Sepuluh

4.3K 127 34
                                    

El pandang aku dengan muka hairan. “Kenapa soalan tu yang ditanya?” dia soal aku balik. Aku ketawa kecil. “Awak ada habit balas soalan dengan soalan ke El?” Dia tersengih. “Mungkin..” jawabnya sepatah. Okay, El memang ada lesung pipit masa dia senyum.

“Kalau tak selesa tak perlu jawab El..” Dia menggeleng. “Taklah. Masa lepas saya teruk Mira. Lepas awak dengar ni, entah kita terus tak berkawan” ujarnya perlahan dan tertawa.

“Nampak muka saya ni jenis judge terlalu cepat ke?” Aku soal dia dengan kerutan di dahi. El tersenyum. “Tak. Tapi awak manusia. Rambut sama hitam. Hati? Siapa tahu. Lagipun kita baru ja kenal. Macam mana saya nak yakin spills semua kisah saya pada awak, Amira?” Tanya El pada aku dengan senyum sinis.

Aku terdiam. Soalan dia ada logiknya. Baru kenal. Macam mana boleh yakin nak percaya semua.

Terasa ada gosokan lembut atas kepala aku. “Asal awak comel eh Mira? Sampai berkerut muka tu fikir apa?” Ujar El dengan senyum manis. Logik tak kalau aku cakap, yang El ni, dia ada hensem dia dan comel dalam masa yang sama. Pelik kan? Dah kenapa El pandang aku macamtu. Terus aku menepis lembut tangan El. Dia taktahu ke jantung aku automatik bemarathon bila dia buat macamtu.

“Fikir apa awak cakap lah. Baru kenal kenapa nak percaya semua” El mengangguk. “Tapi saya selesa dengan awak Mira. Ada macam kimia dengan awak gitu. Rasa boleh percaya. Boleh berkawan. Boleh duduk menyembang” El tersenyum lagi sebelum menyambung “Sebelum ni saya susah nak percaya orang. Masa sekolah kan, saya mana ada kawan. Selesa berjalan sana sini sorang. Lepas jumpa Raf, dia yang ajar berkawan. Terlalu banyak benda saya lalui dengan Raf, awak..”

Aku terdiam. Entah kenapa bagai terasa kesakitan yang El rasakan. Seketika hanya kebisuan yang menemani kami.

“Oh pasal tadi tu Mira..” aku berpaling pada El.

“Pasal apa?” Dia ketawa. “Pasal macam mana boleh pindah..” Aku cepat cepat menggeleng. “Tak mahu takyah cerita lah El. Saja ja saya tanya. Sebab curious” ujar aku dan membuat simbol peace dengan tangan kanan.

“Boleh tolong tak Mira?” ujar El tiba tiba.

“Apa?”

“Tolong berhenti jadi comel. Jantung ni dup dap tak berhenti. Kang saya jatuh hati susah ni…” Aku menjulingkan mata ke atas. “Ayat macam buaya. Apa lah..” dan El tergelak kuat. Nampak hilang sikit kusut dia dengan Raf tu.

“Sebenarnya, saya ni anak yatim Mira..” Huh? Terus aku potong cakap El.

“Huh? Sejak bila? Tadi kan awak ada sebut Bonda ke?” Aku soal dengan kerutan di dahi. Laju El jentik dahi aku. Aku mengaduh dan pantas menggosok dahi aku. Sakit kot. El ni boleh tahan sengal juga kan. “Kalau orang cerita, boleh dengar dulu sampai habis tak?” Dia balas dengan jelingan maut. Aku tersengih dan mengangguk perlahan. “Okay sambung cerita”. Sempat El cuit dahi aku, acah acah hembus pakai mentera apa entah sebelum kembali membuka mulut.

“Bonda tu mak angkat saya. Sebab dia kawan baik arwah Ibu dan Ayah kandung haa. Masa umur saya 13 tahun ada benda jadi yang memaksa saya lari dari rumah. Sebab tu, saya boleh end up dengan Bonda. Dah jangan sebuk tanya apa yang jadi. Malas taknak cerita yang tu” aku baru nak buka mulut si El ni dah bagi amaran awal awal. Terus aku tersengih dan menggeleng. “Tak tak. Sambung”

Sempat El menjeling aku sebelum menyambung cerita. Dia ni memang suka jeling orang kan? “ Masa Form 2, masa dekat sekolah, waktu tu hari sukan. Kan semua kena kumpul padang lah kan?” El pandang aku dan aku mengangguk. “Masa tu saya nak ke tandas, tapi saya kan tak bercakap dengan budak kelas, so saya pergi sorang lah. Nak dijadikan cerita, tandas level bawah rosak, kena naik tandas level 3. Masa dah siap semua, tengah gerak nak keluar tandas tu, masa turun tangga sorang sorang, ada senior lelaki approach. Senior kan? Dia minta ikut dia. Dia kata kalau tak ikut nanti dia pukul. Sebab takut saya turutkan ja..” El diam sebentar sebelum mengetap gigi. Terlihat rahang dia bergerak gerak.

Cerita Kau & Aku [COMPLETED]Where stories live. Discover now