"El. Kau tahu tak, kalau kau pakai tudung nampak cantik tau." Aku yang sedang berjalan nak bersaing dengan kawan kelas yang lain terhenti langkahku akibat komen murni dari mulut Raf itu. Sempat aku tarik tangan Raf nak dia berhenti sama dengan aku. "Apakah? Kau salah makan ke Rafidah oi?" Raf ketawa mengekek sebelum menarik tangan aku kembali, mengajak berjalan semula.
"Yang kau tu terkejut dahla, tak perlu nak buat iklan masa terhenti ke apa kat tengah laman okay. Lupa ke lepas ni masa Cikgu Ain? Nak mati kena denda lagi?" Aku tergelak dengan pernyataan dari Raf. Teringat minggu lepas lambat masuk kelas kena denda lari turun bilik guru ambil nota untuk Fizik lepastu naik balik dan disuruh turun balik sebab tertinggal Cikgu 'tertinggal' buku teks dia. Dahla lab Fizik dekat tingkat 4 dan bilik guru tingkat 1. Tahniah.
Dekat dua tiga hari juga kami mengelak dari terjumpa berjumpa atau apa apa yang berkaitan dengan terserempak dengan Cikgu Ain. Yang tak tahan tu, dia sempat perli lagi pula. Tu yang lagi berdesing telinga. Tapi takpalah, sebab salah kami. Aku dan Raf menebalkan muka berjumpa balik dengan Cikgu Ain untuk minta maaf. Yang paling best, siap dapat jajan sorang satu.
"Kau kalau nak campak balik belakang masa kita kena denda haritu cuba campak bersama aku? Tak perlu lah senyum sorang sorang macam nampak entah sapa melintas." Omelan dari Raf buat khayalan aku hilang bersama angin. Tersengih aku memandang Raf yang dah mula tersenyum kelat. Haila Raf. Sejak baik kemalangan haritu, tisu ja hati dia ni.
"Raf. Kau pun cantik tau bila pakai tudung..." Dengan senyum manis aku tutur kata kata tu. Betullah. Raf boleh tahan cantik. Cuma terselindung di balik sifat kasarnya saja. Raf ketawa. Kuat. "Adakah awak kena sampuk dek mana mana jin wahai Farah Elina sayangku?" Aku mencebik dan bagi jelingan maut pada Raf manakala Raf masih terkekek ketawa tanpa ada tanda mahu berhenti.
.
.
.
.
"Apa kes tadi pagi puji aku tiba tiba? Kau tak demam kan Raf..?" Sambil menyedut milo kotak menggunakan straw aku mengutarakan persoalan yang hadir dalam kepala aku. Persoalan yang tertangguh bila Cikgu Ain masuk lab tadi. Raf tersengih. "Dah betul kan? Kalau orang yang tak kenal kita ni, entah apa dia orang fikir bila tengok kita dengan tudung apa semua ni.."
Aku menggeleng. "Dressing code for sekolah kan. Mana boleh nak ubah. Kalau boleh ubah kau mahu ke pakai seluar hijau tua sama kemeja putih pucat tu..?" Raf dan aku sama sama terdiam sebelum tawa terhambus dari mulut kami. "Lawak duhh. Takpelah, sis redha jelah macamni." Balas Raf. "Sis..?" Aku mengulang kata Raf sebelum kembali menyambung tawa yang masih tersisa.
"Eh wey, esok dah puasa kan?" Aku berkerut dahi mendengar soalan Raf. "Rasanya lah. Kenapa?" Raf tersenyum kelat. Aku terdiam. Faham akan reaksi wajah Raf. Begitulah juga keadaan dia masa puasa tahun lepas. "Raf, tidur rumah aku malam ni? Bonda takda. Ajak Mira sekali nak? Kita sahur sekali.." Raf kalih pandang tengok aku dengan mata berkaca. Aku telan liur perlahan. Raf janganlah buat drama.
"Sebelum kawan dengan kau, setiap kali puasa sama ja. Kadang sahur kadang tak. Bukan ada orang pun nak peduli. Buka puasa kalau rajin aku pergi bazar. Kalau tak, meggi jelah." Aku diam. Membiarkan Raf melayan perasaan. "Aku kan El. Aku tak kenal siapa mak ayah aku. Aku ada adik beradik ke tak. Yang aku tahu, tengok tengok dah ada Pakcik Adi. Tu pun kejap kejap hilang." Betul. Kisah hidup kami tak sama. Tapi kesakitan tu aku dapat rasa.
"El. Thanks kawan dengan aku." Aku tersenyum. Terus bangkit dan memeluk Raf erat. Di bawah pohon ceri belakang blok akademik inilah tempat kami. Tempat kami meluah rasa. Tempat kami saling berkongsi cerita.
"Dahla Raf. Jangan nak buat drama okay. Sebulan ni kau stay ja dengan aku. Apa apa pun kau ada aku. Ingat tu okay?" Raf menarik nafas panjang sebelum mengangguk. "Kejap lagi kita singgah kedai? Beli barang sikit." Aku tersenyum. "Anything for you buddy."

YOU ARE READING
Cerita Kau & Aku [COMPLETED]
RomanceWhat I have with you my love, I don't want with anyone else - Amira Natasha Azmi Biarpun masa ini singkat, izinkan aku mengajarmu erti bahagia - Farah Elina Johari Ini cerita tentang kita. Tentang bertapa rapuhnya jiwa kita. Tentang kau yang beri ak...