Aiman menuju ke keretanya. Namun, sebelum dia melangkah masuk ke dalam kereta, dia memandang tayar keretanya yang sudah kempis.
What?! Sapa yang buat ni?! Ha! Aku dah tahu! Ini tak bukan mesti kerja Erni! Kurang asam punya budak! Dia memandang tayar keretanya yang sudah pun kempis. Ni satu kerja nak kena buat! Tukar tayar pulak! Nak kena betullah budak ni!Bonet kereta dibuka lalu tayar spare diambil bersama dengan peralatan untuk membuka tayar. Lengan bajunya disinsing dan dia mula menukar tayar. Belum sampai 5 minit, peluh mula merinik di dahinya. Fuh…panas!
Erni memandang dari atas motornya. Jarak dia dan Aiman tidak jauh. Aku berhenti betul-betul di hadapan simpang berdekatan dengan keretanya. Padan muka! Sakitkan hati aku lagi?! Ini Erni Ardiana lah! Otak aku bukan sebarang otak! Otak aku mengalahkan orang yang paling genius di dunia ni. Ah! Perasan sendirilah kau. Puas hati aku.
Tanpa menunggu lama, dia terus membonceng motornya pergi pulang ke rumah. Lantak dialah nak jadi apa pun dengan dia dan tayar tu. Kasi peluh sikit. Baru kau tahu! Dia tersenyum sumbing. Jahat.
KAKINYA menapak naik tangga. Penatnya…dengan panas lagi. Aiman menuju ke biliknya. Siap kau Erni! Berani kau pancitkan tayar kereta aku? Memang nak kena dia ni.
Sampai sahaja di depan biliknya, matanya membulat bila melihat pintu biliknya dimangga. Aikk?? Sejak bila pulak pintu aku ni bermangga? Besar pulak tu! Aku tahu dah kerja sapa!
“Erni!!!” jeritnya kuat. Haih…aku dahlah panas. Dia buat macam ni pulak!
Erni yang mengendap di balik pintu cuma mampu ketawa kecil. Kalau ketawa besar-besar, kantoi pulak.
“Erni!!! Mana kunci mangga ni?! Bagi!” kemudian, dia ternampak Aiman melangkah menuju ke biliknya. Pantas dia menutup pintu lalu dikunci.
Tok! Tok! Tok! Kuat pintu biliknya diketuk. “Erni!!! Bukak pintu ni. Bagi aku kunci mangga tu!”
Nak bagi? Memang taklah! I won’t! Baru kau tahu apa yang aku rasa tadi. Rasa diperaniayai.
“Erni!!!” sekali lagi namanya dijerit kuat.
Nasib baiklah mama dan ayah tak ada. Keluar ke mana entah. Sebab tulah aku berani kunci pintu bilik Aiman dengan mangga.
“Erni!!! Kau jangan sampai aku pecahkan pintu bilik kau! Erni! Give me the key! Cepat! Aku panas ni! Nak mandi!!” dia menahan ketawanya dari terburai. Hah…ayat merayu! Sir pedas merayu oii!
“Serve yourself sir! Sapa suruh sir sakitkan hati saya?! This is Erni Ardiana. I can do anything ok!” jeritnya.
“I don’t care who you are even you’re a witch! All I know is just give me the key!” merayu?
“Saya nak sir merayu dekat saya!”
“Erni! Tak ada masa lah!”
“Bagi ada masa!” dia terdengar dengusan kasar di luar biliknya.
“Erni, this is stupid game okay! I need my rest and I need my bath too! Just give me the key and problems between us finish!” ceh! Nak rasuah akulah konon tu? Jangan ingat aku masuk tipu helah kau.
“Tak nak! Sir kena say an apology to me on what you had done! Then, saya bagi kunci!”
“Erni! Stop it!”
“No!” aku masih berdegil. Aku takkan mengalah.
“Ok fine!” yes! Dia mengalah. “What do you want me to do? Just say it…”
Yes! Yes! Yes! Inilah yang aku nak dengar sebenarnya. Akhirnya sir pedas plus dingin ni tunduk jugak. I like!“Tulis surat dan dalam surat tu mestilah ada kata maaf dan rayuan…lepas dah tulis, bagi dekat bawah pintu ni…kalau saya puas hati dengan ayat sir, baru saya bagi kunci.”
“What?! Nonsense!”
“Nonsense? Then, membusuklah sir dekat situ…”
“Yelah! Yelah! Bagi aku kertas dengan pen…” Erni menjerit gembira. Dia mencapai kertas dan pen lalu diserahkan kepada Aiman melalui celahan bawah pintu.
Aiman mengambil kertas dan pen tersebut. Aduh! Aku nak tulis apa ni? Sudahnya aku dahlah berpeluh sebab tukar tayar tadi. Badan aku rasa melekit. Sekarang ni, aku nak kena tulis surat cinta dekat minah senget ni pulak? Gila betul!
Ah! Tulis jelah apa yang terlintas.
Selepas menulis apa yang terlintas di fikirannya, kertas dan pen dihulurkan di celah bawah pintu. Erni mengambil kertas dan pen tersebut. Dia membaca isi yang terkandung di kertas tersebut.My dear cutie step sister…
Aku tahu yang aku salah. Aku kenakan kau ikut suka hati aku je. Then, aku nak mintak maaf atas apa yang aku dah buat dekat kau. Aku harap kau dapat maafkan aku. Janganlah buat aku macam ni. Aku perlukan kunci tu untuk masuk dalam bilik. Please? Aku nak mandi, nak rehat. Please Erni?Wuuu…ayat rayuan! Hmmm…boleh tahanlah yang ni pun. Nasib baiklah aku ni jenis yang bertimbang rasa. Kunci mangga di dalam poket seluarnya dibawa keluar lalu diletakkan di tepi. Satu kertas dicapai lalu ditulis sesuatu. Kemudian, kunci dan kertas diserah serentak melalui celahan bawah pintu.
Aiman mengambil kertas tersebut bersama kunci lalu membacanya.
Thank you my lovely step brother for the sweet notes…saya tak sangka betul mamat pedas dan dingin macam sir a.k.a. abang tiri saya ni pandai merayu rupanya. I like it. Nampaknya lain kali ni boleh buat lagi. ☺ Have a nice day…
Kertas itu dironyok lalu dibuang ke dalam tong sampah yang berada di tepi tangga. Kurang asam punya budak! Dia kenakan aku!
Haish….nasib baik je aku punya mood masih ok. Kalau tak, jangan haraplah aku nak buat ayat macam tu. Mangga dibuka lalu dia melemparkannya betul-betul di hadapan bilik Erni. Dia yang beli kan? Pandai-pandai dialah nak simpan ke nak buang! Lantak dia!ERNI melepak di balkoni. Saja nak ambik angin malam. Baru lepas hujan je, angin dia memang sejuk dan rasa nyaman je. Hah…what a peaceful night. Dia memandang ke sebelah. Aikk? Sejak bila dia ada dekat situ main telefon?
Sibuk je! Orang nak kena angin malam dia pun nak jugak? Menganggu ketentarama hidup aku je. Buat bodoh je Erni. Jangan tengok dia langsung. Kalau kau tengok sekali lagi, konfem dia akan mengata kau.
“Woi!” hah…dia dah woi kan aku tu mesti nak cari pasal lah tu. Rileks Erni. Jangan pandang dia.
“Woi! Aku panggil kaulah bongok!” jeritnya lagi.
“Eiii!! Apa sir ni? Memekak telinga jelah! Hah! Apa?!” balasku turut garang sama naik taraf dengan dia.
“Kau skodeng aku? Dekat mana aku ada, kau ada kan?”
Nerhhh…hah ini langsung tak masuk akal! Aku rendam kepala kau dalam air kolam depan ni kot hah! Baru kau tahu! Ingat teringin sangat ke nak skodeng dia?! Please lah!
“Amboi! Sir ingat sir ni putera kayangan baru turun dari langit ke sampai saya ni nak skodeng sir? Langsung tak masuk akal! Lagipun, sir ni bukannya hensem sangat sampaikan saya nak skodeng sir 24 jam!” sebelah mata pun aku tak nak pandang.
“Eleh! Kau tak nak mengaku pulak? Mengaku jelah yang aku ni memang hensem kan sampaikan kau nak jugak duduk di balkoni!”
Tak malunya! Masuk lif tekan butang salah. Rupanya, tahap keperasana dia ni tinggi jugak kan sebenarnya. OMG! Tak pernah lagilah jumpa dengan orang macam ni.
“Malaslah layan sir!” baik aku blah! Erni melangkah masuk ke dalam biliknya. Pintu gelangsar ditutup dan dikunci. Meluat pulak aku! Kalau hensem, tak apalah jugak! Ini muka macam raja hutan.
YOU ARE READING
Encik Suami Sweet
RomanceMama nak kahwin lain?! Oh no! No! No! No! Tak boleh! Tapi, keputusan dah dibuat dan aku terpaksa bersetuju. Dan... Bakal abang tiri aku tu ialah orang yang paling aku tak sangka langsung! Seriously dia ke?! Tidak!!! Setahun kemudian, mama aku pergi...