"Kau sure ke rumah dia area ni Raf..?" aku bersuara agak kuat bertanya pada Raf. Cuba melawan bunyi bingit motor dia. Raf pakai paip kot. Tu motor bunyi kapal. "Yelahh. Takkan aku nak tipu" terdengar Raf separa menjerit. Rasa dah setengah jam berpusing taman perumahan ni cari rumah si Amira. Raf iya iya ja cakap dia tahu mana lokasi rumah Amira. Lokasi saja. Nombor rumah, lorong berapa mana ada dia tahu. Aku tak faham betul.
Raf memperlahankan motorsikalnya bila tiba di selekoh. Aku nampak gerai yang boleh tahan menarik di hujung jalan. Aku menepuk bahu Raf dan menunding kearah gerai tersebut. Raf mengikut. Rasa macam makcik dua tiga orang yang melepak tu pusing berkerut dahi bila motor Raf berhenti depan gerai tu.
"Kedai cendol lah El" ujar Raf dengan sengih lebar masa kami turun motor. Aku tengok bunting (banner) yang digantung depan kedai. Ada cendol pelbagai campuran. Durian, pulut, jagung. Okay heaven betul.
Kami pilih tempat betul betul dekat tiang. Order cendol pulut durian dua dengan ais batu campur satu. Masuk laicikang juga. Kejap lagi cari tandas la. Terasa tanganku dicuit perlahan. Pantas aku berpaling pada Raf. "El. Sorry lah. Ikut informer aku dia duduk area sini" suara Raf yang bernada melankolik membuatkan aku tersenyum. "Takde ape lah Raf. Amira ja. Ada rezeki jumpalah Raf"
Raf menggeleng dan tersenyum. "Kau memang suka dia ke El?" Aku terdiam. Berfikir. Suka? Atau sekadar suka suka? Akhirnya aku mengangkat bahu menjawab soalan Raf. Kebetulan, masa tu juga Pakcik kedai hantar air kami. Sempat Raf tambah order cekodok seringgit. AKu menggeleng dan tersengih. Raf dan makanan memang bercinta. Boleh meleleh air liur kalau usha ja cendol depan mata ni. Aku mencedok cendol dan menghirup nikmat. Tengok kelakuan Raf yang sampai terpejam mata buat aku gelak.
Rasa dekat setengah jam melepak aku ajak Raf balik. Soal Amira, bila jumpa nanti, jumpalah. "Berapa semua Acik?" soalku pada isteri pakcik cendol. Rasa isteri dia. Takkan anak pula kan. "Biar aku bayar lah El.." ujar Raf dan menarik tangan aku masa aku keluarkan dompet. Aku pandang Raf dengan kening yang terangkat. "Sebab?" Raf tersengih. "Sebagai tanda minta maaf tak jumpa Amira di mana mana" aku tersenyum. Mengalah dengan permintaan Raf.
"Aku tunggu kat motor tau?" Raf tanpa berpaling hanya mengangkat tangannya.
Aku terus berjalan menunggu Raf kat motor. Sambil tu pandang kiri kanan mana tahu nampak Amira melintas ke kan. "El!" aku berpaling pada Raf yang kebetulan jalan dan baling kunci motor pada aku. Tapi malangnya Raf baling agak tinggi. Kunci tu mendarat atas jalan. Aku bergerak nak kutip kunci yang dah tersadai tengah jalan tapi Raf lagi laju berlari melintasi aku.
"Raf..!!" Raf berdiri berpusing pandang aku dengan kunci di tangannya. "Raf kereta tu..!!" Jantung aku berdegup kencang. Raf berdiri statik. Dia menoleh pandang kearah kereta tersebut. Sempat dia berpaling memandang aku dan tersenyum manis sebelum dirempuh. Aku terpaku melihat tubuh Raf melambung ke udara.
Masa pakcik kedai cendol tepuk bahu aku, baru aku tersedar. Aku cuba ayun kaki selaju yang boleh. Menuju kearah Raf yang terbaring tak berkutik di tepi jalan. Luluh jantung aku. Lembik lutut aku. Raf terbaring melentang dengan darah bercucuran dari belah kiri kepalanya. Aku melutut, duduk di atas jalan tar.
"Raf..." Aku panggil Raf perlahan sambil menepuk lembut pipinya. "Buka mata Raf..please..." Kelopak mata Raf bergerak gerak. Bibir Raf juga terbuka. Raf mengerang perlahan. Air mata aku meleleh laju. "Raf. Bangang. Buka mata. Jangan buat lawak Raf.." Aku berhati hati cuba memangku kepala Raf.
"Tolong telefon ambulans...tolong..." Aku angkat kepala pandang orang orang yang entah datang dari mana. Pandangan aku mula kabur dengan air mata. Terdengar entah siapa menelefon ambulans. Sempat aku membuang pandang pada pemandu dan kereta proton saga yang langgar Raf tadi. Budak muda.
Budak tersebut duduk memeluk lutut dan dikelilingi dua tiga orang. Mungkin nak mengelakkan dia daripada lari.
"El...." Terdengar Raf panggil aku perlahan. Aku menunduk pada Raf. Raf dah buka mata sikit. Tapi macam dipaksa. Hati aku dipagut sayu tengok keadaan Raf macamtu. Suara Raf yang selama ni penuh dengan riang ria pun dah terdengar sangat lemah pada pendengaranku.

ANDA SEDANG MEMBACA
Cerita Kau & Aku [COMPLETED]
RomanceWhat I have with you my love, I don't want with anyone else - Amira Natasha Azmi Biarpun masa ini singkat, izinkan aku mengajarmu erti bahagia - Farah Elina Johari Ini cerita tentang kita. Tentang bertapa rapuhnya jiwa kita. Tentang kau yang beri ak...