Bab 2

42.3K 1.4K 36
                                    

Erni merenggangkan badannya apabila kelas sudah habis.  Hah! Leganya…Alhamdulillah! Cepat betul masa berlalu eh? Macam faham-faham pulak yang aku memang tak nak lama-lama pun dalam kelas sir pedas.

Weyh Erni…kau boleh eh buat gong badak depan tu tadi? Adoi…cari pasal dengan sir pulak tu?” ujar Urina sambil dirinya dikelilingi dengan kawan yang lain.

Eeee…korang tahu tak? Sir pedas tu suka cari pasal dengan aku.  Tak faham betullah! Macam lah tadi.  Aku sorang je yang dia presentation kan.  Yang korang punya dia tak present pun! Mana aci! Sengaja dia tu nak buli aku!”

Nasib baik sir pedas tu sir aku je.  Kalau bukan sir aku, dah lama rasanya aku pulas telinga dia 360 darjah! Bagi ada kesedaran sivik sikit.

“Jomlah pergi makan? Aku laparlah…” ajak Erni lalu menyandang beg sandangnya.  Dia dan Urina melangkah keluar dari dewan kuliah A menuju ke kafeteria.  Perut yang lapar perlu diisi.

Lagipun, tenaga aku habis sebab kira kutuk sir dalam hati je.  Buat banyak dosa aku je tadi.  Aku harap yang adik beradik tiri aku nanti tak macam sir tu.  Kalau ada yang lelakilah.  Kalau semua perempuan, Alhamdulillah!





MATANYA memerhatikan setiap inci presentation yang dihantar oleh pelajarnya.  Hmmm…kali ini aku puas hati dengan kerja mereka semua.  Dulu, semuanya buat cincai-cincai.  Tapi, sekarang nampak kemas sikit.

Ting! Satu mesej masuk.  Dia mencapai telefonnya lalu memandang nama penghantar.  Riana.  Ini tak ada apa ni mesti nak ajak aku keluar lunch lah ni? Mesej dari Riana dibuka lalu dibaca.

Riana: Hey…jom lunch? Itupun kalau you tak busy dengan kerja-kerja youlah.  You free tak? Kita pergi makan dekat area-area sini sudahlah.

Dia memandang jam di pergelangan tangannya.  Hmmm…boleh jugak.  Perut ni boleh tahan kuat jugak bunyi.

Me: Ok…kita makan dekat tempat biasalah.  Nak lepaskan stress…

Riana: Ok!

Telefonnya disimpan dalam kocek seluar.  Segala fail di atas mejanya disusun rapi di atas meja lalu keluar dari bilik kerjanya.  Nasib baik Riana ada jugak.  Kalau tak, gamaknya sampai ke petang aku tak makan lagi.  Riana…my best friend. 

Punat kawalan jauh ditekan menggunakan jarinya.  Baru sahaja nak melangkah masuk ke dalam keretanya, telefonnya berdering lantang.  Telefon di dalam koceknya dikeluarkan lalu memandang nama pemanggil.  Daripada ayah? Ada apa pulak ni? Pantas jarinya menyentuh butang hijau lalu telefon dilekapkan ke  telinga.

“Assalamualaikum ayah.  Ada apa call ni?”

“Huh? Apa ni ayah? Tak naklah!” apahal pulak aku nak kena ikut?

“Ayah! Itu acara ayah kan? Takkanlah…” pantas percakapannya dipotong.  Kata-kata ayahnya di talian membuatkan dia kelu.

Macam mana pun aku nak kena ikutlah ni? “Ok fine! Kali ni je ok? No more after this…”

Talian dimatikan lalu disimpan kembali ke dalam kocek seluarnya.  Hah…nampaknya kali ini aku kena jugaklah pergi! Ah! Aku tak nak.  Tapi, mengenangkan ayah, aku jadi kesian pulak.  Pergi jelah.  Kakinya melangkah masuk ke dalam kereta. 
Enjin kereta dihidupkan lalu dia memandu keluar dari universiti.

Hands-free dipakaikan ke telinga lalu tangannya laju menghubungi nombor Riana.  Rasa kesian pulak dekat Riana ni makan sorang-sorang.  Selalunya dia makan dengan aku je.  Maklumlah Riana tu anak tunggal.  Macam keadaan aku sekarang ni.

Dahulunya aku ada seorang adik lelaki tapi mati sebab terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan mak dulu.  Hmmm…sekarang tinggallah aku sorang-sorang.  Rasa bosan pulak bila duduk rumah ni hanya kita seorang sahaja yang ada tanpa ditemani oleh adik-adik yang lain.

Panggilannya bersambung.  Suara manja Riana menyapanya.  “Ada apa you call I ni? You nak tukar tempat ke?”

“Tak…I bukannya nak tukar tempat ke apa just I nak bagitahu you yang sebenarnya I tak boleh join you lunch untuk sekarang ni.  I’m so sorry…”

“Alah…kenapa pulak?” nak merajuk ke apa suara tu?

Urgent things coming and I tak boleh nak elak.  Sorry sangat-sangat…”

“Tak apalah kalau macam tu.  Maybe next time?”

Sure…next time okay? See you around…bye!” terus dia mencabut hands-free seujurus panggilan ditamatkan.  Hmmm…perut aku ni pun start berkeroncong ni.  Laparlah pulak.




WEYH! Aku balik dululah eh? Tiba-tiba pulak mama aku suruh ikut dia pergi restoran mana entah.  Nak ajak aku makanlah konon…” ujar Erni apabila selesai makan makanannya. 
Bila aku dah kenyang ni, mama baru nak ajak aku makan.  Baik tak payah. 
Tapi, mengenangkan hanya mama seorang sahaja yang aku ada, jadi aku ikut jelah.

“Pergilah.  At least, dapat dua kali makan.  Heaven tu! Kalau aku, tak tolak dah!” dasar betul Urina ni.  Memang Urina ni kaki makan pun.

“Aku bukannya macam kau.  Kaki makan.  Semua makanan kau nak makan.  Tolak batu dan kayu je yang kau tak makan.  Kalau kau makan, gamaknya…” Erni tersenyum sinis bila Urina menarik muka.

“Eleh….nak mengata aku pulak.  Kau pun sama jelah.  Pantang nampak makanan sedap depan mata, melantak sampai tak ingat dunia,” balasnya pedas. 

Dia kata aku melantak? Huh! Mana ada aku melantak seteruk dia lagi. 
“Ah! Apa-apa jelah.  Aku pergi dulu! Esok kita pergi makan shell out eh?"

“Serius?! Wah! Mahu terabur air liur aku ni…”

Hmmm…bawak timba esok buat tadah air liur kau tu.  Aku pergi dulu.  Bye!” Erni melambaikan tangannya sambil melangkah keluar dari kafeteria. 

Amboi! Dia ni! Suruh aku bawak timba? Air liur aku ni mahal tau! Puih! Perasan sendiri. 

Helmet disarungkan di kepala.  Beg sandangnya diletakkan dalam raga motosikal.  Starter ditekan lalu dia membonceng motornya ke restoran yang telah diberitahu oleh mamanya.  Aku harap ada western food dekat situ.  Tapi, nama restoran tu macam mewah.  Maybe mewahlah kot kan? Ok…




TERGESA-GESA Erni masuk ke dalam restoran.  Ah! Janganlah mama berleter kejap lagi.  Tak sanggup aku dibuatnya dengar leteran mama.  Mama ni kalau korang nak tahu, bila dia dah start bebel, alamatnya sampai sebulan dia takkan berhenti bebel.  Iyelah tu.  Rolling eyes kejap…

Matanya mencari kelibat mamanya.  Aduh! Mana pulak mama ni? Kedai ni baik banyak selok-belok.  Punyalah besar katakan? Matanya melilau mencari kelibat mamanya dan matanya terpaku ke arah satu tempat.

Matanya digosok perlahan.  Betul ke apa yang aku nampak? Sapa pulak dua orang lelaki tepi dia tu? Alamak! Nak buat scenes ke macam mana ni? Tepi pak cik tu aku macam kenal tapi isy tak mungkinlah.  Nak sama je kot?  Kakinya perlahan-lahan melangkah ke arah mamanya.

“Mama…” suaranya membuatkan Puan Radiatul dan lelaki di sebelahnya memandang ke arahnya.

“Hah! Dah sampai pun Erni.  Erni…perkenalkan ni bakal suami mama…dan yang tu anaknya…”

Mata Erni teralih pula pada lelaki yang sibuk bermain dengan telefonnya.  Dan bila muka lelaki itu diangkat…dia tergamam! What?!

Si dia pun turut terkaku.  Hah?! Biar betul dia ni?! Tak mungkinlah dia ni bakal adik aku.

Encik Suami SweetWhere stories live. Discover now