Bab 18

30.6K 1K 14
                                    

Thank you for today class.  Hari ni saya berpuas hati dengan semua tugasan kamu.  Saya harap tugasan kamu selepas ni lebih baik daripada sebelum ni dan ada improvementSo, we dismissed.” Aiman terpandang Erni yang hendak melangkah keluar dari studio.

Wait! Erni! Awak tunggu kejap…” satu arahan keluar dari mulutnya.

Erni tak menjadi melangkah keluar dari studio.  Dia memberi isyarat kepada Urina agar pergi terlebih dahulu.  Apalah yang dia nak lagi daripada aku ni? Serabut betullah.

Selepas pintu studio ditutup sepenuhnya, Erni melangkah ke arah Aiman yang sedang menunggunya. Malasnya aku nak hadap dia ni.

Sir nak apa? Saya lapar ni…” adunya.  Perut aku ni pun dah bunyi dangdut tahap rock dah ni.

“Aku nak mintak tolong boleh?” tolong pulak dah!

“Tolong apa?” nak tak nak, kena tolong juga.  Kalau aku kata tak nak, dia tetap akan buatkan aku kata ya jugak.

“Tolong belikan aku air boleh?”
Belikan air? Haih…tadikan aku dah letak botol mineral dalam plastik bekal dia? “Air mineral sir mana?”

“Banyak tanyalah kau ni.  Aku nak air teh ais.  Boleh tak?”

Emmm…”

“Satu lagi…”

“Apa?” sikit lagi fed up.

“Kau tapau makanan kau lepas tu datang makan dekat bilik aku.”

Hah! Arahan dia yang satu ni memang nak bagi mata aku jadi bulat.  Dah kenapa pulak aku kena makan dekat ofis dia?

“Tak ada tapi-tapi.  Ini satu arahan! Faham?”

Mula dah nak keluar aura pedas berangin dingin dia tu.  Nak tak nak aku kena terima jugaklah ni.

“Ok…” Erni melangkah pergi keluar dari studio.  Aiman pula tersenyum menang.  Hmmm…mudah betul nak tundukkan si Erni ni.  Dengan satu arahan tegas dan ugutan, dia akur jugak.  Bagus! Bagus!




PINTU ofis Aiman diketuk kuat tanda protes.  Dahlah menyusahkan hidup aku lepas tu banyak songeh pulak!
Apa kejadah aku nak kena makan sekali dengan dia? Tak cukup lagi ke aku dah masak, basuh baju untuk dia sekarang ni aku nak kena makan sekali dengan dia? Yang ni tak masuk akal betullah.  Mana ada dalam perjanjian aku dengan dia dulu!

“Masuk!” Erni memulas tombol pintu lalu masuk bersama bungkusan makanan dia dan bungkusan minuman untuk Aiman.  Pintu ditutup perlahan.

Kakinya bergerak menuju ke arah Aiman lalu bungkusan minuman Aiman diletakkan di atas meja.  Pelik.  Dia ni tak makan lagi ke? Ralit betul buat kerja.  Hmmm…aku ingatkan dia makan dulu sementara tunggu aku bawak air untuk dia.

“Duduk…” tenang sahaja suara Aiman memberi arahan sambil memandang ke arah Erni.

Erni tanpa banyak songeh segera menarik kerusi lalu duduk di hadapan Aiman.  Rasa kekoklah pulak aku duduk dengan dia ni.  Yelah, seumur hidup aku hidup dalam keluarga dia ni, aku tak pernah pun duduk berhadapan face to face dengan dia sebegini dekat.  Kalau dekat rumah, lain ceritalah sebab ada mama dan ayah.  Tapi, ini aku dengan dia je.

“Tolong bukakan air aku tu…” satu arahan lagi.

Erni menggigit bibirnya.  Apa ni?
Tangan dia tak kudung lagi kan? Boleh bukak sendiri kan? Dah kenapa pulak suruh aku yang bukak? Kalau aku bukak ni, dia bagi markah full untuk aku tak apalah jugak.  Tapi, ini free of charge! Hesy! Suka betullah nak seksa hati aku.  Zahir dan batin.

“Tangan sir ok lagi kan?” akhirnya dia membantah juga.  Tak boleh aku bagi muka sikit, dia nak pijak muka aku.

“Memanglah ok.  Ada kau nampak cacat cela dekat mana ke?”

Kali ini hatinya pulak menyumpah seranah terhadap Aiman.  Aku cakap je mesti dia ada nak balas dengan ayat pedas dia tu! Dasar mamat sedingin salju! Mulut pedas tahap ramen! Tak! Kalah ramen!

“Taklah tapi kalau dah tangan ok tu, eloknya manfaatkan.  Jangan sampai Allah tarik nikmat tu, tangan tak boleh pakai!” bidasnya.

“Aku sedang manfaatkan lah ni.  Tangan aku manfaat untuk aku makan kejap lagi.  Tangan kau tu pun manfaat untuk kau jugak kan? Jadi, manfaatkanlah dia untuk bukak air aku…”

Eiii!!!! Ada saja yang dia nak balas! Geramnya aku!!! Rasa macam nak hammer je kepala otak aku ni! Mulut tu kalau tak tahap gigi buaya, memang tak sah! Lidah tu asyik tajam je kenakan aku!

Plastik berisi air teh ais dibuka.  Straw diletkkan ke dalam plastik lalu plastik itu diikat kembali di kepalanya.  Senang nanti nak minum.  Erni menyerah air teh ais kepada Aiman.

“Ok…thank you.  Sekarang kita boleh makan,” dia menghadiahkan senyuman ikhlas kepada Erni.

Erni cuma memandangnya tanpa ada perasaan.  Entah ikhlas ke tak senyuman dia tu.  Hmmm…tak pernah-pernah nak senyum dekat aku.  Tiba-tiba jadi pemurah pulak? Agaknya dah gila kot kepala otak dia tu kena dengan ramen yang aku masak hari tu.

Aiman mengeluarkan bekas Tupperware berisi nasi goreng yang dimasak oleh Erni.  Wow! Ada telur mata siap.  Bagus betullah adik tiri aku ni.  Eleh Aiman! Sekaranglah kau nak kata bagus sebab apa yang kau nak semuanya dia buat.  Cuba kalau dia tak buat? Dialah yang paling terburuk kan?

Telur dipotong sedikit lalu dicedok bersama nasi goreng dan disuapkan ke dalam mulutnya.  Nak terleleh aku dibuatnya bila nasi goreng ni…sedap sangat!

Erni memandang Aiman yang sedang menikmati nasi gorengnya.  Entah sedap ke tak tu.  Entah kena ke tak dengan selera dia sebenarnya.  Alah! Biarkan jelah Erni! Lantaklah sedap ke tak janji kau dah penuhi syarat-syarat yang dia bagi.  Tak ada kompromi.

“Kenapa kau tak makan?” soal Aiman bila melihat bungkusan mi goreng yang ditapau oleh Erni langsung tak dimakan oleh Erni.

“Aku ni hensem sangat ke sampaikan kau pun dah kenyang nak makan mi goreng tu?” tokoknya.

Ok! Yang ni fakta paling sampah di dunia! Tengok dia pun aku dah kenyang? Oh please lah! Dah kenapa pulak aku nak rasa kenyang? Dia ingat muka dia tu pengenyang perut orang?

“Hah! Mengutuk akulah tu!” ingat aku tak nampak bibir dia kadang-kadang senget ke kanan dan ke kiri.  Apa lagi kalau tak mengumpat aku.

“Saya mengumpatlah sebab sir ni selalu perasan sangat.  Tak boleh ke kalau keperasanan diri tu diturunkan? Kalau duduk di carta nombor satu, sila letak carta ke seratus! Sebab kalau sekali sir dah mula perasan, selamanya rasa keperasanan sir tu akan melarat.”

“Senangnya dalam hati…dapat mengata sir sendiri…kalau aku potong markah kau macam mana?” sempat lagi dia menyanyi tadi.

Ceh! Sikit-sikit nak mengugut aku.  Ingat aku tergugat? “Sir tak payahlah nak ugut sir.  Taktik lapuk!”

“Oh ya? Taktik lapuk? Ok…” dia memusingkan kerusinya ke belakang lalu satu fail milik Erni diambil dan diletakkan di hadapan Erni.

“Kau ingat aku main-main?” keningnya dijongket bersama senyuman sinis.

“Kau nampak petak-petak kosong ni?” Erni dah mula menelan liurnya. 
“Dengan senang hati…aku boleh bagi kosong dekat kau.  Nak?”

Huhuhu!!! Mana aci!!! Dia dapat kenakan aku macam ni tak best lah! Erni menayangkan muka kesiannya.

Sir…jangan buat saya macam ni?” dia buat mata ala-ala kucing comel. 
“Kalau saya fail, sia-sia jelah apa yang
saya belajar selama ni.

So?”

So! So! Dia nak mi bakso ke?! So, aku tak nak fail! Takkan tak faham?!
“Jangan fail kan saya.”

“Kalau kau masih ikut syarat aku, then aku takkan fail kan kau…”

Masih setia dengan syarat dia tu! Menyampah pulak aku.  “Ok…” nampak dah senyuman jahat dia tu.  Nasib baiklah kau ni abang tahu tak? Kalau adik aku, dah lama aku lenyek buat rempeyek!

Encik Suami SweetWhere stories live. Discover now