Bab 47

36K 1.1K 67
                                    

Erni menuju ke arah meja solek.  Matanya tertumpu pada satu sampul surat berwarna putih yang terletak elok di atas meja solek.  Hmmm…ada nama aku lagi.  Takkanlah aku punya kot? Entah-entah sir punya kot? Tapi, kalau sir punya, takkanlah tertera nama aku pulak kan? Ah! Kisah apa aku? Tengok jelah apa isinya.

Dia memandang isi di dalam sampul.  Apa ni? Nipis je kertas? Takkan baucer kot? Jarinya lincah mengeluarkan sehelai kertas dari sampul.  Eh? Ini bukan baucer tapi ticket flight! Tiket flight?! Ke Itali?! Serius ke ni?! Serentak itu dia terasa pinggangnya dirangkul dari
belakang.  Dagu Aiman diletakkan di bahu Erni.

“Sayang suka?” soalnya sambil
memerhatikan muka Erni melalui pantulan cermin.

Erni tersenyum kecil.  Aku tak pernah terfikir yang aku akan pergi ke luar negara.  Serius tak pernah terlintas langsung dalam otak.

Soalan dari Aiman diangguk kecil.  “Kenapa luar negara? Dalam negara pun ok kan?”

“Abang pilih luar negara pun sebab saja nak bawak sayang ke luar negara.  Dalam negara nantilah kita travel sama-sama eh? Yang ni pakej honeymoon kita.”

Honeymoon? Abang…Erni tak lama lagi dah nak final year lah.  Dahlah abang suka bagi assignment? Kalau saya tak siap assignment nanti macam mana?” dia memandang wajah Aiman yang berada di sebelahnya.

“Pasal assignment? Alah…abang akan bagi special time and day untuk sayang siapkan assignment sayang tu…”

Erni mencebik.  Yelah tu.  “Abang…mana aci macam tu.  Orang lain kena siapkan sebelum deadline, takkan saya siapkan selepas deadline?” tak fair lah macam tu.  Jangan disebabkan aku ni isteri dia, aku dapat lebih.  Tak naklah macam tu.

You’re my wife.  Abang boleh bagi ikut suka hati abanglah…” pipi Erni dikucup nipis.

“Abang…abang kan sir dekat universiti? Pensyarah kot? So, you have to be efficient ok? Janganlah layan saya ni lebih disebabkan saya ni isteri abang.”

Senyuman Aiman makin bertambah lebar.  “Ni sayang lebih ni…I love you my cheese…”

“Kenapa cheese?”

Because you’re my cheesy…”

Cheesy? Meleleh sangat ke?” boleh pulak kau tanya soalan macam tu?

“Lebih dari meleleh…” pelik je bunyi tu?

“Abang ni! Dahlah! Otak dah kuning macam cheese lah tu.  By the way, thanks for the ticket.  Lain kali janganlah bazirkan duit sebab saya je…” pelukan Aiman masih tidak dirungkaikan.

“Habis tu? Abang nak habiskan untuk sapa kalau bukan untuk sayang abang ni? Abang nak bagi sayang hidup senang.  Abang tak naklah sayang rasa susah pulak dengan abang nanti…”

Erni tergelak kecil.  Hailah suami aku ni.  Dia ingat aku ni materialistik ke?
“Abang…kalau abang tak mewahkan saya dengan duit pun tak apa.  Janji abang ada dengan saya sudah.  Tu pun dah cukup.”

Pelukannya makin dikemaskan dan satu lagi kucupan dihinggapkan di pipi kanan Erni.  “Nilah sebab abang sayangkan sayang lebih ni!”

“Mengadalah abang ni.  Dah…jangan nak mengorat saya sangat.  Takut cair lebih…”

Why not cair lebih? Abang kan memang pencair hati sayang? Ok, abang nak tanya sayang satu soalan boleh?” Erni pantas mengangguk.

“Sayang lahir bulan apa?”

May…”

May I love you with all my heart?”

Alah…pick up line! Hehehe…manalah suami aku ni belajar? “Abang nak buat Erni cair ke?”

Why not cair? Sebab cair tu nampak seksi…”

“Seksi?”

“Yelah…macam kek coklat meleleh…nampak seksi kan?”

“Kenapa?”

“Terus rasa nak ngap!”

Hohoho…yang ni seram! Tajam je mata tu tengok aku! Meremang terus bulu roma aku.  Ok, tak nak dah tanya soalan-soalan macam ni.  Bahaya betullah dia ni!

“Abang ni…”

“Apa? Hensem? Terima kasih…”

Lorrh! Perasan rupanya.  “Siapa kata abang hensem?”

“Sayanglah…”

“Bila masa?”

“Setiap masa sayang…”

Ceh! Nak kenakan aku lagilah tu.  Mentang-mentang aku tak pandai nak pick up line, dia kenakan aku cukup-cukup ye?

“Sayang…”

“Apa lagi abang? Pick up line lagi ke?”

“Taklah…”

“Habis tu?”

Three four love you…”

“Lagi!”

Erni ternampak senyuman Aiman yang mulai mekar.  Suka betullah usik aku dengan ayat-ayat dia tu.  Macam manalah sir pedas ni boleh bertukar kepada seorang yang sweet dan romantik?

“Saya peliklah dengan abang ni.”

“Kenapa pulak?” pelukan dirungkaikan lalu membawa tubuh Erni menghadapnya.

“Macam mana sir pedas boleh bertukar menjadi seorang yang pandai buat ayat macam ni? Ayat-ayat sweet pulak tu,” jarinya diletakkan ke dagu gaya memikir.

“Tulah sayang tak tahu.  Ayat-ayat sweet abang ni diucap pada orang yang abang sayang je tau! Manalah sayang tahu apa yang ada dalam hati abang.”

“Memanglah saya tak tahu sebab hati abang kan ada dekat abang…”

“Siapa kata?”

“Habis tu? Takkanlah abang tak ada hati kot?” blur.  Macam mana pulak tu?

“Ada hati dekat sayang sorang je dan hati abang ada dekat sayang sorang je.  Sayang dah ambik hati abang dan hati abang tu sayang kena simpan buat selama-lamanya.  Kenapa abang bagi hati abang dekat sayang? Sebab sayanglah orang yang abang boleh percayai untuk selama-lamanya…”

Aloh…sebaklah pulak dengar ayat terakhir dia tu. Nak buat aku menangislah ni? Ok, aku tak nangis pun.  Nak touching-touching kejap lagi eh?

“Boleh tak abang berhenti buat ayat manis abang?”

“Macam mana abang nak berhenti buat ayat manis kalau gula kepada hati abang ni selalu ada depan mata abang?” keningnya dijongketkan nakal.  Erni memeluk tubuhnya.  Ada saja jawapan dia.

“Abang tak bosan ke buat ayat manis?” takut aku pulak yang bosan.  Kadang-kadang aku rindukan sir pedas.  Aku rindukan ayat-ayat pedas dia.

“Abang takkan pernah bosan untuk sayang…”

“Tapi, saya rindukan sir pedas saya.”

“Rindu dengan sir pedas?” Erni mengangguk laju.  Aku tak naklah manis je.  Aku naklah jugak pedas berapi sedingin salju dia ni.

I will be your sir pedas and at the same time I will be your cupcakes ok?” Erni mengangguk lagi tanda setuju.

“Kenapa sayang suka abang yang pedas? Kenapa bukan yang cupcakes?”

“Saya suka dengar sir marah-marah lepas tu berlawan cakap dengan saya.  Saya suka macam tu.  Saya tak naklah kemanisan sahaja tapi dalam masa yang sama saya naklah jugak kepedasan yang terserlah dari abang.”

Tangannya dinaik menyentuh pipi Erni.  Matanya merenung ke dalam anak mata Erni.  Rupa-rupanya Erni rindukan aku yang dahulu.  Senyuman menawannya diukirkan kepada Erni.

I will be your sir pedas…always be your sir pedas…”

Encik Suami SweetWhere stories live. Discover now