Telefon di tangan aku tenung lagi. Entah untuk keberapa kalinya. Chat yang sama aku masuk. Online. Tapi chat dari aku hanya ada dua tick warna kelabu. Memang bluetick dengan online status ni boleh membunuh kot. Aku masuk ke petak untuk menaip chat. Baru taip dua tiga ayat, aku padam. Mungkin dia sibuk. Jadi dia tak punya masa nak buka dan balas chat aku.
Tapi kan boleh ja kan balas cakap dia sibuk? Lagi ada suara cuba menyucuh api, menyalakan minyak yang mengalir. Aku menggeleng. Nanti dia tak sibuk dia balas lah. Kan ada dia bagitahu semalam, dia sibuk harini sebab ada kenduri dekat rumah tu.
"Termenung lagi." Lembut suara tu menampar telinga aku. Cepat aku masukkan telefon di tangan ke dalam poket. "Mana ada." Kak Maria tersenyum sebelum duduk di sebelah aku. "Yang tenung ja skrin telefon tu kenapa?" Aku menggeleng. "Takda apa. Mana ada tenung. Saja tengok ja."
"El ada masalah ke?" Lagi aku geleng. "Kerja okay?" Angguk. "Nak guna duit ke?" Geleng. "Masalah dengan awek ke?" Angguk. Eh. Geleng. Eh. Tawa tercetus dari bibir Kak Maria. Aku mengangkat bahu malas. Kak Maria memang suka cari pasal. Semenjak kantoi kes aku berpacaran dengan Mira, hari hari sibuk ja dia mengusik macam macam.
"Hujung minggu ni jadi tak join sekali?" Aku diam. Berfikir sebentar. "Jadi jadi. El free masatu." Kak Maria mengangguk. "Tidurlah. Fikir apa lagi. Pukul berapa dah ni." Aku tersengih. "Akak tidur lah dulu. Kejap lagi El tidur okay." Lepas mengucapkan selamat malam, Kak Maria melangkah masuk ke biliknya.
Telefon aku keluarkan kembali. Aplikasi WhatApps ditekan. Terus aku masuk ke chat bersama Mira. Last seen dia baru 5 minit lepas. Eh kejap. Dia online balik. Lama aku memerhatikan aktiviti dia. Lepas beberapa minit, dia offline balik. Chat aku masih tak dibuka.
Lagi keluhan terbit dari bibirku. Percaya. Mira sibuk tu. Tapi aku sibuk pun masih cuba cari masa untuk dia. Masih cuba nak kekal berhubung. Lama berteka teki dengan diri, aku bangun dan melangkah malas ke bilik. Sempat aku matikan lampu depan.
Aku baring di atas katil sambil mataku ralit memerhatikan kipas. Sejak pindah haritu, makin kurang berhubung. Sebab aku mula kerja dengan Kak Maria. Mula mula hanya jadi pelayan. Entah macam mana tiba tiba Harry yang jadi vokalis band kat kelab tu berhenti sebab ada masalah keluarga, jadi aku ganti tempat dia. Lepas ja dari tu, kerja aku dah bertukar jadi penyanyi pula kat kelab tu.
Sejak tu aku perasan, aku dengan Mira makin menjauh. Yelah. Kelab. Malam baru buka. Tapi selalu tengah hari aku dah gerak pergi. Yelah. Tolong cuci, mop lantai semua. Lepastu kalau Kak Maria tak sempat, aku yang ambil alih handle barang keluar masuk. Selalunya aku habis shift lepas subuh. Masatu Mira dah lena. Sempat kirim chat jelah bagitahu kata sibuk dan lain lain. Kemudian masa aku takda buat apa pula, Mira yang sibuk. Sebab dia kerja kat pasaraya. Jadi juruwang. Tapi rasa shift dia okay lagi, sebab masuk 8.00 pagi dan habis pukul 11.00 malam. Kadang 5.30 petang dia balik dah. Okay. Aku yang terlebih sibuk.
Aku membawa tangan ke mulut, dah mula menguap. Earfone yang terletak elok di hujung katil aku capai dan cucuk di telefon. Aplikasi muzik ditekan. Volume dikuatkan sehingga habis. Dalam detuman muzik yang menggila, aku terlena.
.
.
.
'Ting~'
Lagi bunyi notifikasi WhatApps masuk menganggu kerjaku. Tersenyum aku melihat wallpaper di telefonku. Gambar tangan aku dan El yang bertaut erat. Ikon WhatApps aku tekan. Lagi chat di group keluarga belah Auntie Suzana yang tak habis habis dari tadi. Memang meriah sungguh dengan segala macam gambar kenduri tadi dihantar.
Sekilas mataku menangkap chat dari El yang sengaja aku biar sepi tak berusik. Aku tak suka chat dia dalam keadaan aku sibuk. Kerana memang aku yakin, aku akan abaikan dia nanti. Paling kurang, aku ter bluetick kan dia, dan tak sempat nak balas. Jadi aku memang menunggu masa yang aku memang habis free lah untuk berhubung dengan El. Lagipun, dia kan kerja. Aku setkan fon dalam mod senyap dan meneruskan kerja kerja yang tergendala. Buat kenduri tak pakai katering memang macam ni lah gayanya.
"Acik, Mira masuk tidur dulu ye?" Ujarku pada Auntie Su seusai saja membasuh segala periuk dan bekas yang digunakan. Auntie Su mengangguk lembut. Rambutku diusap penuh kasih. Aku tersenyum simpul. Dalam tak sedar, aku memeluk Auntie Su, erat. "Terima kasih Acik.." Auntie Su yang terkejut hanya menggosok perlahan belakang aku.
Sudah mandi, sambil mengelap rambut, aku ambil telefon dan masuk ke WhatApps. Chat El aku buka. Last seen dia....dalam sejam yang lepas. Ada El kirim video beserta foto dia. Chat terakhir dari El, 'Selamat malam cinta. Saya tidur dulu'. Eh kejap. Tidur? Aku ke paparan depan tengok tarikh. Habislah. Hari ni El cuti. Aku ingat dia kerja. Mesti merajuk dah tu.
Nombor El aku cuba dail malangnya panggilan tak dapat disambungkan. Aku cuba lagi dua tiga kali, mana tahu kut rumah dia takda line, tapi masih sama, tak dapat disambungkan. Ni dah sejak bila belajar merajuk tutup fon ni? Hailah El...
Aku masuk ke WhatApps kembali dan mengirim beberapa pesanan. Sejujurnya, aku sendiri terlupa yang El bercuti harini. Patutlah dia chat aku tak berhenti dari pagi. Entah apa yang El fikir. Lagi sekali nombor El aku dail, jawapannya masih sama. Tak dapat disambungkan.
Aku menarik nafas dalam dan melepas perlahan. Rindu pada El. Rindu pada masa kami bersama dulu. Masa masing masing dekat. Boleh jumpa. Nampak depan mata. Sejak aku pindah, segalanya bagai kelam kabut. Aku bekerja. El dengan kerjanya. Nak kekal berhubung tu terlalu payah.
Kadang aku chat malam, esok paginya baru dia balas. Itu pun tak boleh lama. Sebab aku kena masuk kerja pula. Yeah aku tahu. Kalau kita betul sayang orang tu, kita akan cari masa. Cuba yang terbaik walau susah mana. Tapi jujurnya, aku mula terasa dengan jarak ini.
Aku pejam mata dan memicit kepala perlahan. Cuba menghilangkan segala resah yang bertandang. Segala prasangka yang mengacau fikiran aku buang jauh jauh. Aku harap ada sinarnya, untuk aku dan El.
.
.
.
.
Aku buka mata perlahan setelah mendengar pintu bilik diketuk oleh Kak Maria. Dalam kuap yang masih bersisa, aku bangun dan duduk di birai katil. Telefon yang terletak elok atas lantai aku capai. Semalam rasa elok ja pegang.Entah bila mendarat cium lantai bilik pun tak tahu. Aku cuba on dua tiga kali. Skrin masih gelap. Tiada sebarang cahaya. Sah bateri habis. Aku bangun dan melangkah malas ke tandas. Sempat aku cas telefon terlebih dahulu.
"Morning sistah." Ujarku bila Kak Maria melintas depan dapur. "Sistah hek mu. Suruh bangun awal tolong masak breakfast pun tak boleh lah dia ni. Dah kenapa bangun lambat sangat ni?" Aku tersengih. "Kak. Dari El pindah masuk haritu sampai harini soalan sama tau dapat tiap tiap hari. Bagi peluang El lena lama sikit Kak. Kan result UPU dah nak keluar. Mana tahu ada rezeki El nak sambung. Tarak buleh dah lena lama~"
Kak Maria menjeling sebelum menarik rambut aku perlahan. "Dengan rambut panjangnya lagi. Macam macam kamu ni El." Aku tersengih, menjelirkan lidah sebelum berlari masuk ke bilik.
Rasa dah berapa bulan lepak dengan Kak Maria. Pada awalnya memang aku taknak, tapi Kak Maria memaksa. Aku yang memang dah sunyi jiwa raga duduk rumah sewa tuu sorang sorang setuju jelah. Yelah. Acah jual mahal sikit kan.
.
.
.
Telefon yang berdering buat aku tersenyum. Tak perlu tengok siapa pemanggilnya pun dah tahu. Dengan dia saja aku setkan lagu tu. Aku meletak telefon ke telinga dan terdengar suaranya berlagu ceria di balik sana.
"Assalamualaikum awak....."
Salamnya aku sambut perlahan. Dengan dia. Mana boleh merajuk lama lama. Karakter kanak kanaknya tu mampu buat aku tersengih dalam marah. Benarlah kot. Cinta itu buta.
Bersambung ~

YOU ARE READING
Cerita Kau & Aku [COMPLETED]
RomanceWhat I have with you my love, I don't want with anyone else - Amira Natasha Azmi Biarpun masa ini singkat, izinkan aku mengajarmu erti bahagia - Farah Elina Johari Ini cerita tentang kita. Tentang bertapa rapuhnya jiwa kita. Tentang kau yang beri ak...