Pintu biliknya ditutup. Baru sahaja nak melangkah turun, kakinya tak menjadi melangkah bila ternampak Aiman yang baru sahaja keluar dari bilik dan turut memandang ke arahnya. Hah…kalau pandang macam tu nak cari gaduhlah tu.
Setapak kakinya melangkah, Aiman turut menapak. Bila dia berhenti, Aiman turut berhenti. Isy! Jalanlah dulu! Orang bagi jalan, dia tak nak jalan pulak?! Setapak dia melangkah, Aiman turut sama melangkah. Dia ni memang sengaja betullah nak cari gaduh dengan aku!
“Dipersilakan sir turun dulu…” dia membuat gaya hormat.
“Tak apa…ladies first right?” Aiman mengukirkan senyuman sinisnya.
Ceh! Sempat lagi nak sinis-siniskan aku. Dasar betul sir pedas ni.“No…orang rumah ni patut turun dulu.”
“Ladies first…”
Dia ni memang betullah! Bila aku nak
jalan, dia pun nak jalan! Macamlah aku tak boleh baca niat jahat dia tu!
Tak apa! Aku jalan dulu. Kalau aku jalan, dia pun nak jalan jugak, aku tolak dia jatuh tangga! Biar padan muka.Erni mula membuka langkahnya dan begitu juga Aiman. Kan aku dah kata?! Dia ni memang sengaja nak cari pasal!
“Orang nak jalan, dia pun nak jalan! Tadi orang suruh jalan dia tak nak pulak!” marah Erni lalu laju kakinya melangkah turun dari tangga meninggalkan Aiman yang sedang menapak turun dari belakangnya.
“Selamat pagi mama!” ujar Erni lalu memeluk tubuh Puan Radiatul.
“Anak manja…” tiba-tiba suara Aiman menyucuk gegendang telinganya. Jeles!
“Sir ni dah kenapa eh? Apa yang sir tak puas hati dengan saya?” tanyanya dengan tangannya dicekakkan di pinggang.
Aiman tak menjawab pertanyaannya. Nampak macam aku cakap sorang-sorang je bila dia selamba mencapai sandwich tersebut lalu digigitnya. Eiii!!! Geram betullah aku!
“Erni…takkanlah nak panggil abang Erni ni sir kot?” Erni memandang mamanya. Habis tu? Nak panggil macam mana? Sayang, abang ku manja, honey dew? Yucks!
“Habis tu? Nak panggil apa? Erni dah terbiasalah. Lagipun, memang betullah dia sir Erni…”
“Memanglah dia sir Erni tapi takkanlah dekat rumah pun nak formal?”
“Betul tu!” sokong Encik Ahmad Farid yang baru melangkah turun dari tangga. “Panggil je Aiman ni abang…”
Abang?! Alamk aii! Aku rela terjun longkang dari panggil dia ni abang.
“Nak kena panggil dia ni abang?”
Puan Radiatul dan Encik Ahmad Farid mengangguk.Huhuhu!!! Takkanlah kot? “Tak biasalah! Isy…naik kembang anak tekak ni…” Aiman memandangnya dengan pandangan tajam. Tapi, ada aku kisah?
“Tak apa…boleh cuba kan? Lama-lama oklah…” balas Encik Ahmad Farid lalu mencapai sandwich dan digigitnya.
Aku nak makan breakfast pun dah tak bersemangat. Pagi-pagi mood aku dah turun. Dahlah kena panggil sir pedas ni abang. Lepas tu, sir pedas dok usyar aku panas pulak. Alah…tak puas hati tahap ikan pauslah tu. Ingat aku kisah?
DIA turun dari motornya lalu melangkah laju ke dewan kuliah. Namun, sampai di satu simpang sebelum masuk ke dewan kuliah, tangannya ditarik laju dari tepi.
Terjerit kecil dia dibuatnya. Ya Allah! Makhluk manalah biadap sangat ni?!
Dia memandang wajah yang menariknya dengan sesuka hati.Sir?! Amboi! Senangnya dalam hati tarik aku macam ni. Dia ingat aku ni tambatan lembu ke apa?! Nasib baik kaki aku tak terkehel tadi. Kalau tak, mahu lari anak buku lali aku ni.
“Apa ni sir? Sir nak tiru cara Hindustan tarik heroin dia ke macam mana?” tangannya direntap dari pegangan Aiman.
“Eh? Ingat aku ni hengen sangat ke nak buat cerita Hindustan dekat sini?” pertanyaannya dibalas dengan sinis.
“Habis tu?”
“Aku nak kau dengar apa yang aku nak cakap ni eh? Kalau orang tanya pasal abang tiri kau, kau cakaplah anything but don’t mention my name! Don’t you ever dare to talk about me to your friend! Do you get it?!” tegas sahaja percakapannya.
Eleh…ingat aku teringin sangat ke nak cerita pasal kau hah? Tak ingin pun.
“Kalau sir tak suruh pun, saya dah buatlah! Well, I don’t care you’re my brother. Langsung tak kisah. Memanglah sir ni hot tapi hot dekat mulut je. Maaf lerrr…saya masuk kelas dulu!” dia melangkah pergi lalu melangkah masuk ke dalam dewan kuliah.Punggungnya dilabuhkan di sebelah Urina. Haih…aku ingatkan aku datang universiti ni, otak aku taklah stres sangat. Rupanya lagi stres! Nasib baik tadi tak ada yang nampak sangat babak Hindustan tu.
“Kenapa dengan kau ni? Muka dah masam je? Makan jeruk ke pagi tadi?” yang ni sorang lagi. Nak buat lawak tahap dewa apa entah masa hati aku tengah panas ni.
“Aku panas ok! Panas ni! Semuanya panas!” sikit lagi je aku nak angkat kaki.
“Kenapa? Gaduh dengan abang tiri ke?”
“Memang pun! Geram aku dibuatnya! Pagi-pagi dah cari pasal dengan aku! Eiii!!! Geram! Geram!” Erni menggenggam penumbuknya.
“Wooo…rileks ok? Tak payahlah nak marah macam ni. Ni dewan kuliah ok. Bukannya gelanggang melepaskan geram…” ujar Urina.
Janganlah Erni ni buat perangai tak senonoh dia tu. Mahu satu dewan tengok dia dengan pandangan pelik.Terkenangkan perangai sir ni, memang aku sakit hati betul. Nasib baiklah tulang aku ni masih kuat. Dia tarik tadi kemain kuat jugaklah. Silap hari bulan, boleh tergeliat tangan aku tadi. Tahulah aku ni perempuan, lemah tapi janganlah tarik kasar macam tu sangat.
Nampaknya dia memang sengaja nak uji kesabaran aku. Tak apa Erni. Dia sir dan kau pulak pelajar dia. Kau kena calm. Always keep yourself calm. Jangan stres dengan perangai dia. Buat rileks dan seolah-olah nothing happen between you and him.
Lagipun, aku tak teringinlah nak perkenalkan dia sebagai abang tiri aku. Dahlah pedas tahap berapi lagi mulut dia tu. Kalau mulut Kiah Propa…mulut pun pramatang betul. Astaghfirullahazim! Erni…bertenang. Tak baik kutuk-kutuk ni. Abang tiri kau kan?
Tarik nafas…hembus…tarik nafas…hembus…hmmm…rileks. Hati pun kena rileks. Otak? Kena delete semua benda yang tak perlu. Barulah hidup kau tenang.
YOU ARE READING
Encik Suami Sweet
RomansaMama nak kahwin lain?! Oh no! No! No! No! Tak boleh! Tapi, keputusan dah dibuat dan aku terpaksa bersetuju. Dan... Bakal abang tiri aku tu ialah orang yang paling aku tak sangka langsung! Seriously dia ke?! Tidak!!! Setahun kemudian, mama aku pergi...