Bab 35

32.3K 967 8
                                    

Pintu butik ditolak oleh Aiman.  Erni melangkah masuk mengikut langkah Aiman yang menuju ke ruang tengah butik itu.  Seorang wanita anggun dengan blaus ungu paras betis menghampiri mereka.  Tapi, nampak agak berusia.  Yang ni ke isteri kawan ayah?

Memang betullah ni isteri kawan ayah bila Aiman memberi salam dan panggil dia aunty.  Nak sangkal apa lagi kan?  Tapi, kalau tak silap aku nama aunty tu nama Mary.  Orang putih ke? Alah, mesti dia Islam punya.  Kalau tak, buat apa Aiman bagi salam tadi.

“Aiman…long time no see you.  Ni mesti datang nak fitting baju kan?” ujar Aunty Mary sambil tersenyum.  Walaupun dah berusia, tapi dia masih nampak awet muda.

“Ha arr datang nak fitting baju…”
Mata Aunty Mary terpandang ke arah Erni yang berdiri di sebelah Aiman. 

Future wife?” soalnya kepada Aiman.

“Ya…nama dia Erni.  Erni, ni aunty Mary.  Mix blood melayu dan orang putih,” aku dah agak dah!

“Cantik bakal isteri Aiman.  Pandai eh pilih? Macam manalah Erni boleh terlekat dekat Aiman yang langsung tak hensem ni?” usik aunty Mary.

Terlekat? Hahahahaha…that was so funny aunty.  Bukannya terlekat tapi terpikat.  Eh! Bukan terpikat…alah! Nak kata macam mana eh? Dahlah, sambung topik yang lain.

Aunty ni, apa pulak cakap macam tu? Aiman still handsome and macho ok?” Aiman membela dirinya.

Puih! Hensem dan macho otak dia! Tua berkedut je aku tengok! Ops! Kalau dengar dekat dia ni, mampus kepala aku diketuknya.

“Eh? Bersembang pulak kita.  Jom kita pergi tengok baju.  So, bila wedding? Tak nak ajak aunty sekali ke?” tanya Aunty Mary sambil berjalan ke arah rak-rak yang mempamerkan baju pengantin yang terkini.

Erni melihat baju-baju yang tergantung kemas di hadapannya.  Semuanya cantik-cantik belaka.  Masya-Allah…agaknya berapalah harga satu baju ni eh? Aku jamin mencecah ribuan ringgit kalau macam nilah tip top dia punya design.  Tak berkedip mata aku dibuatnya.

“Alah aunty ni, kad pun belum siap lagi.  Insya-Allah dalam beberapa hari lagi akan siap.  Nanti saya bagi dekat aunty ya?” Aunty Mary sekadar mengangguk.  Senyuman masih tak lekang dari bibirnya.

Aunty Mary memandang koleksi baju pengantinnya.  Dia memandang Aiman dan Erni sekaligus. 

“Dah decide warna baju nak warna apa?” soal Aunty Mary sambil memandang Aiman dan Erni bersilih ganti.

“Belum lagi auntyAunty fikir warna apa yang sesuai untuk kami? Well, aunty kan designer yang profesyen?”

Aunty Mary tergelak kecil. 
“Pandailah kamu ni Aiman.  Mana ada profesyen.  Well, I think I have my ideas what colours suits for you two.  And I think it is maroon.  What do you think?” setuju ke tak?

Aiman dan Erni memandang satu sama lain.  Maroon? “Macam mana?” soal Aiman kepada Erni.

“Saya ikut je…yang penting simple and nice…”

Simple and nice? I like those wordsI’m gonna show you a very simple and nice gown for you and…” tangannya mencapai satu gaun pengantin lalu dtunjukkan kepada Erni.  “How is it?”

Wow! Cantik! Aku suka yang ni.  Manik-manik dia tak adalah banyak dan berkilau sangat.  Adoi…aku fall in love dengan baju ni.

“Kalau dah tahap nak meleleh macam tu, suka dahlah tu…” sinis sahaja Aiman berkata.  Tampar mulut tu ha!

Encik Suami SweetWhere stories live. Discover now