"Farah..tolong Ibu ye sayang. Farah kena pergi dari sini. Pergi sebelum semuanya tambah buruk.." ujar wanita itu separuh mendesak.
"Farah taknak. Farah nak tolong Ibu. Farah nak tunggu sini juga.." budak kecil tu membalas dalam tangis.
"Kalau Farah betul nak tolong Ibu, Farah lari. Ibu janji akan cari Farah balik. Tolong ye sayang..?" wanita itu membalas separuh merayu. Anak kecil itu memandang tepat mata ibunya dan mengangguk dalam terpaksa. Dapat dilihat dia mengesat air mata yang mula lebat. Juga sempat dia mengucup kedua belah pipi wanita itu.
Baru dua tiga langkah anak kecil itu berjalan, dia kembali berpaling. Diterpanya wanita itu dan dipeluk wanita itu erat.
"Farah sayang Ibu. Jangan lupa cari Farah.." ujarnya perlahan tatkala pelukan dileraikan. Anggukan lemah diberikan oleh wanita itu.
"Andai ada apa apa terjadi, maafkan Ibu sayang. Teruskan berlari. Jangan toleh belakang. Jangan pernah berhenti sayang.."
Anak kecil itu mengangguk sebelum berpaling dan berlari tanpa menoleh. Meski kadang larian seakan tersangkut akibat tersadung dengan segala bendaan yang ada, dia tetap tidak berhenti. Lari di waktu malam. Apa yang diharapkan?
Langkahnya terhenti bila terdengar bunyi letupan kuat. Pantas dia berpaling mencari punca letupan tersebut. Jantungnya yang memang berdegup kencang akibat berlari semakin kencang pabila dia sedar apa yang berlaku. "Ibu..." Baru kaki mahu diayun kembali ke rumah, kata kata ibunya kembali bermain di fikiran. 'Andai ada apa apa terjadi, maafkan Ibu sayang. Teruskan berlari. Jangan toleh belakang. Jangan pernah berhenti sayang'
Penumbuk digenggam erat. Air mata yang mula mengalir deras diabaikan. 'selamat tinggal Ibu....'
Suara dan kelibat orang kampung yang mula memenuhi suasana juga tak diambil peduli. Pesan terakhir Ibu harus diikuti. Terus dia berlari tanpa hala tuju dengan disaksikan rumah tempat tinggalnya sepanjang 13 tahun yang mula hangus dijilat api.
.
.
.
Hai all, ahahah. Sorry lambat buat cerita baru. Sedikit masalah teknikal yang menganggu tak dapat dielakkan. So how?
As usual. Do vote and comment oke :)
YOU ARE READING
Cerita Kau & Aku [COMPLETED]
RomansaWhat I have with you my love, I don't want with anyone else - Amira Natasha Azmi Biarpun masa ini singkat, izinkan aku mengajarmu erti bahagia - Farah Elina Johari Ini cerita tentang kita. Tentang bertapa rapuhnya jiwa kita. Tentang kau yang beri ak...