi adik tiri you. Itulah punca dia…”“Dia tu memang macam tu. Suka sangat nak cari gaduh!” air teh o ais di dalam gelasnya disedut. Jam di pergelangan tangan ditilik.
“Eh? Dah pukul 8.30 dah. I nak kena gerak dulu. You tak ada kelas ke?”
“I ada tapi pukul 10 macam tu lah. Tak apa, you pergilah balik dulu. I ok je dekat sini…”
“Sure?” Riana mengangguk. “I gerak dululah. Apa-apa call je I.”
“Ok…” Aiman melangkah keluar dari restoran menuju ke keretanya.
Riana cuma memandang dari jauh.
Hmmm…sepedas macam mana pun kau Aiman, kau tetap ada dalam hati aku walaupun kau tak tahu apa perasaan aku dekat kau sebenarnya.“HARI ini saya nak awak semua pergi ke studio. Saya nak test awak semua berasaskan pembentangan dan juga projek yang saya akan tetapkan nanti. Jadi, saya nak awak buat test ni betul-betul dan jangan main-main. Faham?” ujar Aiman dengan nada biasa. Tiada lagi nada tegas.
Semua mata tercengang melihat Aiman. Pelik dengan suara Aiman yang tidak lagi tegas dan garang seperti dulu.
“Kenapa tercegat lagi? Ada apa-apa yang tak kena ke?” semuanya pantas menggeleng lalu keluar dari dewan kuliah menuju ke studio.
“Erni…kau tak rasa ke sir Aiman hari ni tiba-tiba je pelik? Yelah…suara dia tiba-tiba je bertukar jadi lembut. Dah tak tegas macam dulu lagi,” ujar Urina yang pelik dengan perubahan Aiman.
Erni sekadar mampu menjongketkan bahunya. “Entahlah dekat dia…” tapi aku pun rasa pelik jugak. Yelah, tiba-tiba dia berubah macam tu.
Takkanlah sebab aku masakkan dia makanan, dia terus berubah macam tu? Apa-apa jelah.
YOU ARE READING
Encik Suami Sweet
RomansaMama nak kahwin lain?! Oh no! No! No! No! Tak boleh! Tapi, keputusan dah dibuat dan aku terpaksa bersetuju. Dan... Bakal abang tiri aku tu ialah orang yang paling aku tak sangka langsung! Seriously dia ke?! Tidak!!! Setahun kemudian, mama aku pergi...