Bab 23

32.9K 1K 34
                                    

Erni terjaga dari lenanya bila terasa matahari menyucuk matanya.  Perlahan-lahan matanya dibuka.  Berat pulak rasa mata ni nak bukak.  Tangannya perlahan-lahan naik ke dahi.  Tuala yang berada di dahinya diambil.  Siapa pulak yang letak tuala dekat dahi aku ni? Macam mana aku boleh ada atas katil ni? Bukan ke semalam aku ada atas sejadah? Siapa angkat aku? Fikirnya sejenak.  Oh! Tak mungkin sir Aiman yang angkat aku! Tapi, kalau bukan dia, siapa lagi? Malunya…

Krek! Pintu biliknya dibuka dari luar.  Aiman melangkah masuk ke dalam biliknya dengan dulang berisi semangkuk bubur dan segelas air kosong serta ubat demam di atasnya. 

Erni bingkas bangun dari pembaringannya.  Aikk?? Sir tak ke universiti ke? Rileks je dia masuk bilik aku ni.  Masih dengan pakaian biasa dia.  Bukannya pakaian sebagai seorang pensyarah.

“Kenapa kau tengok aku macam tu?” soal Aiman bila melihat Erni memandangnya dengan tidak berkedip.

Sir tak ke universiti ke? Elok je dengan pakaian biasa ni,” ujarnya menjawab soalan Aiman.

Aiman menghadiahkan senyuman manis.  Dulang diletakkan di meja sisi katil.  Dia memandang Erni yang memandangnya dengan pandangan terpinga-pinga.

“Kan kau demam? So, hari ni aku ambik cuti sebab nak jaga kau.  Lagipun, mama kan baru je pergi? Esok lusa aku masuklah kerja balik.”

Jaga aku? Kenapa pulak dengan aku? Aku bukannya baby.  “Kenapa pulak sir nak kena jaga saya? Saya dah besarlah.”

“Kau tu demam.  Bukannya kira besar ke tak.  Takkanlah nak biar ayah pulak yang jaga kau?” Aiman mengambil bubur lalu mengacaunya perlahan sebelum mencedok bubur dan disuakan ke mulut Erni.

“Kenapa pulak nak bersuap? Saya boleh suap sendirilah…”

No…kali ini aku yang suap.  Dah, bukak mulut tu…”

“Saya bukannya budak kecik lagi sir…”

“Tapi bagi aku kau masih lagi budak kecik yang cengeng.  Cepat bukak mulut…kapal terbang nak masuk ni…” alah…dia buat gaya macam nak suap budak-budaklah pulak.

“Apa sir ni? Pakai kapal terbang pulak…”

“Apa? Apa? Dah…mulai sekarang you’re my baby…cepat bukak mulut.”

Dia punya baby? Euuu!!! “Sapa entah nak jadi baby sir? Tak ingin langsung!” serentak itu jugak bubur disuap masuk ke dalam mulutnya.  Erni terdiam.  Aiman tergelak kecil.  Banyak cakap lagi.

Erni menelan bubur tersebut.  Geram pulak aku dengan dia ni.  Dia main sumbat dalam mulut aku macam tu je?! Mahunya aku tercekik macam mana?

“Tulah…banyak cakap sangat.  Nasib baik dengan sudu ni tak terlajak masuk ke dalam mulut kau.”

Sir tulah…dah kenapa pulak saya nak kena jadi baby sir?”

“Sejak sekarang…dahlah.  Makan.  Sekarang ni aku nak kau cepat sembuh.  Ingat, kau dah final year dan tahun nilah kau nak kena pulun lebih.  Assignments…masuk studio untuk training skills, latihan praktikal, kertas projek, demonstrasi…semua tu memerlukan pembentangan.  Jadi, aku nak kau lulus.  Kalau tak, sia-sia jelah aku ajar kau selama 3 tahun ni…” ujar Aiman lalu menyuap lagi bubur ke mulut Erni.

Erni cuma mampu memandang.  Kenapa pulak kali ini sir baik gila dengan aku? Ada udang di sebalik koeyteow ke ni? Hmmm…aku pun tak tahu.  Perangai dia susah untuk diramalkan.  Kadang-kadang pedas terlebih, kadang-kadang baik terlebih. 

Encik Suami SweetWhere stories live. Discover now