Bab 39

30K 919 19
                                    

Akhirnya, tamat juga presentation mereka.  Mereka cuba sedaya-upaya untuk memberi yang terbaik ketika menyembahkan satu persatu slide mereka.  Apatah lagi Erni yang bersemangat cakap.  Tak toleh dah kiri kanan.  Apa yang dia pasti dia memberi fokus yang padat pada pembentangannya kali ini.  Setiap slide dibentangkan dengan yakin dan terperinci.  Fuh! Mantop kau Erni. 

Aiman pun naik naik ternganga melihat cara Erni pembentangan.  Nak tahu tak? Inilah kali pertama aku nampak dia yakin dalam pembentangan.  Selama ni, main cikai-cikai malu kucing je.  Tak pernah bersungguh-sungguh dalam melakukan pembentangan.  Selalunya bab pembentangan, dialah orang yang paling last buat tapi kali ini terbalik.  Dia orang pertama menampilkan diri ke hadapan dan membentangkan slide tersebut.

Aiman memerhatikan satu persatu slide yang dibuat oleh geng Erni serta kertas-kertas assignment yang telah diserahkan kepadanya.  Satu persatu dia check dan ternyata kesemuanya menepati syarat yang dia kehendaki. 
Mungkin ini tahun akhir mereka, mereka membuat dengan bersungguh-sungguh.   Tak lama lagi mereka akan duduk exam final year. 
Tinggal beberapa bulan sahaja lagi.

Pembentangan diakhiri dengan Ezzat dari kumpulan Erni.  Semuanya menepuk gemuruh kepada mereka. 
Aiman turut sama menepuk tangan.  Dia bangun dari kerusi dan menuju ke arah mereka. 

Good.  Your group did so well.  Saya bangga dengan perubahan yang ada dalam grup kamu.  Kamu semua sangat bekerjasama dan presentation yang kamu cuba sampaikan tu sampai dan saya tahu apa yang kamu cuba sampaikan.  Assignment kamu semuanya menepati syarat yang saya nak.  Well done for you guys.  Now, all of you can have your seat,” ujar
Aiman dengan penuh rasa bangga.  Mungkin tak menyangka yang dia
akan nampak perubahan yang sangat ketara dari kumpulan Erni.

Thank you sir!” balas mereka dengan nada ceria! Yeay! Sir suka dan
Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.  Tak ada yang sangkut di tengah jalan.  Fuh, nasib baik sir
suka.

“Kita sambung dengan next group pulak,” laung Aiman dari pentas.  Kumpulan nombor dua turun bersama komputer riba dan juga kertas-kertas assignment.

Erni dan Urina saling membalas senyuman dengan grup mereka.  Tak sangka yang sir akan memberi komen yang positif.  Lega rasanya bila dengar komen yang positif dari sir.  Rasa macam wah! Tak tahu nak describe macam mana.

“Kita semua dah melakukan yang terbaik.  Alhamdulillah…” ujar Urina.  Yang lain turut berkata alahmdulillah.  Dulu, grup merekalah yang selalu kena bashBash yang teruk pulak tu dan kali ni memang aku rasa banyak gila improvement dari yang dulu.

Erni! Kau dah lupa ke?! Esok majlis akad nikah kau! Ah!!! Alamak! Woi otak! Kenapa kau ingatkan aku? Huhuhu…aku tak nak ingat pun benda ni.  Yang kau ingatkan aku dah kenapa? Alahai…ni tak pasal aku dah rasa seram sejuk dan gabra.  Aku bukan boleh sangat.  Gabra aku ni orang boleh nampak sebab memang aku tak reti cover gabra aku.  Tepuk dahi dulu.

Malam ni mesti malam berinai.  Keluarga dari arwah mama aku semuanya datang malam ni.  Begitu juga dengan keluarga ayah tiri aku.  Maklumlah rumah ayah tiri aku ni kan besar? Datanglah berapa ramai pun mesti ada jugak bilik yang boleh diduduki.  Tapi, duh serius ni aku rasa seram sejuk.  Esok je ni.  Maknanya aku hanya ada beberapa jam sahaja sebelum diakad nikahkan esok.  Lahai hati oi…jangan dup dap teruk sangat.

“Woi Erni, kau dah kenapa macam cacing kena tindih? Serba tak kena je aku tengok kau ni?” tegur Urina bila dia sedar yang ada sesuatu tak kena pada Erni.  Dah kenapa mengesot macam cacing kepanasan?

“Tak ada apa-apa.  Cuma…”

“Oh! Aku faham!” Urina tersengih nakal.  Tahu dah kalau dia senyum macam tu.  “Kau takut kan? Alah, rilekslah.”

“Apa rileks-rileks? Kau tak apalah dah lepas! Aku ni ha tak melepas lagi.  Gabra lain macam kot…”

“Woi! Macamlah kau nak kena akad nikah hari ni! Bongok arr.  Alah, setakat malam ni malam berinai tak ada apalah…” Urina menampar lengan Erni.  Takut sangat.

“Kau tahu tak aku rasa sekarang ni
macam aku duduk dalam peti ais frozen! Sejuk weyh!”

Weyh! Sekarang ni baru je pukul 10 pagi kot.  Cuba kau chill? Malam nanti kau nak gabra, gabra lah.  Aku tak kisah…” balas Urina.  Agak kejam pada pendengaran aku.

“Tolonglah aku…”

“Aku nak tolong macam mana? Perasaan tu memang akan ada pada setiap pengantin.  Yilek kau ni? Takkan tak pernah tengok drama? Gabra kan pengantin tu?” naik kait dengan drama pulak! Drama, drama arr! Ini kisah hidup aku yang betul!

Erni meraupkan wajahnya.  Tapak tangan aku pun sejuk lain macam. 
Macam baru lepas kena rendam dalam ais ketul.  Ah! Tak kiralah!
Malam pertama aku lari duduk bilik aku! Tak nak duduk sebilik dengan sir! Cari nahas kalau duduk dalam bilik dia.  Mahu lintang-pukang aku lari sebab kena kejar dengan dia. 
Tapi, ada ke malam pertama main kejar-kejar? Apalah yang kau merapu ni Erni? Ingat Hindustan? Appa yilek!




KELAS sudah pun tamat.  Kesemua grup sudah selesai membuat pembentangan dan Aiman bercakap dengan penuh rasa bangga di hadapan kerana hasil pembentangan semua grup amat memuaskan hatinya.  Assignment pun turut menetapi syarat yang dia mahu. 

So class, we dismiss,” dengar sahaja perkataan dismiss, kelam kabut semua bangun dari tempat duduk masing-masing dan keluar dari dewan kuliah.  Kelas sudah pun habis.

Erni dan Urina sama-sama berjalan menuju ke kawasan parking motor dan kereta.  Hari ini Urina drive sendiri memandangkan Ikmal ada kelas sampai petang.  Ikmal juga merupakan tahun akhir juga tapi di dalam bidang perakaunan.  Eloklah laki bini sama-sama nanti graduate.
Erni meletakkan beg sandangnya ke dalam raga motor.  Urina masih berdiri di sebelah Erni. 

“Malam ni aku datang boleh? Nak tengok jugak majlis berinai kau…”

Erni memandang Urina dengan bibirnya diherotkan ke kanan. 
“Datang je.  Aku lagi suka.  Lagipun, kalau kau nak tahu bukan majlis berinai je tau? Sebenarnya ada lagi…”

Berkerut dahi Urina mendengar kata-kata Erni.  Ada lagi? “Apa benda?”

“Kau tahu tak aku nak kena mandi bunga? Oh my!!! Weyh, perlu ke mandi bunga semata-mata nak naikkan seri wajah pengantin? Tak cukup berseri lagi ke muka aku ni?”

“Muka kau nak berseri apa kebendanya kalau tiap-tiap hari kau buat muka badak berendam? Tak berseri langsung.  Lagipun, mandi bunga best apa? Selain menaikkan seri wajah pengantin, dia dapat menghaluskan kulit kita tau.  Rasa licin je kulit…tapi kalau kau nak licin lagi kan, kau try gosok kulit kau dengan sabut? Aku yakin kulit kau lepas tu lembab dan halus.  Rasa licin je…”

“Sabut? Kau gila ke apa?!”

“Gila tak gila ini petua orang dulu-dululah.  Aku ada kawan dari Kemboja dan orang-orang di sana yang mana tak berkemampuan nak beli sabun kan, diorang pakai je sabut.  Serius aku cakap memang kulit rasa lembab dan licin je…kau kena cuba.”

“Memang taklah! Aku jamin masa gosok dengan sabut tu tak berhenti gelak kan? Geli kot! Hinggap sikit dekat kulit pun dah ketawa 5 minit!” tak boleh bayang aku kena gosok dengan sabut.  Mahu merah dan berair muka aku sebab ketawa banyak sangat.

“Memanglah masa kena gosok tu azab tapi apa salahnya kalau nak cantikkan diri kita untuk tatapan suami? Suami pun senang hati…”

Hah! Senang hati! Aku hempuk kepala dengan helmet jugak kang! Mentang-mentang dia dah kahwin, dia nak membirukan aku pulak? Punah betul punya kawan!

“Dah! Aku nak balik.  Nak tengok ada kerja apa yang aku boleh buat dekat rumah tu.  Malam ni jangan lupa datang!” ujarnya sambil starter dihidupkan.

“Ye, Insya-Allah.  Itupun kalau suami aku laratlah.”

“Ok…aku balik dulu! Bye!” dia menunggang motornya pulang ke rumah.  Aku jamin mesti ada sanak-saudara dari keluarga ayah tiri aku yang dah datang.  Mampus aku kena temu ramah nanti.

Encik Suami SweetWhere stories live. Discover now