Bab 8

32.9K 1.1K 16
                                    

Akhirnya, kelas aku habis jugak! Hmmm…lepas ni aku nak balik mandi! Panas pulak badan ni.  Yelah, kelas dahlah dari pagi sampai ke tengah petang ni.  Mahu busuk ketiak aku ni.  Dia mencapai helmet di motornya lalu dipakai.  Beg sandang diletakkan dalam raga motor.  Starter ditekan dan enjin motor mula hidup.  Gear dimasukkan lalu dia memandu motornya pergi.

Sebelum dia sempat membelok simpang keluar dari universiti, sebuah kereta meluncur laju untuk keluar dari simpang sama juga dengannya.  Pantas dia menekan brek.  Fuh! Nasib baik aku tak cium tar jalan ni.  Kurang asam badak keping punya orang! Macam manalah boleh dapat lesen kalau macam nilah bawak kereta?! Tahulah kereta mewah pun! Isy!

Baju disinting sehingga ke pergelangan tangan.  Nasib baik motor mahal aku ni tak cium lantai jalan ni.  Jalan pun ada lantai ke? Ah! Lantaklah! Yang aku tahu sekarang ni aku tak puas hati dengan pemandu kereta gila ni!

“Hoi! Gila ke apa laju dekat simpang?! Nak bagi orang mati tersepit masuk longkang ke apa?!” marah Erni bila dengan selamba sahaja pemandu itu buat bodoh.  Kereta berhenti tapi tingkap langsung tak bukak.  Kotlah nak mintak maaf ke apa?!

Dia menanti penuh sabar bila tingkap kereta itu dibawa turun dan matanya membulat bila melihat orang yang berada di dalam kereta tersebut. 
Eiiii!!! Dia ni kan?! Suka betullah buat aku naik darah! Geram nak gila dah ni.

Eiii!!! Sir ni memang suka cari masalah eh dengan saya?!” aku dah geram tahap babun tunggu nak gigit je ni.

“Siapa cari masalah dengan kau?” dia buat-buat tanya pulak! Ya Allah! Sabar jelah hati.

“Wahai sir ku yang mulut pedas, sir tahu tak yang sir hampir je bunuh saya tadi kalau sir belok rapat macam tu?! Nasib baik saya ni lesen tahap kapal terbang.  Bolehlah elak daripada kereta sir…” ceh! Lesen tahap kapal terbang.  Pigidah lah kau Erni.

“Ye? Kalau dah tahu ada lesen tahap kapal terbang, then masa nak kena langgar tadi tu terbangkan jelah motor tu.  Kata ada lesen tahap kapal terbang? I’m sure you know how to fly your motorcycle right?”

Loyar buruk! Kurang ajar punya sir a.k.a. abang tiri! Kejam betullah dia ni! Kalau dah pedas tu, memang pedas! Bencilah.

“Amboi! Memanglah saya ada lesen tahap kapal terbang tapi andai kata kalau nyawa saya turut melayang?! Sir nak bertanggungjawab?”

Aiman cuma tersenyum sinis lalu kembali memakai kaca mata hitamnya.  “Aku tolong usung mayat kau jelah…” dia tergelak kecil lalu menutup cermin kereta sebelum memandu pergi keretanya.

Dia usung mayat aku je?! Je?! Haih
dia ni dah melebih! Dasar mulut puaka! Ya Allah! Kenapalah aku dapat abang tiri sepuaka ni?! Dia kembali naik ke atas motor lalu mebonceng motornya pulang ke rumah sambil mulutnya tak berhenti-henti membebel dan sumpah seranah terhadap Aiman.


LAJU dia membelok motornya masuk ke dalam garaj rumah.  Aikk??? Tak sampai-sampai lagi? Dasar…harap je kereta mewah tapi hampeh! Sampai lagi lambat dari motor.  Aku ingatkan kereta mahal tu enjin tahap jet.  Rupanya mengalahkan siput!

Helmet disimpan di dalam almari di luar rumah yang berdekatan dengan pintu masuk rumah.  Kemudian, dia terdengar deruman enjin kereta masuk ke garaj.  Hmmm…baru sampai? Timbul idea nakal di benak fikirannya lalu dia cepat-cepat berlari masuk ke dalam rumah dan mengunci pintu rumah.  Padan muka!

Aiman menolak pintu rumah namun tak boleh.  Kunci! Kurang asam punya budak! Dia mengetuk kuat pintu rumah sambil menjerit kuat nama Erni.  Kalau boleh jerit, Zoo Negara pun boleh dengar.

Encik Suami SweetWhere stories live. Discover now