Bab 53

31.9K 892 1
                                    

Erni melangkah menuju ke kelasnya.  Dah lama rasanya aku tinggalkan kelas.  Apalah kau ni Erni.  Macam manalah nak jadi cerdik kalau asyik skip kelas je? Eh! Jangan marah aku eh? Marah sir Aiman korang sebab bawak aku pergi bercuti-cuti ke luar negara.

Tinggal sebulan sahaja lagi masa yang aku ada sebelum aku menghadapi exam final years.  Berdebar je rasa.  Macam nak ambik SPM dulu. Berdebar je rasa.  Dia mengambil tempat di sebelah Urina.

Weyh! Rindunya aku dengan kau! Dah lama kau tak masuk kelas kot!” Urina terus memeluk tubuh Erni sebaik sahaja Erni duduk di sebelahnya.

“Yelah tu rindu aku.”

“Yelah! Hey! Sapa cakap aku tak rindukan kau?! Mai sini aku nak cabai mulut dia! Aku dok kat sini menahan rindu kot! Finally, kau balik jugak!”

“Dahlah tu.  Nak jadi mak pun perangai macam ni lagi.  Matanglah sikit…” balasnya selamba.

“Sampai hati kau cakap macam tu dekat aku? Ah! Apa-apa jelah.  So, mana souvenirs aku?” tangannya ditadah depan Erni.  Erni mencebik meluat.  Tak sempat apa lagi dah tanya hadiah.  Dasar lautan punya kawan.

Kepala Urina diketuk kecil menyebabkan Urina mengaduh kecil.  “Kau ingat aku nak beli souvenirs dekat kau? Memang taklah!”

“Alah…”

Erni mencapai beg di belakangnya lalu diserahkan kepada Urina.  “Tak payah nak buat muka sedih kau sangat! Nah ambik!”

Pantas Urina mengambil beg kertas yang diserahkan oleh Erni.  Dia melihat isi-isi didalamnya.  Ada baju, ada satu kotak sederhana kecil dan ada satu jam khas untuk lelaki.

“Jam lelaki? Kau nak suruh aku pakai jam lelaki ke?”

“Taklah…tu untuk suami kau.  Sir Aiman beli suruh bagi dekat suami kau.”

“Serius?! Baik betul sir Aiman eh?” dia membelek jam tangan tersebut.  Not bad.

Encik Suami SweetWhere stories live. Discover now