Erni duduk termenung di taman. Haih…bosannya! Tak tahu nak buat apa. Dah 3 hari aku tak pergi universiti. Samalah dengan Aiman. Tapi, mulai esok dia dah mula masuk kerja. Mungkin aku sekalilah kot?
Lagipun, duduk rumah memang aku tak tahu nak buat apa. Nak mengemas, Mak Eton dah kemaskan. Nak memasak…Mak Eton dah sediakan. Basuh baju? Always sangat dah sampai tak terbasuh baju tu.Habis tu? Takkanlah aku nak goyang kaki je kot dekat rumah? Huh…aku pun dah final year dah. Tak larat pulak nak study. Rasa malas je nak study. Exam final year pun tak lama dah. Lagi 3bulan kalau tak silap aku. Tu pun aku malas lagi. Alah, lagipun tok guru kan ada 24 jam? Tak faham apa, bolehlah tanya dia. Hahaha…ambik kesempatan pulak.
Aiman menyarung seliparnya lalu menghampiri Erni yang sedang termenung. Jauh gila dia termenung. Agaknya dah sampai planet Pluto gamaknya. Tengok langit macam nak telan. Langsung tak sedar aku yang duduk di hadapan dia ni. Ralit sangat tengok langit.
“Sayang…”
Panggilan lembut dari Aiman membuatkan Erni tersedar. Matanya menoleh ke arah Aiman.
“Hmmm?”
“Jauh termenung? Abang duduk depan sayang ni pun sayang tak sedar…”
Erni mengukirkan senyumannya.
“Sorry abang. Tak perasan. Rindu dekat mama…”“Kalau sayang rindu mama, sayang sedekahkan Al-Fatihah lepas tu pejamkan mata. Insya-Allah, rindu sayang dekat mama akan terubat jugak. Lagipun, mama mesti bangga dengan sayang sebab sayang dah tunaikan permintaan dia.”
“Memanglah saya dah tunaikan permintaan arwah mama tapi yang sekarang ni ialah kita…”
Kita? Apa pulak kena mengena dengan perhubungan kita ni? Nampak ada apa-apa masalah? Aku rasa tak pun. Ke…Erni tak bahagia?
“Apa yang tak kena? Cuba sayang cakap dan abang akan perbetulkan…kalau sayang tak bahagia dengan perkahwinan, cakap je dengan abang dan abang akan cuba bahagiakan sayang. That’s my promise.”
Terharu dengan apa yang dikatakan oleh Aiman. Bersungguh-sungguh nampak gayanya. “Bukannya saya tak bahagia cuma tulah, saya tak pandai nak uruskan rumah tangga. Abang yakin ke yang abang mampu hidup bahagia dengan saya sedangkan kita cuma baru kenal setahun je. Tu pun banyak bergaduh.”
Aiman bangun lalu mengambil tempat di sebelah Erni. Bahu Erni dirangkul mesra. Erni cuma membiarkan sahaja Aiman memeluk bahunya. Kalau dia menolak sekali pun, Aiman takkan dengar cakap dia. Jadi, tak payah nak bazir air liur sebab nak bertekak dengan dia.
“Sayang nak tahu tak? Ada satu kenyataan pasal abang yang sayang takkan boleh ubah sampai bila-bila,” Erni mengerutkan dahinya. Aku tak boleh nak ubah sampai bila-bila? Ok, bunyi macam hebat je?
“Apa benda? Kalau setakat mulut pedas abang, saya pun boleh lawan! Boleh ubah kenyataan!”
“No…bukan pasal mulut pedas abang ataupun sayang. Ini soal hati. Soal hati abang yang dah cintakan sayang dari dulu lagi tulah yang sayang tak dapat nak ubahkan. Faham?”
Oh…kenyataan yang ni rupanya. Hmmm…aku ingatkan kenyataan apalah sangat. Tapi, betul ke dia cintakan aku? Ataupun dia cuma nak sedapkan hati aku je? Erni! Apa ni? Fikir yang bukan-bukan pulak. Dah! Jangan nak fikir yang tak berapa nak elok sangat. Nanti mengganggu rumah tangga kau.
“Sayang nak tahu tak sejak bila abang yakin dengan perasaan abang yang abang sebenarnya cintakan sayang?”
Dia nak main teka-teki pulak? Hmmm…tapi soalan dia macam menarik je? Bila masa pulak dia jatuh cinta dekat aku?“Bila? Takkanlah semudah tu abang nak jatuh cinta dengan saya sedangkan Riana kan ada waktu tu? Takkanlah abang tak ada perasaan apa-apa dekat Riana?”
Aiman menggeleng kepalanya perlahan-lahan. “Abang memang tak ada apa-apa perasaan dekat Riana sebab abang dah ada perasaan dekat sayang. Masa dekat hospital lagi.”
Erni mencebik. Dekat hospital? Iya-iyalah tu. Masa dekat hospital dulu punyalah beriya-iya dingin dengan aku. Macam mana pulak boleh jatuh cinta dekat aku?
“Sejak bilalah sir cintakan saya? Dekat hospital dulu asyik cari pasal je dengan saya?”
“Sir?”
Ops! Maaf lerr…tersasul. “Sorry abang…” dah biasalah panggil dia sir.
“Takkanlah waktu tu abang nak tunjuk dekat sayang kot? Jatuhlah saham abang nanti…”
Erni mencebik meluat. “Jatuh saham? Oh…masa tu abang cover macholah?
Dasar betul! Abang ni boleh dinobatkan orang yang mempunyai pelbagai watak. Suka sangat tonjol watak dia yang berbeza.”“Mana ada cover macho. Tak naklah bila sayang tahu yang abang ada perasaan dekat sayang, sayang lari diri daripada abang pulak. Kan sayang ni life abang? Sampai bila-bila pun akan jadi the best part in my heart. Sayang sorang je tau boleh duduk tempat yang special dalam hati abang selepas ayah, arwah mama abang dan arwah mama Radiatul.”
Oh…kenapalah dia ni sweet sangat? Alahai…dah nak cair ni. “Abang memang suka buat ayat manis-manis ni eh?”
“Eh? Mana ada! Abang suka buat ayat kaw-kaw je…”
“Kenapa pulak kaw-kaw?”
“Sebab kau untukku…” dia tersengih panjang.
Adoyai! Pick up line! Maigad! Sejak bilalah sir pedas ni bertukar kepada sir cupcake? Those words sweets like cupcake. Huhuhu…
“Kenapa fishy sangat ni? Peliklah abang ni. Sir Aiman yang saya kenallah kan watak dia memang antagonis gila. Mulut dia pedas, puaka dan perangai dia sedingin salju. Sekarang ni apa yang dah jadi dengan sir pedas?”
“Tahu tak abang suka perkataan pedas tu.”
“Pulak?”
“Cinta abang kepada sayang lagi pedas berapi dari ramen yang sayang masak untuk abang dulu…”
Ceh! Pick up line tak jadi. Maaf lah…hahahaha. Buatnya dengar dekat orang tua ni, merajuk 4 bulan.
“Pedas lah sangat. Abang tahu tak yang saya ni memang annoying dengan abang since saya masuk belajar lagi. Mulut abang memang tak boleh nak cover langsung. Masa tu sumpah seranah dekat abang memang banyak gilalah.”
“Banyak mana tu?”
“Satu bumi?”
Satu bumi? Amboi! Banyaknya! “Berapa banyaklah dosa sayang eh?”
Erni tersengih seketika. “Tapi dah mintak ampun dah. Dekat abang je tak mintak ampun lagi.”
“Habis tu? Bila nak mintak ampun?”
“Sekarang?”
“Sekarang? Tak sesuai. Tunggu rayalah…”
“Alah! Lambat lagi!” bentak Erni. Ada pulak kena tunggu masa raya? Macam tak logik je? Sekarang pun boleh mintak maaf.
“Hahaha…tulah, sapa suruh sayang sumpah seranah abang sangat kan? Sekarang baru tahu susah…”
Tak habis-habis nak buli aku!
“Bencilah!”“Love you…”
“Bohong!”
“Swear loves you more!”
“Bohong!”
“Mana ada bohong! Sayang...” Aiman menoleh memandang Erni lalu mata
Erni dipandang dalam-dalam. “I love you damn much. You have no ideas how much I love you. More than sand at the beach, how wide the sky covered the earth, how much stars in the sky…you can’t count any of them. That’s how my loves for you. I can’t deny how much I love you…”Erni melakarkan senyuman kecilnya.
“Sweet sangat eh?” tapi, aku meremang bulu roma jugaklah sebenarnya dengar ayat-ayat sweet dia ni.“For my lovely wife…”
YOU ARE READING
Encik Suami Sweet
RomanceMama nak kahwin lain?! Oh no! No! No! No! Tak boleh! Tapi, keputusan dah dibuat dan aku terpaksa bersetuju. Dan... Bakal abang tiri aku tu ialah orang yang paling aku tak sangka langsung! Seriously dia ke?! Tidak!!! Setahun kemudian, mama aku pergi...