Harinya sudah pun tiba. Seawal jam 7 pagi Erni bangun dari tidurnya. Selepas mandi semua, dia turun untuk bersarapan terlebih dahulu. Nanti masa mekap, tak adalah perut aku ni kira berdangdut irama songsang sangat. Ketika dia turun ke ruang makan, hanya ada sepupu-sepupu Aiman sahaja. Sepupu-sepupu aku? Gamaknya telanjang bogel lagi atas katil dengan terkangkang. Astaghfirullahalazim!
Erni mengambil tempat di sebelah Nurin. Mereka mengucapkan selamat pagi kepada Erni. Erni membalas perkataan yang sama. Tak balas nanti dikatakan sombong pulak. Mereka menghulurkan pinggan yang sudah berisi mihun di atas pinggan aku. Alah…seganlah pulak. Tolong cedokkan pulak. Aiseh…rasa macam anak perdana menteri pulak.
“Makanlah kak...kejap lagi akak mesti nak kena bersiap kan?” ujar Akma sambil menyerahkan sudu kepada Nurin dan diberikan kepada ku.
Erni tersenyum kecil. “Perlu ke mekap semua ni? Akak tak sukalah…” akak kau gelarkan diri kau? Ahaks! Tak apalah sekali-sekala. Dah diorang panggil aku akak, aku pun gelarkan jelah diri aku ni akak.
“Alah akak ni, takkanlah nak biarkan muka akak kosong je? Nanti tak cantiklah pengantin ni…” kata Hanis dan semuanya tersenyum. Aku pun turut tersenyum.
“Nanti muka akak macam badut macam mana?” tanya lagi.
Belum sempat Nurin nak buka mulut, satu suara menyampuk. “Muka kau memang dah macam badut!” ujar Ruzana tiba-tiba lalu berdiri di sebelah kerusi aku.
Hah! Yang ni biadap! Datang tak bagi salam, awal-awal pagi dah kata aku ni rupa badut! Kurang ajar punya mulut! Eloknya mulut kau ni aku kerat uli-uli dengan tepung buat jadi bibir goreng!
“Eh? Apa pulak kata muka dia macam badut? Muka kakak Erni cantiklah…” ujar Nurain. Adik Akma. Dia membela aku dan semua mata memandang ke arah Ruzana. Pelik dengan sikap gila Ruzana.
“Kau orang kata dia ni cantik? Huh! Muka pun serupa apa lagi. Lainlah macam aku, cantik dan vogue. Dia ni ada apa?” Ruzana memandang sinis ke arah Erni.
Kau silap kalau kau fikir sepupu-sepupu Aiman akan membela kau. Hah! Silap besar! Diorang membela Erni daripada kau siot!
“Akak ni tak baik cakap macam tu. Bagi kami, muka Kak Erni lagi cantik dari Kak Ruzana sebab Kak Erni dia bukannya fake macam Kak Ruzana. Kak Ruzana ni asyik mekap tebal je. Lepas tu, gincu merah tebal 2 inci. Pagi-pagi dah mengata orang. Patutlah muka Kak Ruzana tak putih sebab selalu mengata orang!” balas Nurain. Dia memang pedas. Sama macam sir Aiman.
Ok, yang ni aku nak gelak. Adoi! Kenyataan tak masuk akal. Sepupu-sepupu Aiman sudah menahan senyum mendengar kata-kata Nurain. Pedas berapi kot! Aku yakin yang Ruzana dah berasap telinga dia.
“Lagi satu, akak ni apa? Cantik? Vogue? Akak bawaklah berucap sikit. Akak sedar tak akak berpijak di rumah sapa sekarang? Di bumi sapa sekarang? Akak berpijak di bumi Allah tau? Allah tu Maha Kuasa dan Maha Hebat! Kalau sekali dia nak tarik kecantikan Allah dan digantikan dengan muka kodok, akak jangan menangis air mata darahlah! Bawak berucaplah…lagi satu. Just follow the flows and rules. Dalam rumah ni banyak lelaki. Your hair should be protecting from men view. Don’t you feel shy when every men’s see your ugly hair? You look so spastic. Don’t be a plastic and pathetic.” hah ambik kau! Dia keluar dengan omputih sekali.
Erni memandang Ruzana di sebelahnya. Aku tahu dia agak tercengang. Ruzana ni bukannya pandai BI pun! Dia aku sure dia pelik dengan perkataan spastic and pathetic. Kesian kau Ruzana. Kena tembak balik!
“So rude!”
“Better than you are so rude towards her! When you step in your foot in this house then you should follow the rules. In this house, every woman should wearing hijab! Jangan nak bangga sangat dengan rambut tu!” kata Hanis pula. Baginya, memang dia tak suka dengan Ruzana sejak hari pertama Ruzana menjejakkan
kakinya ke rumah ini.Hambik kau! Yang bersekolah agama pun boleh…ergh! Diorang lagi pedas dari aku. Baka lakau! Habislah kau Ruzana! Once you wrong step, many bullets starting to shoot you.
Tak betah lama-lama di situ, Ruzana segera melangkah pergi naik ke atas. Dari bawah mereka dengar pintu bilik dihempas kuat.
“Damn! Dia ingat rumah dia kot? Suka hati dia je nak hempas pintu! Lepas ni, kita pergi kunci pintu bilik dia dengan mangga! Biar tak boleh keluar terus! Kalau macam tulah perangai dia hempas-hempas pintu, alamatnya…” semuanya menggeleng.
Erni cuma mendiamkan diri. Bodoh punya Ruzana! Bengap! Aku tak mengaku kau sepupu aku! Sepupu apa kalau perangai serupa badak lagi! Naik meluat pulak aku. Main hempas pintu pulak tu! Dia ingat bapak dia punya rumah kot?! Aku yang duduk setahun lebih ni pun tak main hempas pintu. Kurang ajar punya Ruzana.
HEMPASAN pintu mengejutkan seisi bilik. Semuanya memandang Ruzana yang mendengus kuat. Ada apa hal pulak dengan Ruzana ni?
“Apa hal kau ni? Gila? Mentel? Sawan?” soal Aisyah sambil bermain dengan hensetnya.
“Aku bengang dengan Erni! Kurang ajar betul!”
“Apa yang dia dah buat?” sampuk Sarah.
“Dia malukan aku depan sepupu-sepupu Aiman! This is damn!” dia mencekakkan pinggangnya.
“Serve yourself. Aku tahulah Ruzana…kau yang cari pasal! Padanlah dengan muka tempe bakar kau tu!” celah Mia. Dia tersenyum sinis.
“Kau ni suka sangat nak bela si Erni tu kenapa?!” jerkahnya.
“Aku memang bela dia pun sebab aku tahu perangai kau lebih busuk dari dia!” balas Mia tanpa fikir perasaan Ruzana yang dah berapi.
“Kau…!” dia bertindak untuk menyerang Mia tapi dengan pantas yang lain mengerumuni Mia kecuali Sarah dan Elina. Mereka lebih berpihak kepada Ruzana.
Tok! Tok! Tok! Pintu bilik mereka diketuk. Ruzana memandang ke arah pintu. “Hesy!!! Siapa pulak ni?!” marahnya lalu membuka pintu kasar.
“Apa yang bising-bising ni?!” marah Sofea. Sepupu Aiman. Di belakangnya ada lagi beberapa orang sepupu Aiman.
“Dah gila?!” tambah Sofea lagi.
“Hey! Kau tak payah masuk campur boleh tak betina?!”
Pang! Serentak itu pipi Ruzana ditampar. Padan muka! Mesti berdesing punyalah.
“Ruzana!” Elina dan Sarah menghampiri Ruzana yang sudah pun memegang pipinya yang ditampar.
“Berani kau tampar aku?!” marahnya menggila.
“Hey! Kau ni dah melalak serupa
orang gila dah kenapa?! Kalau rasa nak duduk Tanjung Rambutan, bukan sini tempatnya!”“Kau siapa nak marah aku?!”
“Kau siapa nak kucar-kacirkan suasana rumah ni?! Aku bagi warning dekat kau eh! Once you wrong step again and do something nonsense, you will regret it! Aku tak akan teragak-agak untuk panggil security untuk halau kau! Perempuan gila! Dahlah mereng, tak pandai jaga adab! Datang rumah orang, buat macam rumah bapak sendiri! Ni bukan rumah bapak kau tapi bapak Erni! Ingat! Aku perhatikan kau lama dah since kau step kaki kau masuk dalam rumah ni! Kau jangan ingat aku tak tahu yang kau asyik pandang Aiman je! Perempuan tak sedar diri! Ingat eh!”
Dia menarik nafas seketika. Cuba menyabarkan hatinya. “Yang lain turun makan! Three of you just stay in this room! Jangan turun bawah langsung! Three of you just ruined the ceremony!”
Yang lain mula melangkah keluar. Tinggal mereka bertiga sahaja di dalam bilik. Pintu bilik ditutup. Serentak itu mangga dilekatkan pada celah lubang untuk melekapkan mangga. Krek! Dah kunci. Padan muka kau beruk-beruk!
Menggelupurlah dalam tu.Aiman dan yang lain-lain memerhati dengan senyuman sambil menggeleng kepala.
“Sofea masih macam tu kan? Gengster tak bertempat walaupun sekolah agama…” ujar Aiman lalu duduk kembali di katil.
“Memang pun!” sorak Alif. Sofea memang tak berubah perangai dia.
“Tapikan, aku rasa cara Sofea tu berkesan jugak nak ajar si beruk-beruk tu. Bisinglah kau tahu tak?” ujar Hakimi yang turut meluat dengan perangai mereka bertiga.
Kalau boleh, gelak mahu mengilai lah…kalau bunyi sedap tak apalah jugak tapi ni serupa bunyi brek tak makan. Berdesing!
YOU ARE READING
Encik Suami Sweet
RomanceMama nak kahwin lain?! Oh no! No! No! No! Tak boleh! Tapi, keputusan dah dibuat dan aku terpaksa bersetuju. Dan... Bakal abang tiri aku tu ialah orang yang paling aku tak sangka langsung! Seriously dia ke?! Tidak!!! Setahun kemudian, mama aku pergi...