Satu

7.5K 180 23
                                    

Penat. Penat. Dah berlari berapa lama pun aku tak pasti. Tak mampu nak berhenti. Terus berlari. Terpancar nun disana cahaya kilat. Mungkin sebentar lagi akan hujan. Tekaan ku tepat bila hujan rintik mula menimpa tubuh kerdilku. Terlihat ada pondok hentian bas di hadapan. Aku berkira kira sebelum membawa kaki ke arah itu.

Terus aku labuhkan punggung di atas lantai. Semata bumbung. Yang lain sudah habis. Hilang dikerjakan budak agaknya. Aku melepas nafas kasar. Masih cuba menstabilkan detak jantung akibat dari larian solo tadi. Fikiranku melayang pada Ibu. Pada rumah. Allah. Kenapa aku yang perlu hadapi semua ini? Aku masih muda. Aku meraup wajah perlahan.

.

.

.

.

Aku di dalam bilik. Kakiku dirapatkan ke dada. Aku memeluk erat kedua belah kakiku. Lebih selesa begitu. Terdengar bising di luar bilik. Terdengar Ibu mengaduh sakit. Namun aku kaku. Aku tak berani. Ibu menikah dengan Abah semasa aku berumur 2 tahun. Apa yang terjadi pada ayah kandungku? Aku tak tahu. Aku cuma kenal Abah. Abah. Tak layak digelar sebagai ketua keluarga.

Hanya pada awal perkahwinan segalanya indah. Kemudian Abah mula tunjuk perangai. Aku dan Ibu dipukul sesuka hati. Malah, Abah pernah nak campakkan aku keluar rumah. Tapi Ibu menghalang. Meski aku masih muda, aku menjadi tempat luahan hati Ibu. Mungkin kerana itu, aku lebih matang. Aku mampu berfikiran matang.

Aku sedikit terketar apabila mendengar bilikku diketuk kuat. Bagai mahu roboh gamaknya pintu bilik tu. Pintu yang tiba tiba terbuka buat aku terkejut. Tanpa dipinta, air mata mula merembes perlahan.

Di depan pintu, Abah berdiri bagaikan raja yang kejam. Tali pinggang tersedia kemas di tangannya. Kelihatan Ibu menerpa kearah Abah.

"Jangan usik Farah, abang...budak lagi tu..." terdengar suara Ibu separuh merayu. Namun Abah tak peduli, ditolaknya Ibu sehingga jatuh. Aku tak pasti apa salah kami malam ini. Mungkin Abah kalah judi lagi. Atau mungkin Abah dah terlalu boring.

Abah makin merapati aku, entah dari mana kekuatan datang, aku mengelak dan berlari kearah Ibu. Dahi Ibu ada darah. Mungkin terhentak pada mana mana bucu.

"Ibu okay..?" tanyaku perlahan. Ya. Soalan bodoh. Namun itu yang perlu aku tahu.

"Ibu okay sayang..." belum sempat Ibu habiskan ayatnya, rambutku direntap. Membuatkan Ibu sedikit terjerit.

"Abah...Lepas Farah. Lepas." Abah makin menguatkan cengkaman pada kepalaku. Sakit. Ibu bangun dan memeluk erat tubuh abah. Tak mahu abah lagi bergerak. Abah melepaskan aku dan berpusing menghadap Ibu. Tamparan kuat dihadiahkan pada pipi Ibu. Allah. Aku tak sanggup tengok. Aku lari kearah dapur. Mencari sebarang benda atau sesuatu yang dapat menghentikan kegilaan abah malam ni.

Terlihat botol sos dan kicap atas rak. Aku capai botol kicap yang dah hampir kosong. Baru dua tiga langkah, sesuatu yang berkilau menarik perhatian aku. Pisau. Aku capai pisau tersebut dan berjalan perlahan kearah abah.

Ibu terbaring atas lantai, dengan tangan di depan muka, cuba menahan diri dari pukulan Abah. Manakala Abah duduk diatas Ibu sedang asyik membelasah Ibu. Jadi dia tak perasan kehadiranku.

Botol kicap aku angkat tinggi. Aku hentak atas kepala Abah kuat. Sedikit menggigil tangan dan tubuhku. Botol kicap tu pecah. Abah sedikit terhuyung. Darah meleleh dari belakang kepala Abah.

Abah berpaling pandang aku. "Sial punya budak! Kurang ajar! Mampus kau!!" Abah bangkit dan menerpa kearah aku. Aku berdiri statik tak bergerak. Terkaku. Leher aku dicengkam kuat oleh Abah, pisau yang disembunyikan di belakang badan aku genggam erat. Sedikit meronta aku bila terasa nafasku tercungap. Aku tekad. Bila aku terasa oksigen mula kurang dalam tubuh, aku menghunuskan pisau tersebut ke depan. Kena perut Abah. Aku rentap kasar pisau tersebut.

Abah melepaskan tangan dari leherku. Melutut. Bahana kesakitan menerima tusukan pisau tu mungkin. Abah menerkup perutnya. Darah mula meleleh keluar. Tapi aku masih tak puas hati. Abah pandang aku tajam. Mana aku dapat kekuatan pun aku tak pasti. Aku tolak Abah sekuat hati. Abah jatuh terlentang. Sedikit menyeringai.

Aku melutut sebelah Abah dan terus menikam Abah berkali kali. Apa merasuk aku? Aku tak tahu.

Yang aku tahu, aku nak bawa Ibu pergi dari neraka dunia ni. Cukuplah bila setiap malam dengar Ibu dan Abah bergaduh. Cukuplah bangun pagi disambut Ibu dengan mata bengkak, badan penuh luka. Ibu dan terlalu banyak menjaga aku. Ibu sanggup menahan tubuh asalkan Abah tak sentuh aku.

Tindakan aku terhenti bila aku rasa ada tangan yang melingkar kemas di pinggang aku. Aku mengigil. Pisau di tangan terlepas ke lantai. Aku pandang jasad kaku Abah yang dah tak bernyawa. Terdengar esakkan Ibu di telinga aku. Ibu menangis. Ibu angkat aku dan bawa ke tandas. Mandikan aku. Apa aku rasa? Kosong. Hilang segala perasaan malu. Umur 13 tahun masih Ibu mandikan.

Ibu tarik aku ke bilik dan pakaikan aku baju. Juga masukkan baju aku kedalam beg kecil. Tak lupa IC aku juga sedikit wang. Aku bingung. Ibu ke dapur dan aku terbau gas. Ibu kembali ke depan bersama botol di tangan. Minyak petrol. Aku makin tak sedap hati bila Ibu curahkan minyak tersebut atas jasad Abah.

"Apa ni Ibu..?" Ibu hanya menggeleng dan meminta aku lari. "Kita lari bersama Ibu? Kita bina hidup baru?" Ibu pandang aku dah tersenyum. "Apa Farah buat sekarang, Ibu dah cukup hargai. Sayang lari okay?"

Dan ya. Terdamparlah aku kat hentian bas ni. Aku dah tak punya sapa. Ibu bunuh diri. Letupkan rumah. Hilangkan bukti. Pada usia 13 tahun aku dah jadi pembunuh. Aku bunuh abah. Bapa tiri aku.

Aku tak boleh fikir, kenapa Ibu perlu bunuh diri? Kenapa Ibu perlu hilangkan bukti? Sedangkan Ibu boleh lari bersama aku. Kalau Ibu nak aku selamat, rata rata orang tahu aku anak Ibu. Serta kad pengenalan yang aku bawa. Dah cukup membuktikan siapa diri aku.

Lamunan aku hilang apabila guruh berdetum kuat di angkasa. Ibu. Farah rindu. Aku seperti baru sedar dari kenyataan, yang aku dah pun menjadi anak yatim piatu. Air mata yang entah bila mula meleleh kembali aku abaikan. Aku dongak pandang ke langit. Apa lagi episod hidup aku lepas ni. 

Buntu. Apa patut aku buat? Mana harus aku tuju.

Dahla hujan makin lebat. Aku tak tahan sejuk. Sejuk sangat ni. Beg yang Ibu bekalkan tadi pun dah habis kuyup bahana hujan. Aku baring dan merengkot kesejukan. Dalam dingin yang kian menebal, aku terlena.

.

.

.

Semalaman aku tak bisa tidur lena. Kejap kejap terjaga, Bila pagi menjelma, aku terus melangkah. Terkadang berhenti minum di mana mana paip yang aku jumpa tepi jalan. Kaki aku melangkah entah ke mana. Aku tak pasti. Sedar saja aku di depan semua rumah banglo dua tingkat. Aku pandang keliling. Macam mana kaki aku boleh bawa datang ke kawasan perumahan ni. Dan kenapa rumah ni? 

Tak tahu. Naluri.

Aku berdiri lama depan pagar tu. Sebab lainnya, sini sedikit teduh. Tuan rumah dah renovate rumah letak awning. Jadi aku tumpang berteduh. Sempatlah cangkung kejap. Berdiri kejap. Bersila kejap. Lagipun aku dah mula pening. Bahana tak cukup tidur, letih juga. Campur dengan panas sangat. Tambah pula aku tak makan lagi. 

Dari jauh nampak ada sebiji Almeera mendekat. Mungkin tuan rumah. Aku cepat cepat bangun. Tersalah percaturan bila aku tersadung selipar sendiri. Dahtu jatuh tergolek. Sakit. Cepat pemandu kereta tu turun membantu.

Perempuan. Cantik. Mungkin dalam usia 30 an atau lebih. Aku bingkas bangun dan menepuk nepuk sisa debu di seluar.

"Adik okay?" soalnya lembut. Aku mendiamkan diri dan mengangguk perlahan. "Nama siapa..?" ujarnya sedikit menunduk. Tak menyamakan diri dengan ketinggian aku. "Fa...El..Nama saya El" Kenapa El? Tak tahu. Itu yang terlintas.

"Mana Ibu? Ayah?" Aku menggeleng. Dia memandang penuh simpati. Rambutku digosok perlahan.

"Jum ikut Bonda masuk dulu. Kejap lagi El cerita okay?"

Bonda?

Hmmm....

to be continued....





Cerita Kau & Aku [COMPLETED]Where stories live. Discover now