"El!!" sergahan beserta tepukan kuat di bahuku berjaya buat aku membuang jauh apa yang ada kat tangan. Terus si dia ketawa terbahak melihat telatahku. "It's not funny buduh. That's my last cigar oke. Damn!" Aku membalas kasar. Manakala dia masih lagi ketawa. Sampai tertunduk tunduk. Tak lama, aku juga ikut serta tersenyum.
"Dari mana Raf?" Raf. Rafiqah Khairul. Kawan baik merangkap kawan buas sekali. "Dari court bola tampar. Gila lah budak budak sekolah Bandar Lestari. Aku fikir otak je tiptop. Sukan diorang pun. Pergh. Layu budak Pandikar Setia tu.." Aku mengangguk faham.
Sekolah Bandar Lestari. Antara sekolah top negeri. Tahun lepas peratus lulus SPM 100%. Terkejut kan? Dahla semua acara sukan apa budak budak sekolah tu ja sapu. Rasanya makcik kantin letak ubat kuat untuk dia orang mungkin. Pandikar Setia pula dalam raking nombor 3. Susah nak pintas SMK Setia Alam. Setia Alam pula memang gilir ganti dengan Bandar Lestari untuk nombor 1 tu.
Hari ni sebenarnya ada kejohanan sukan antara sekolah. Konon nak mengeratkan hubungan baik antara 5 sekolah top negeri. Acah je kot. Aku dan Raf terpaksa jadi ahli jawatan kuasa urus setia. Sebab apa? Sebab terlebih nakal. Tambah sebab Bonda awal awal cadang nama kami. Sebenarnya benda ni takda kaitan pun dengan kami. Sebab sekolah lain. Tapi sebab acara ni dibuat kat stadium negeri, dan antara penganjur ni kawan Bonda, aku dipaksa rela ikut serta. Nasib Raf pun mahu nak mengikut. Kalau tak mati bosan aku.
"Kau jaga mana El..?" Tanya Raf sambil mengeluarkan kotak rokok merah jenama terkenal. Aku perhatikan gerak Raf sebelum ada idea timbul di fikiran. "Ceh. Dunhill sapa kau sebat? Hisap rokok mahal saja kau. Anak orang kaya kan..." soalannya aku balas dengan ejekan. Tak sempat aku buka langkah seribu, tangan Raf terlebih dahulu menyapa mesra belakang aku. Pedih.
Sempat dia hulurkan sekotak yang baru yang masih belum dibuka. "Serius lah, kau curi dari sapa doh? Rembat anak ikan mana punya ni?" Tapi aku ambil juga. Rezeki jangan ditolak. Raf mengangkat kening dua kali sebelum tersenyum sinis. "Kau ingat tak pasal Ika?" Sedikit berkerut dari aku. Cuba mencerna Ika mana yang Raf maksudkan. "Okay Ika jiran kau. Asal?"
"Abang dia balik dari Langkawi, bagi Pakcik Adi dekat 3 karton juga. Alah. Aku curi berapa kotak ja. Takkan perasan punya" Sambil cakap Raf hembus asap ke udara. Berkepul naik. Kebetulan, kami kat belakang stadium. Tak ramai yang lalu. Aku simpan pemberian Raf dalam poket. Sebaliknya aku capai kotak miliknya. Ambil sebatang dan letak di bibir. Pemetik api dinyalakan. Aku hisap dalam.
Terasa kelegaan menerpa keluar dengan asap rokok yang dihembus. Raf cuma memandang kosong. "Bonda tahu tak kau smoke ni El..?" Aku sengih kelat. "Tahu..."
"Dahtu apa Bonda cakap..?" Aku ketawa. "Bonda kata aku kalut sangat nak ikut Ibu..." Raf ketawa mengekek. "Serius lah. Sejak bila kau smoke makin teruk ni El..? Sebelum ni tak parah camni pun. Ni hari hari jalan je. Silap silap memang kau jumpa Ibu awal kang.." Balas Raf dengan senyum mengejek.
"Ada benda kacau aku lah Raf.." Raf paling pandang aku dengan kening terangkat sebelah. "Kau tolak cinta sapa pulak sampai dia hantar benda kacau kau? Sejak bila lagi?" Aku terdiam sebentar. Cuba cerna kata kata Raf. Benda? Cinta? Ahh.... Terus laju aku cepuk belakang kepala Raf. Raf mencebik dan menggosok perlahan kepalanya. "Bongok. Ada sesuatu mengganggu fikiran patik wahai memanda menteri...." Raf buat muka acah berfikir. Macam aku taktahu dia tengah cari idea nak kenakan aku balik.
"Ahh..Benarkah Tuanku. Mohon tuanku bagitahu patik siapakah gerangan berdebah sialan itu" Aku terus ketawa terbahak mendengar pertanyaan Raf. "Kau sejak bila ni? Terabur duhh. Lepas ni jangan buat dah. Sengal betul" Raf Cuma tersengih dan menggaru kepalanya. "Serius lah. Kenapa ni. Pasai apa jadi macamni.." Wajah Raf di sebelah aku pandang sekilas. "Bonda..."
"Bonda?" Raf ulang pernyataan aku dengan kening berkerut. Aku angguk perlahan. Serabut sebetulnya. "Ingat tak aku pernah bagitahu pasal aku syak Bonda Ibu dengan Ayah macam ada something?" Raf angguk. Aku hela nafas panjang sebelum buka cerita.

ANDA SEDANG MEMBACA
Cerita Kau & Aku [COMPLETED]
RomanceWhat I have with you my love, I don't want with anyone else - Amira Natasha Azmi Biarpun masa ini singkat, izinkan aku mengajarmu erti bahagia - Farah Elina Johari Ini cerita tentang kita. Tentang bertapa rapuhnya jiwa kita. Tentang kau yang beri ak...